Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 8, 2018 @ 5:57am

Jangan Salahkan Skrip, Bukan Rezeki Dia Dalam Produksi Bagus

Beberapa hari lalu, pelakon Aiman Hakim Ridza menyelar segelintir penulis skrip yang dikatakan ‘membunuh’ jiwanya sebagai seorang pelakon.

Dalam masa sama, Aiman juga meluahkan skrip kebanyakan drama tempatan masih di takuk lama dan pelakon terpaksa menerima tawaran atas sebab untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Hal ini membuatkan segelintir penggiat drama tempatan memberi respon dengan kenyataan Aiman. Antaranya adalah pengarah drama, Shahrul Ezad Mohamedin.

“ Saya tidak salahkan Aiman dengan tindakannya mengeluarkan kenyataan itu sebaliknya beranggapan aktor tersebut bernasib malang kerana berlakon dalam karya dengan skrip tidak bermutu.

“Sebagai penggiat, penerbit, pengarah dan menulis skrip, saya dapati banyak cerita bagus ditulis di Malaysia. Contohnya adalah drama bersiri Nur kasih ditulis Mira Mustafa, Kekasihku Seru dan Andainya Takdirnya.

“Bukan rezeki Aiman terbabit dalam produksi bagus. Dia tidak patut menyalahkan skrip tidak bermutu,” tulis Ezad menerusi perbualan whatsapp yang dimuatnaik di laman Facebooknya.

Tambah Ezad, aktor yang sebelum ini dikenali menerusi drama Girlfriend Dari Neraka itu juga seharusnya perlu bertanggungjawab untuk memilih projek yang berkualiti.

“Saya mendoakan pelakon drama itu bertemu skrip bagus untuk kelangsungan kerjaya seninya,” ujar Ezad. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 24 Jul 2023
TECH Thu, 26 Apr 2018

Baru Beli Komputer? Baca 6 Panduan Ini Untuk Setiap Port & Adapter Yang Ada

Panduan untuk tentang Port & Adapter di setiap komputer riba atau lebih dikenali ‘laptop’

Hiburan Fri, 24 Apr 2026

Ramai Puji Nampak Manis, Ibu Zahirah Macwilson Istiqamah Berhijab – “Semua Yang Baik Datang Dari-Nya”

Maslinda mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya di media sosial yang tidak henti menzahirkan ucapan doa

Featured Fri, 4 Nov 2022
Featured Wed, 14 May 2025
Featured Fri, 28 Nov 2025

Bakal Jalani Rawatan Radioterapi 33 Kali, Shahronizam Noor Reda Hidap Kanser Tahap Dua – “Ketumbuhan Tulang Makin Ganas…”

Pelakon Shahronizam Noor dilaporkan menghidap kanser tulang tahap dua selepas melalui beberapa siri pemeriksaan.

error: Content is protected !!