Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 16, 2023 @ 9:00pm

Sah! Farid Kamil & Diana Danielle Bakal Rujuk Semula – “Kami Akan Ke Mahkamah Secepat Mungkin”

Selepas beberapa spekulasi, pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya mengesahkan mereka bakal rujuk semula sebagai pasangan suami isteri.

Menurut laporan Harian Metro, Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, berkata dia dan Farid akan ke Mahkamah Syariah secepat mungkin untuk menyelesaikan urusan rujuk semula.

“Kami akan ke mahkamah secepat mungkin tetapi semua itu perlu dilakukan mengikut proses dan tidaklah tergesa-gesa kerana masih dalam tempoh idah.

“Kami juga masih ada masa. Bukan saya tidak mahu umum rujuk tapi perkara ini membabitkan proses mahkamah,” katanya.

Diana turut mengakui hubungannya kini bersama Farid masih dalam dasa memperbaiki kelemahan masing-masing.

“Kami juga tidak  pernah berhenti berdoa untuk hubungan ini. Kami juga tidak tahu ini pengakhirannya kerana semua sudah ketentuan Allah S.W.T

“Sekarang ini kami masih dalam fasa mencari jalan terbaik untuk masa depan. Kami mahu membina kembali yang pernah ada sebelum ini.

“Tetapi saya tidak mahu terlalu bercakap mengenai perkara ini kerana perlu ada privasi dalam hubungan kami,” ujarnya.

Jelas pelakon filem Imaginur ini lagi, dia berharap hubungannya akan berkekalan dan bahagia disamping Farid dan anak-anak.

“Saya membesar tanpa kasih sayang bapa. Justeru, saya tidak mahu  anak-anak lalui perkara sama.

“Apa yang penting anak-anak mendapat kasih sayang seorang bapa. Itu adalah hadiah terbaik buat saya,” katanya.

Difahamkan Farid tidak dapat bercakap kerana masalah kehilangan suara dihidapi sejak beberapa hari lalu.

Farid dan Diana sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 10 Ogos lalu.

Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

ARTIKEL BERKAITAN: Berpisah Ogos Lalu, Diana Danielle & Farid Kamil Kembali Rujuk Semula? – “Kami Akan Buat Keputusan Soon”

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 23 Mar 2022
Hiburan Fri, 11 Oct 2019

Ramai Yang Puji Di Media Sosial, Warner Bros Ucap Terima Kasih

Filem Joker Kini Jadi Filem Nombor 1 Di Malaysia

Featured Sat, 31 Dec 2022

Imbasan 2022 Gamit Peristiwa & Tragedi Penting Sepanjang Tahun

Sepanjang tahun 2022, rakyat seluruh dunia telah berhadapan dengan pelbagai cabaran dan mengalami beberapa peristiwa penting yang telah memberi impak besar kepada hidup masing-masing. Imbasan 2022, dokumentari khas terbitan Jabatan Berita dan Ehwal Semasa TV3 […]

Hiburan Sat, 8 Jun 2019

Sarung Tudung Nampak Leher, Sissy Iman Kecewa Diselar Netizen

Nak tegur, kenalah tahu adab. Tak gitu?

Fab Foodies! Wed, 3 Apr 2019

Dine on the Finest Grass-Fed Black Angus Steaks at Chambers Grill

The mouth-watering goodness is to die for!

Hiburan Fri, 13 Dec 2019

Azhan Rani Mahu Lebih Dari Trofi?

Pelakon, Azhan Rani yang juga pemenang trofi Antagonis Pilihan, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 berpendapat sudah tiba masanya pelakon diberi pengiktirafan selain daripada menerima trofi apabila memenangi sesuatu anugerah.  Memetik laporan BH Online, […]

error: Content is protected !!