Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain September 18, 2023 @ 10:25pm

‘Insecure’ Nama Mat Saleh Tapi Muka Melayu, Nina Smith Teruk Dihentam Netizen

Pelakon Nina Smith teruk dihentam netizen selepas menyatakan dirinya ‘insecure’ apabila namanya Mat Saleh tetapi berwajah Melayu.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Nina ketika ditemu bual oleh wartawan Media Hiburan di sesi ujibakat Dewi Remaja 2023, baru-baru ini.

Menurut Nina, dia pernah berasa ‘insecure’ apabila berwajah Melayu meskipun mempunyai darah kacukan Mat Saleh kerana bapanya berbangsa Amerika.

“I mixed Mat Saleh tapi I admit muka I macam melayu sikit. And it has been an insecurity sebenarnya. But, as I grow older I started to embrace my look because I am like in a middle.

“I am not really looking like a mat saleh but i’m not really Malay. But my dad is American,” katanya.

Kurang senang dengan jawapan pelakon itu, rata-rata netizen memberikan pelbagai respons berbaur kecaman di ruangan komen perkongsian tersebut.

@mediahiburanofficial Wah, pelakon Nina Smith juga merupakan diantara peserta yang menyertai uji bakat hari terakhir Hero Dewi Remaja 2023 di Eastin Hotel, Petaling Jaya hari ini. #HeroDewiRemaja2023 #HeroRemaja2023 #HeroRemaja #DewiRemaja2023 #HeroRemaja #MediaHiburan #AstroBaharu #TakMacamDulu ♬ original sound – Media Hiburan

Menyedari perkara tersebut, Nina enggan berdiam diri dan tampil memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan menerusi sebuah perkongsian di TikTok.

Dalam perkongsian tersebut, Nina menyatakan dirinya berasa kurang selesa apabila orang ramai kerap mempersoalkan nama bapanya seolah-olah dirinya sengaja menggunakan ‘sir name’ itu sebagai nama pentasnya.

“Sebenarnya, daripada kecil lagi ketika check gigi di sekolah nurse tu tanya nama saya Amalina Smith ke? Betul ke awak mixed? Ke awak saja letak? Ketika itu saya tak faham tapi saya ingat sampai besar.

“Sepanjang membesar tu soalan tu selalu sangat diajukan pada saya. Kalau dah 24 tahun soalan itu je diberikan kepada awak, somehow, some way awak akan develop this defends punya jawapan sebab orang ingat macam kita tipu dia.

“Jadi sebelum orang cakap macam tu, saya dah cakap dulu. Takpa saya tahu dan saya sedar muka saya tak macam mat saleh sangat. Saya sedar saya nampak Melayu sangat.

“Saya tak cakap benda tu buruk, saya bangga dengan rupa saya. Alhamdulillah, banyak rezeki yang saya dapat daripada muka Melayu ni. Saya tak kisah pun muka saya macam mana.

“Tapi, bila orang persoalkan benda tu dia jadi sensitif sikit. Seolah-olah macam menidakkannya. Are you trying to say that my dad is not my dad? tapi itu saya punya personal problem,” jelasnya.

Mengakui khilafnya bertindak agresif ketika menjawab persoalan tersebut, Nina juga sempat memohon maaf kepada pihak yang kurang senang dengan tindakannya itu.

“Dia bukan insecurity. Mungkin saya salah guna perkataan tu. Saya tak insecure ada rupa perempuan Melayu itu bukan saya.

“Mungkin anda betul salah jawapan tu. Saya kena fikir jawapan baru kalau saya nak berada dalam industri ni. Saya maafkan semua. Saya minta maaf sekiranya jawapan saya tu menyinggung sesetengah pihak.

“Tujuan saya buat video ni saya kena explain benda ni sebab kalau tak semua akan ingat yang saya tak bangga jadi anak Melayu.

“It’s really unfair bila tengok komen, it breaks my heart sebab saya rasa saya lagi Melayu dari anda semua tapi takpe lah mungkin jawapan saya salah. Benda ni pertama kali jadi kat saya jadi saya belajar daripada benda ni,” katanya.

@notninasmith Replying to @corona ♬ original sound – Nina Smith

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Mon, 1 Jul 2019

xtra好康头 | 送你《52019我爱你依旧演唱会》入门票

#xtra好康头 送你《52019 我爱你依旧演唱会》入门票,让你跟宪哥和他一众好友共度美好的一晚!

Featured Tue, 3 Dec 2024

Top 100 Calpis Soda OIAM Diumumkan, 12 Peserta Bakal Rebut Hadiah Bernilai RM1 Juta

100 peserta yang bertuah itu diperkenalkan sekaligus layak merebut tempat ke top 12 CSOIAM yang bakal berlangsung 22 Disember nanti.

Hiburan Fri, 9 Feb 2024
Hiburan Wed, 29 Sep 2021

Padat Dengan Mesej Positif, Penyanyi Cilik Timah Ajak Rakyat Malaysia Kembali Ceria

Penyanyi dan pelakon cilik, Fatimah Noryyah Mohd Noor Kosygin atau lebih mesra dengan panggilan Timah, 13, tampil dengan single pertama berjudul Ceria. Kini bernaung dengan label Rocketfuel Entertainment, lagu Ceria merupakan ciptaan komposer terkenal, MFMF […]

Hiburan Tue, 9 Jan 2018

《GoGo旺得福》造势活动开跑啦!

首要媒体集2018年新春活动和同名贺岁专辑《GoGo旺得福》已经隆重面世!ntv7艺人及八度空间主持人,将于1月13日起开展北、中、南马一连串的造势活动,与观众近距离接触玩游戏,大派奖品迎接“旺旺年”的到来 !

Hiburan Fri, 13 Jan 2023

Norman Hakim & Suami Abby Abadi Mesra Berdua… Netizen Komen: “Aduhai Romantiknya Dia”

Aksi ‘manja’ pelakon Norman Hakim dan suami Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria meraih perhatian ramai. @abbyabadi112 Alhamdullillah. Semoga bahagia hingga ke syurga ya dua2 ketui ni hehe @JaiAbby Official @Norman Hakim ♬ Bahagiamu Bahagiaku – […]

error: Content is protected !!