Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 19, 2023 @ 9:31am

BCL ‘Sambut’ Ulang Tahun Ashraf Sinclair Di Pusara, Sempat Titip Ucapan Cinta Bikin Netizen Sebak!

Penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) sering mencuri tumpuan setiap kali dia memuat naik foto bersama anak lelakinya, Noah Aiden Sinclair di pusara suaminya, Ashraf Sinclair.

Terkini, menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya, BCL kelihatan memuat naik beberapa foto bersama keluarga termasuklah bersama ibu dan bapa mentuanya.

bcl di pusara ashraf

 

Dalam pada itu, BCL kelihatan sempat menitipkan ucapan ulang tahun buat suami tercinta, arwah Ashraf Sinclair yang kini telahpun menginjak usia yang ke-44 tahun.

“Dear You, hari ini seharusnya ulang tahun kamu yg ke-44.. Tapi takdir berkata berbeda. Kamu sudah pergi terlebih dahulu.

“Kami di sini okay, baik-baik sahaja,menjalani dan masih mencipta memori /kenangan baru dengan kamu yang menjadi kekuatan di dalamnya.

“Kamu akan kekal di dalam hati kami selama-lamanya. Kami sentiasa rindu kamu. Selamat menyambut hari lahir di syurga. Terima kasih untuk segala-galanya.

“Postscript, in 4 days, Noah will officially be a teenager,” katanya.

Difahamkan, kunjungan ibu dan bapa allahyarham Ashraf Sinclair ke Indonesia adalah sempena menyambut hari lahir anak dan cucu mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut pelantun lagu Wanita Terbahagia itu yang kini telahpun mencecah 23. 1 juta berasa sebak dengan hantaran berkenaan.

“Aku selalu nangis tiap kali kak BCL post foto begini.

“Doa kami sentiasa buat kamu Bunga, Noah dan Ashraf. Happy Birthday.

“Happy birthday in heaven untuk Ashraf.

“Contoh wanita kuat yang saya kenal. Semoga beliau tenang di sana.

“Suka sangat tengok Noah senyum. semoga kelak menjadi anak yang soleh dan berpribadi baik seperti almarhum ayahnya.

“Al-fatihah buat bang Ashraf dan peluk jauh buat bunda BCL,” komen netizen.

Terdahulu, pada 18 Februari 2020, dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian arwah Ashraf Sinclair yang dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya akibat serangan jantung pada pukul 3.40 pagi.

Berita kematian pelakon dan pengacara itu disahkan sendiri oleh ibunya, Khadijah Abdul Rahman menerusi pesanan di aplikasi Whatsapp.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 26 Dec 2023
Featured Fri, 10 Jan 2020
Hiburan Wed, 10 Sep 2025

Gitaris Utama Kongsi Bams Samsons Semakin Pulih Selepas Jalani Operasi Kanser Lutut – “Hubungan Kami Tetap Baik”

Bams Samsons jalani rawatan operasi lutut di Malaysia, Hubungan kekal baik dengan bekas kumpulan

Hiburan Thu, 10 Oct 2019
Featured Thu, 22 Sep 2022

Anna Jobling Jadi Patung Barbie, Netizen Puji Cantik!

Wahhh memang betul lah sebijik macam Barbie doll kan? 😍

Hiburan Thu, 16 Apr 2020
Hiburan Wed, 26 Sep 2018

Sebak…Kehilangan Pak Ngah Beri Impak Besar Buat Siti Nurhaliza

Allahyarham antara insan yang mula-mula menjaga Siti dalam menyanyikan lagu berirama tradisional. Malah, Siti sudah menganggap beliau seperti bapa sendiri.

error: Content is protected !!