Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari September 21, 2023 @ 7:34pm

“Apa Yang Mereka Alami Sama Macam Kami” – Linda Hashim Tumpang Gembira Farid Kamil, Diana Danielle Rujuk Semula

Pelakon Linda Hashim menzahirkan rasa gembira apabila mengulas mengenai keputusan pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle untuk merujuk semula baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, Linda berpendapat bahawa keputusan tersebut boleh dicapai apabila masing-masing merendahkan ego.

“Saya sebenarnya gembira apabila baca cerita Farid Kamil dan Diana Danielle kembali rujuk serta bersama. Saya ada beritahu Beego dan dia senyum tanda gembira dengan keputusan mereka.

“Bagi saya, mereka sama-sama buang ego sebenarnya. Kalau ada ego, mereka takkan dapat berbaik semula macam sekarang,” ujarnya.

Linda yang juga sebelum ini melalui keadaan yang sama di mana dia dan suami bercerai talak satu pada Mac lalu namun rujuk semula pada April ketika masih dalam edah.

“Apa yang berlaku kepada mereka sama juga dengan yang kami alami. Kami bercerai sekitar tiga minggu sebelum ambil keputusan rujuk semula.

“Biasanya kes pasangan bercerai babitkan dua benda iaitu orang ketiga dan ego yang tinggi dalam diri. Kalau ego tinggi memang susah nak balik semula.

“Benda itu kena buang dan masing-masing kena ada kesedaran dan ambil sebagai pengajaran. Sebab tak semua orang nak bercerai dalam rumah tangga,” jelasnya.

Walaubagaimanapun, Linda percaya bahawa apa yang berlaku adalah ketetapan Allah dan perlu akur dengan aturanNya.

“Mungkin masing-masing dah tak tahu nak bua tapa dan ego yang tinggi, akhirnya buat keputusan nak cerai. Tapi sebenarnya masalah biasa saja. Masalah sebenarnya ialah ego dalam diri masing-masing.

“Saya pernah berbual dengan orang mahkamah juga sebelum ini. Katanya, cerai ini sebab itu ada rujuknya. Kadang-kadang yang banyak minta cerai adalah isteri.

“Mereka minta cerai atas tujuan bukan nak putus. Tiada orang yang nak bercerai. Ada kebanyakan orang bercerai sebab nak ajar suaminya. Maksudnya bagi pengajaran,” kata Linda lagi.

Dalam pada itu, Linda juga menyatakan penceraian yang berlaku sebelum ini adalah pengajaran buat mereka.

“Saya ada beritahu mentua saya dan semuanya tapi mereka tak faham. Inilah pengajaran. Kita asyik bergaduh depan anak-anak dan ia sesuatu yang tak bagus.

“Penyelesaiannya, kita kena bagi pengajaran pada diri masing-masing. Kalau tak, kami takkan sedar. Itu yang kami pergi mahkamah. Mereka yang betul-betul nak bercerai itu kerana ada orang ketiga.

“Jadi saya nampak perceraian pasangan ini seakan sama macam kami. Itu sebab masa orang temubual kami, saya dan Beego banyak mendoakan pasangan yang dalam proses nak bercerai fikir baik-baik dan kalau bercerai pun, gunakan proses dalam edah itu untuk fikir sebaiknya,” kongsinya.

Untuk rekod, Linda dan Beego telah berkahwin pada 7 Jun 2013.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang puteri iaitu Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8 dan Indah Camelia, 4.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 24 Jun 2018

Suamiku Lebih Mengenali Diriku Dari Anda Netizen

“Sekurangnya Aku Tak Curang, Suami Kenal Baik Buruk Aku”

Featured Sat, 26 Jul 2025
Trending Thu, 23 Jan 2020
Hiburan Tue, 21 Aug 2018

Betul Ke, Syafiq Kyle Terlalu Menjaga Penampilan?

Harus menjaga penampilan, ini jawapan Ustaz Adam idaman semua.

Featured Mon, 3 Sep 2018

Selepas Menteri Kewangan Mengambil Tindakan, Tiada lagi Cukai 6% Untuk Kad Tambah Nilai Prabayar

Bolehlah tarik nafas lega bagi anda yang selalu tambah nilai prabayar!

Hiburan Fri, 26 Oct 2018

Belum Lagi Bertunang, Itu Semua Khabar Angin

Kenapa Jejai ucap tahniah pada Fasha dan Aidil? Ada apa yang tidak dikongsi bersama dengan peminat

Filem Thu, 22 Feb 2024
Hiburan Mon, 4 Dec 2023

Didakwa Malu Guna Bahasa Melayu Dalam Lagu, Hilang Jati Diri? Dolla Ada Misi Tersendiri

Tak baik cakap macam tu! Dah cukup bagus dah Dolla harumkan nama Malaysia 🇲🇾🇲🇾

error: Content is protected !!