Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain September 22, 2023 @ 11:41am

Dedah Azal Sedang Berkawan Rapat Dengan Seseorang, Zarina Zainuddin Doa Moga Anak Bertemu Jodoh

Pelakon senior Zarina Zainuddin tampil berkongsi foto anaknya Muhammad Raizal Azrai atau lebih mesra disapa Azal dengan seorang wanita yang bernama Rahmah.

Menerusi perkongsian di Instagram, Zarina turut mendoakan agar anaknya itu berjodoh menerusi ruangan kapsyen.

“Semoga ada jodoh mereka berdua,” tulisnya.

Memetik laporan mStar, wanita yang berkawan rapat dengan anak pelakon itu berasal dari Indonesia dan bertemu sejak awal tahun lalu ketika terlibat dalam sebuah festival jualan di Singapura.

Menurut Zarina, Azal dan Rahmah mula rapat sejak bulan lalu dan kini masih dalam proses berkenalan.

“Mereka sudah banyak kali berjumpa. Sekarang masih lagi dalam proses berkenalan. Hubungan mereka masih baru lagi.

“Rahmah bekerja di Singapura dan sebab itu mereka sering berjumpa di sana,” katanya.

Bagaimana pun Zarina tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap hubungan anaknya itu untuk berakhir dengan ikatan perkahwinan, sebaliknya mendoakan yang terbaik untuk Azal.

“Soal jodoh itu urusan Allah. Saya tidak meletakkan harapan tinggi. Kalau ada jodoh saya terima dengan baik. Azal pun ada perasaan.

“Saya mahu seorang yang boleh jaga dia nanti. Apabila tengok Rahmah, saya pun suka sebab dia seorang pendiam, rajin, cekap bekerja serta pandai bawa diri,” jelasnya.

Tambah Zarina, Rahmah juga menerima dengan baik keadaan Azal meskipun dia seorang orang kurang upaya (OKU) autisme.

“Dia tahu kondisi Azal dan boleh terima dengan baik. Azal pun boleh berdikari jika berniaga di sana. Azal ada kerja dan wang simpanan sendiri. Jadi tiada masalah untuk dia berkahwin.

“Pada awalnya, memang Azal tak suka Rahmah sebab bertudung. Namun, saya terangkan kepada Azal carilah wanita yang pandai menjaga agama dan kemudian dia faham,” katanya.

 

Sumber: Instagram Zarina Zainuddin & mStar

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 9 May 2023
Hiburan Tue, 7 Aug 2018

Iman Corrine Alami OCD?

Kenali Iman Corrine dalam Salon september ini!

Hiburan Tue, 26 Feb 2019

Bakal Bawa Lagu Asli, Ella Janji Persembahan Luar Biasa Di Konsert Unplugged Bulan Depan!

Persiapan sudah 50% siap. Korang dah dapatkan tiket ke belum? Jumpa di Istana Budaya nanti jom!

Eat Travel Sun, 21 Aug 2022
Hiburan Tue, 20 Dec 2022
Featured Wed, 27 Dec 2023

Zulin Aziz ‘Backup’ Wanita Tak Reti Siang Ikan – “Kalau Pandai Tapi Malas Pun Tak Guna”

Video tular melibatkan pengacara program Wanita Hari Ini (WHI) yang dilihat tidak pandai menyiang ikan ketika program tersebut bersiaran secara langsung masih menjadi perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat. Malah, ramai dalam kalangan warganet memberikan pelbagai […]

Hiburan Wed, 5 Dec 2018
error: Content is protected !!