Euforia Bola 2026
Acara By: Fatin Nurain September 23, 2023 @ 1:20pm

Kembali Dengan Pesta Makan Unik, FriedChillies Bawakan 10 Vendor Nasi Kandar Terkemuka Di Sunway Putra Mall!

Pihak Penganjur FriedChillies tampil mengadakan pesta makan Nasi Kandaq Fest dengan kerjasama pihak Sunway Putra Mall bermula hari ini sehingga esok, Ahad.

Pesta makan yang berlangsung selama dua hari itu turut membawakan sebanyak 10 lejen-lejen Nasi Kandar yang telah dipilih oleh pihak FriedChillies bersama pihak Nasi Kandaq Hunters and Nasik Kandaq Transporters.

Umum mengetahui, Nasi Kandar ini merupakan hidangan makanan yang terkenal dengan kelazatan kari yang mengiurkan ini bersama kombinasi lauk seperti daging masak hitam naik syahdu, ayam bawang panas-panas, sotong goreng garing dan kari kambing yang pasti akan membuat anda menjilat jari.

Antara 10 restoran Nasi Kandar terkemukan yang turut memeriahkan pesta makan ini ialah seperti Pelita Nasi Kandar Chai Leng, Restoran Kudu, Yusuf Restaurant, Nasi Kandar Sithique, Nasi Kandar Bawah Pokok, Sadam, Line Clear dan banyak lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif FriedChillies, Mohd Adly Rizal Mohd Din.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif FriedChillies Mohd Adly Rizal, Nasi Kandaq Fest ini diadakan bagi meraikan penggemar Nasi Kandar untuk menikmati keenakannya dari 10 restoran lejen yang terlibat sepuas hati.

“Lejen-lejen kita datang dari Penang dan KL dengan satu vendor dari Johor Bahru. Seorang peminat nasi kandar tegar akan tahu yang sepinggan nasi kandar yang sempurna bukan hanya tertakluk pada kombinasi kari tetapi juga kemahiran seorang joki kari,” katanya.

“Seorang joki nasi kandar ibarat barista di cafe. Dengan hanya satu pandangan mereka akan menilai dan menghasilkan kombo kari yang secocok dengan citarasa pelanggan, dan ini disesuaikan untuk semua pelanggan yang datang untuk menikmati nasi kandar di kedai mereka.

“Inilah yang membezakan kedai nasi kandar daripada kedai mamak, kemahiran joki tu yang membawa kelainan,” ujar Adly.

Ketua Pemasaran Sunway Putra Mall, Tan Ai Vee berkata, penganjuran Nasi Kandaq Fest ini juga merupakan salah satu taktik untuk mengikat perut peminat tegar hidangan itu dengan selesa.

“Cara menarik hati orang Malaysia adalah melalui perutnya. Pepatah ini sangat tepat untuk menjelaskan betapa makanan menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia, hubungan intim kita dengan makanan yang sering membawa kita bersama.

“Kita akan mentransformasikan ruang legar di tingkat bawah menjadi seakan zon kenduri, jadi tak kira panas atau hujan semua boleh datang untuk menikmati juadah lejen-lejen ini dengan selesa,” katanya.

Sementara itu,  Badrol Izam selaku pengasas Nasi Kandaq Hunters berkata, pihaknya amat berbesar hati untuk terlibat dalam acara ini memandang ramai penduduk Lembah Klang yang gemar makan Nasi Kandar.

“NKH cukup berbesar hati yang acara unik ini akan memberi peluang kepada komuniti kami yang hampir 250,000 (ramai yang bermas-tautin di Lembah Klang) untuk menikmati air tangan dari tokoh-tokoh nasi kandar yang tersohor dari tempat-tempat original di Malaysia.

Kami memang tak sabar untuk mereka menghayati pelbagai rasa kari dan lauk nasi kandar sebab memang semua lejen di senarai ini ada kelebihan mereka yang tersendiri. Semua akan berada di bawah satu bumbung, bila lagi geng?,” jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 30 Jul 2018
Acara Wed, 29 May 2019
Acara Sun, 22 Feb 2026

Terjah Brunei & Penang, Ben Ali & Nadiyah Shahab Terus Sukses Melangkah Untuk Tahun Kelima

Gandingan pasangan selebriti Ben Ali dan Nadiyah Shahab terus menyerlah!

Acara Wed, 20 Nov 2019
Acara Fri, 13 Apr 2018

Jom Pi Gegaria Fest Di Amanjaya Mall, Sungai Petani Ahad Ini. Super Happening!

Rugi kalau tak pi sebab banyak booth serta aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sana sepanjang hari. Gerenti memang tak bosan!

Acara Tue, 17 Sep 2019

Koleksi Musim Luruh-Sejuk 2019 Safilo tampil kelainan

Penuh gaya dengan bingkai yang menarik dan aksesori yang berkilau!

Acara Fri, 11 Oct 2019

Pizza Hut Malaysia aktifkan piza gunung berapi untuk sambutan akhir tahun!

Black Volcano Pizza, piza pertama yang menggunakan adunan doh bersama arang

Acara Wed, 14 Sep 2022

Awie & Hazama Antara Selebriti Dilantik Duta Anti-Scam

Jangan terpedaya dengan scammers okay!

error: Content is protected !!