Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari September 25, 2023 @ 3:30pm

“Perpisahan Ini Bukan Perjalanan Mudah” – Noor Nabila, Engku Emran Sah Bercerai Talak Satu

Selebriti dan usahawan, Noor Nabila sah bercerai talak satu dengan suaminya Engku Emran Zainal Abidin di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini pada jam 12.51 tengahari.

Memetik laporan Harian Metro, kakak kepada selebriti Neelofa ini memaklumkan bahawa dia reda dan percaya perceraian ini adalah takdir yang telah tertulis malah bersyukur urusan tersebut selesai dengan baik.

“Alhamdulillah, saya bersyukur semuanya selesai dengan cara baik. Semua ini adalah takdir untuk dilalui dan saya mohon doa anda supaya saya dan anak diberi kekuatan untuk melalui saat sukar ini.

“Semoga Allah berikan ketenangan dan kebahagiaan dalam jiwa saya. Perpisahan ini bukan satu perjalanan mudah tapi saya reda dengan ketentuan-Nya.

“Terima kasih kepada semua yang bersama saya dan sentiasa memberi sokongan dari segi emosi dan mendoakan urusan ini dipermudahkan,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas soal perceraian kali ketiga, Nabila menjelaskan perpisahan ini bukan dirancang malah satu ketentuan.

“Jika seseorang itu bukan ditakdirkan untuk anda, berapa lama pun anda cuba bertahan dan berusaha, ia tidak akan menjadi milik anda.

“Apapun saya berharap dan berdoa supaya kita semua sentiasa dikurniakan kebaikan yang berlipat ganda, malah lebih dari apa yang kita impikan Semoga Allah sentiasa menggerakan hati kita kepada apa yang sememangnya tertulis untuk kita, bukan sebaliknya,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Nabila memberitahu bahawa dia bakal bercerai dengan Engku Emran dalam masa terdekat selepas suaminya itu meluahkan hasrat untuk tidak meneruskan rumah tangga yang dibina sejak dua tahun lalu.

Untuk rekod, Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga bersama pada 19 Mac 2021.

Sebelum itu, Nabila berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 namun bercerai pada 9 Julai 2020.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden.

Manakala, sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah berkahwin dengan selebriti Erra Fazira dan dikurniakan seorang puteri iaitu Engku Aleesya.

Selepas itu, dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella.

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Pernah Keluar Mencari Atau Rancang Untuk Kahwini Mereka” – Isu Cerai Noor Nabila, Engku Emran Titip Ucapan Penghargaan Buat Bekas Isteri

Artikel Berkaitan: Noor Nabila & Engku Emran Bakal Bercerai

Artikel Berkaitan: Bakal Bercerai Dalam Masa Terdekat, Engku Emran Buka Mulut – “Jaga Adab, Hormati Nabila & Saya”

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 4 Mar 2025

Alami Alahan Teruk, Elisya Sandha Cuba Berpuasa Penuh – “Kalau Tengok Gaya, Saya Rasa Tak Mampu”

Gender reveal masih dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga termasuklah ibu mentuanya.

Hiburan Fri, 22 Nov 2019
Hiburan Sat, 14 Sep 2024
Featured Thu, 11 Aug 2022

[VIDEO] “Trend Buka Tudung Dah Jadi Satu Penyakit, Jangan Normalkan…” – Ummi Nazeera Mohon Doa Kekal Berhijab

“Allah sangat menyayangi orang yang masih ingatkan dia. Bila kita lupa, kita pusing balik” – Ummi Nazeera. Suka dengar cara aktres hebat ni bercakap, lembut je kann.

Hiburan Fri, 8 Aug 2025
Featured Tue, 19 Aug 2025

Diana Danielle Mengaku Pernah Jadi Mangsa S*ksual – “Tiba-Tiba Dia Pegang Peha Saya’..”

Diana Danielle berkongsi peristiwa hitam apabila pernah menjadi mangsa gangguan seksual dikalangan orang terdekat.

error: Content is protected !!