Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 26, 2023 @ 10:30am

Rapat Dengan Andi Arsyil, Yusof Haslam Komen Soal Jodoh Puteri Sarah : “Harap Dia Jaga Batas Pergaulan Dengan Lelaki Yang Dikenalinya”

Pelakon dan pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam memberitahu, dia enggan mencampuri urusan peribadi bekas menantunya yang juga pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.

Menurutnya, soal jodoh baru Sarah biarlah ditentukan oleh takdir apatah lagi sejak kebelakangan ini aktres itu dikatakan sedang rapat dengan pelakon dan usahawan popular Indonesia, Andi Arsyil.

ARTIKEL BERKAITAN:Dituduh Tak Hormat Tempoh Iddah, Yusof Haslam Respons Penampilan Puteri Sarah : “Takkan Dia Perlu Selekeh?”

ARTIKEL BERKAITAN:Yusof Haslam Anggap Perceraian Syamsul & Puteri Sarah Bukan ‘Tiket’ Untuk Lepas Tanggungjawab – “Berbaiklah Demi Anak-Anak”

Tambahnya, apa sahaja keputusan yang dibuat Sarah, dia dan isterinya, Datin Patimah Ismail akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya dan anak-anak.

“Saya tidak mahu komen hal ini, cuma harap Puteri Sarah menjaga batas dalam berkawan dengan mana-mana lelaki dikenalinya.

“Saya dan isteri, Datin Patimah Ismail akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Puteri Sarah dan anak-anaknya. Soal jodoh biarlah takdir yang tentukan,” katanya.

Sebelum ini, Puteri Sarah dan pengarah Syamsul Yusof sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Hasil perkahwinan, Sarah dan Syamsul dikurniakan dengan dua cahaya mata iaitu, Syaikhul Islam, 5 dan Sumayyah, 3.

Terdahulu, hubungan sarah dan Andi Arsyil mula menjadi buruan media selepas pelakon Melastik Ke Hatimu 2 itu berkongsi foto tangan milik Andi di Instagram miliknya.

Malah, dia juga sempat berseloroh ketika sesi live di TikTok baru-baru ini  apabila memberikan reaksi spontan selepas salah seorang peminatnya bertanya di manakah keberadaan suaminya kini sebelum menuding jari ke arah Andi.

ARTIKEL BERKAITAN:Kelibat Andi Arsyil Sokong Puteri Sarah Bikin Peminat Tak Senang Duduk, Netizen Komen: “Sweet! Andi Pun Nampak Penyayang”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Ada Jodoh, Adalah…” – Puteri Sarah Liyana

ARTIKEL BERKAITAN:Sakan Layan Peminat Ketika Live Bersama Andi Arsyil, Ini Respons Spontan Puteri Sarah Bila Ditanya Mana Suami

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 29 Oct 2023
Hiburan Mon, 16 Dec 2019
Trending Thu, 7 Mar 2019

Takziah! Kisah Nur Aisyah Aleya Berakhir Dengan Kematian

Kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun yang dilaporkan hilang sejak minggu lalu kini menemui pengakhiran apabila mayatnya ditemui dalam keadaan yang cukup menyayat hati.

Featured Tue, 5 Nov 2024

Da’i Syed Berjuang Bersihkan Nama Baik, Enggan Beri Kesan Trauma Pada Anak

Da’i Syed mengaku kes rogol babitkan wanita lima tahun lalu sangat sukar.

Trending Wed, 18 Apr 2018

Top5素颜也很正的日本女星「国民老婆」新垣结衣只排第2

日本化妆品公司近日做了一项调查,列出了网友认为「素颜也很正的女星排名」,其中「国民老婆」新垣结衣竟然只能屈居第二,到底第一名是拥有怎样的盛世美颜呢?

Hiburan Sat, 23 Jun 2018

Dulu Depan Kamera, Sekarang Belakang Pula

Bakat baharu ini akan ditampilkan dalam pelbagai program yang bakal diterbitkan menerusi syarikat produksinya, Nabil Production.

Featured Tue, 5 Jul 2022
error: Content is protected !!