Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 26, 2023 @ 9:42am

‘Pejam’ Satukan Khai Bahar, Adira Suhaimi Selepas 2 Tahun

Penyanyi, Khai Bahar tampil berkolaborasi bersama penyanyi bersuara lunak, Adira Suhaimi menerusi lagu berjudul ‘Pejam’. 

Lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh Audi Mok dan Shazee ini difahamkan sudah disiapkan sejak dua tahun lalu, namun baru sahaja dilancarkan secara rasmi pada 22 September lalu. 

Menurut Khai yang juga penyanyi lelaki popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35 lalu, penangguhan lagu tersebut adalah disebabkan oleh beberapa perkara yang perlu diselesaikan. 

“Sebenanrya, lagu ini sudah siap lama, tapi disebabkan beberapa perkara yang perlu diselesaikan dulu jadi pelancarannya tertangguh. Alhamdulillah, selepas dua tahun, lagu ini dapat diperdengarkan kepada umum,” katanya. 

Tambah Khai lagi, dia pernah membawakan lagu ini bersama Adira secara langsung semasa ‘Konsert Nafas Cinta Khai Bahar’ pada Februari 2022 di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJ Pac), Bandar Utama.

Berkongsi lebih lanjut mengenai kolaborasi bersama Adira, pelantun lagu popular Luluh ini meluahkan rasa syukur atas kerjasama pertama mereka bakal menjadi sebutan ramai. 

“Lagu Pejam ini betul-betul kena dengan jiwa dan muzik yang kami bawakan. Sejujurnya, saya sangat gembira dan teruja kerana dapat berduet dengan seorang lagi penyanyi wanita hebat dan berbakat.

“Biarpun ini kerjasama pertama kami dalam lagu, segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Adira seorang penyanyi yang sangat profesional dan banyak membantu. 

“Dia tidak lokek ilmu, malah kami saling bertukar pandangan dalam memberikan yang terbaik untuk lagu Pejam ini,” katanya. 

Sementara itu, Adira juga berkata berduet bersama Khai seolah-olah sudah menandakan salah satu impiannya sebagai anak seni. 

“Saya kenal Khai dengan lagu-lagunya yang tular. Malah, dia juga antara penyanyi yang cukup popular selain memiliki kualiti vokal yang bagus,” ujarnya. 

Lagu Pejam boleh didengar dan distrim di semua platform muzik digital pada 22 September ini, manakala video rasmi boleh ditonton di saluran YouTube ‘Nova Music Videos’. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 3 Jun 2021

Sistem Kesihatan Mungkin Lumpuh Sepenuhnya Menjelang 5 Jun

Sistem perkhidmatan kesihatan negara boleh lumpuh menjelang 5 Jun ini sekiranya sekatan pergerakan menyeluruh tidak dilakukan. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, ia unjuran situasi terburuk di Malaysia memandangkan kadar jangkitan harian semakin […]

Hiburan Thu, 22 Feb 2018

NORA DANISH DAPAT BABY BOY LAGI

Nora Danish selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta di sini, pagi ini.

Trending Tue, 27 Jul 2021

Berjaya Turun 20 KG Selepas Lahirkan Anak Kedua, Siti Nurhaliza Target Nak Hilangkan Lagi 10 KG

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram (kg) selepas selamat melahirkan anak keduanya, Muhammad Afwa pada 19 April lalu. Kini, Siti meletakkan sasaran untuk menurunkan lagi 10 kg untuk […]

Hiburan Tue, 25 Sep 2018

Charissa Ong: From Heartbreak to Writing and Success

Charissa had always loved writing but never expected to make a career out of it.

Trending Thu, 23 Aug 2018

Video Pakcik Jitra Terus Tular, Tukang Rakam Nafi Reka Cerita

Hang susun kerepek hang penuh meja, tak payah berjalan dari semasa ke semasa. Ni kerepek habis hang pandai pergi top up pulak. Hampa pakat kata dia kaya kan? P beli meja satu. Payung tak payah pun tak apa memandangkan meniaga awaktu malam.

error: Content is protected !!