Konsert By: Maya Basir September 26, 2023 @ 10:10am

Impian Jadi Kenyataan, Radja & Ella Bakal Disatukan Di Dalam Satu Konsert Pada 12 November!

Band rock legenda dari Indonesia, Radja bakal disatukan bersama Ratu Rock Negara, Ella di sebuah konsert Live In Concert: Radja & Special Appearance Ella (Jujur Takkan Melupakanmu) pada 12 November 2023 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Radja yang dianggotai oleh Ian Kasela selaku vokalis, Moldy Kusnadi (gitar) dan Seno Aji (dram) menyatakan rasa rindu untuk bertemu peminat-peminat di Malaysia.

“Rindu rasanya untuk bertemu kembali dengan peminat-peminat di Malaysia setelah sekian lamanya, dan ini bukan kali pertama Radja datang ke Malaysia kerana sudah pun tiba seawal tahun 2004 dan 2005 lagi, dan setiap kali mengadakan persembahan selalunya berjaya,” kongsi Ian.

Ibarat membuka lembaran baharu, kedatangan Radja pada kali ini lebih istimewa kerana konsert yang bakal diadakan lebih kepada keakraban di antara band dengan peminat.

“Kami mahukan sebuah konsert yang ‘intimate’ agar peminat berasa lebih dekat, kami juga mahukan sebuah pertunjukan yang ‘sing-along’ dengan kejutan yang sungguh istimewa,” jelas Moldy.

Bukan sahaja Radja, penganjur konsert Orange International Entertainment turut membawakan Ratu Rock Negara kita juga bakal beraksi di pentas yang sama.

“Ini merupakan idea yang sudah lama diutarakan bahawa kami ingin berkolaborasi dengan Ratu Rock Malaysia iaitu Ella dalam sebuah pentas, dan pihak penganjur konsert iaitu Orange Entertainment International berjaya merealisasikannya.

“Dua lagu hits Radja ‘Jujur’ dan ‘Takkan Melupakanmu’ nyanyian Ella sangat indah didengar, maka kami gabungkannya lalu menjadi tema buat konsert kali ini disamping menjalin perpaduan muzik di antara Indonesia-Malaysia yang sememangnya akrab sejak dahulu lagi,” kata Seno.

Sementara itu, Ian berharap agar peminat-peminat di Malaysia terhibur dengan persembahan mereka bersama Ella disatukan di atas satu pentas.

“Saya berharap peminat rock Indonesia dan Malaysia akan terhibur dan jangan lupa membeli tiket konsert sebelum terlambat.

“Radja hanya mahu melepaskan rindu bersama peminat-peminat di Malaysia dan mari kita sama-sama ‘enjoy’ pada malam konsert nanti, jumpa anda di Kuala Lumpur!,” ujarnya.

Tiket-tiket yang dijual berharga RM168 (Rockzone 1- Jujur), RM148 (Rockzone 2 – Tulus), RM528 (VVIP – Cinderella), RM238 (Platinum – Yakin) dan RM198 (Gold – Benci Bilang Cinta) boleh didapati di ticket2u.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Konsert Mon, 28 Aug 2023

Full House! Konsert Lochestra: Alif Satar & The Locos With The MPO Meriah, Sebak Sehingga Tak Dapat Teruskan Nyanyian Gara-Gara…

Fuhhh memang best gila konsert Lochestra: Alif Satar & The Locos with The MPO! Worth it

Konsert Mon, 5 Feb 2024

Sajikan Dengan Pelbagai Kejutan, Konsert Lovechestra Mahalini Live in KL Buat Penonton Terpukau!

Memang best betul konsert Mahalini pada Sabtu lepas! Min masih tak boleh move on lagi!

Konsert Tue, 12 Sep 2023
Acara Thu, 18 May 2023

Pertama Kali Datang Ke Malaysia, Andmesh Jatuh Cinta Dengan Mi Goreng Mamak & Teh Ais

Terbaiklah Andmesh! Mi goreng mamak, teh ais siappp!🤣

Konsert Tue, 6 Jun 2023
Featured Fri, 5 May 2023
Events Wed, 13 Dec 2023

Incubus Pilih Malaysia Sebagai Lokasi Konsert Jelajah Asia 2024

Incubus Live in Malaysia gais! Can’t wait!!!!🔥