Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 3, 2023 @ 5:00pm

Netizen ‘Bitter’ Tengok Da’i Syed & Isteri Papar Aksi Mesra… Siap Komen – “Bahagia Jangan Tunjuk Sangat Kat Orang”

Aksi mesra yang sering ditunjukan oleh pendakwah selebriti, Da’i Syed dan isterinya yang juga seorang pengacara, Hana Ismail sekali lagi menerima kritikan.

Menerusi perkongsian di TikTok, Da’i Syed dan Hana kelihatan menghabiskan masa bersama-sama di sebuah pulau sambil merakamkan momen manis mereka.

@daisyed_Semoga bahagia selalu milik kita berdua 🌊🤍

♬ suara asli – ciiᰔᩚ

 

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan balas berkenaan, terdapat segelintir netizen yang berasa kurang senang dengan aksi mesra yang ditunjukkan pasangan tersebut.

“Tiap masa ke rakam yang sweet-sweet ni.

“Hati-hati selalu tunjuk kemesraan ni.

“Orang cakap bahagia kita jangan tunjuk kat orang. Sebab dalam dunia ni macam-macam penyakit ada.. Penyakit ain. Kenangan tu biar disimpan oleh pasangan je,” komen netizen.

Ini cuma 20 peratus sahaja dari kenangan kami

Tidak berdiam diri dengan komen yang diberikan, Da’i Syed turut memberikan respons terhadap hantaran berkenaan.

“Inshaa-Allah, doakan yang baik-baik. Ini hanya 20 peratus sahaja dari kenangan kami,” jelasnya.

Malah memetik laporan Harian Metro sebelum ini, pelantun lagu Albi Nadak itu menjelaskan, dia tidak boleh menghalang kritikan yang diberikan netizen terhadap hantaran di platform media sosialnya.

“Saya cuma ingin gembirakan isteri saja. Tapi, kalau momen mesra kami yang dipaparkan di media sosial itu boleh buat orang cemburu, saya tidak boleh halang kerana itu hak mereka.

“Cuma, kalau kita simpan kenangan dengan pasangan dalam telefon, kadangkala akan hilang juga. Sebab itu, saya memuat naiknya di media sosial dan yakin ia tidak akan hilang,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Individu Dakwa Dai Syed ‘Bitter’ Gara-Gara Ditegur Terlalu Menunjuk Kemesraan? – “Jauh Scrol IG Sampai Bawah Semata Nak…”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dikritik Terlalu Menunjuk Kebahagiaan Selepas Berkahwin, Dai Syed Sarkastik Bidas Komen Netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Terbitkan Novel ‘7 Hari Istikharahku’, Dai Syed & Hana Ismail Kongsi Kisah Suka Duka Dalam Buku

 

Sumber : TikTok, Harian Metro

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Wed, 4 Jan 2023
Hiburan Mon, 3 Sep 2018

Kena ‘Bahan’ Di Instagram Perkara Biasa, Tak Payah Komen Lebih-Lebih – Zarina Anjoulie

Fathia Latiff sengaja mahu membahan beliau dengan memuat naik gambar tersebut dilaman sosialnya.

Trending Wed, 17 Jun 2020

Lebih 21, 403 Pas Perjalanan Tanpa Had My30 Terjual

Korang jangan lupa dapatkan juga k!

Hiburan Fri, 4 Jul 2025

[VIDEO] “Saya Takut Tuhan… Biarlah Hidung Besar Tapi Comel” – Sheila Majid Tolak Ubah Wajah

Shiela Majid takut tuhan, enggan ubah wajah demi nampak lebih muda dan cantik

Featured Wed, 29 Jan 2020

Bagaikan mayat hidup, mangsa koronavirus di kuarantin dalam ‘keranda’

Tindakan demi keselamatan petugas paramedik dan orang awam!

Trending Wed, 21 Feb 2018

ANGRY WOMAN SELLS CHEATING HUSBAND ON CAROUSELL FOR RM0.01!

How angry have you been that instead of yelling at or scolding someone, you would rather just sell them on an online platform?

LIFESTYLE Mon, 20 Aug 2018

Euww… Busuknya Bau Kaki Kamu, Ikut Lima Langkah Ini!

Walaupun ada cara untuk mengatasi kaki berbau tetapi ini dikongsikan cara untuk mencegah kaki berbau

Featured Tue, 12 Jul 2022

Kes Langgar Lari: Bayi 4 Bulan Bertarung Nyawa Tercampak Di Tengah Highway, Ramai Selebriti Bantu Wanita Ini Cari Rakaman Dashcam

Allahuakbar! Difahamkan bayi tersebut mengalami kesakitan patah tulang peha, tulang pinggul dan pendarahan di otak. Update terkini, ibu mangsa dah dapat no plat individu terbabit.

error: Content is protected !!