Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 27, 2023 @ 5:40pm

Nama Lambat ‘Panas’, Nadeera Percaya Pada Rezeki – “Saya Tak Salahkan Sesiapa”

Mula mencipta nama lebih sedekad lalu menerusi pertandingan Vokal Bukan Sekadar Rupa musim 2 pada 2012, penyanyi Nadeera kini kian menyinar bak judul single terbaharunya iaitu ‘Emas’.

Biarpun perjalanan karier seninya agak perlahan, kehadiran Nadeera atau nama sebenarnya Farah Nadeera Zaini, 30, semakin dikenali dan mula dihargai ramai.

Dengan lahirnya single ‘Emas’, ramai seolah membuka mata dengan bakat yang ada pada penyanyi kelahiran Mersing, Johor ini.

Manakan tidak, jika menghayati bait-bait lirik lagu tersebut ia ibarat membawa pendengar kembali ke masa lalu, penyampaian Nadeera sangat ikhlas ditambah pula dengan melodi yang cukup indah. Secukup rasa!

Namun, disebalik karya indah itu, ada juga yang mempersoalkan mengapa Juara program Lagu Cinta Kita TV3 itu masih lambat ‘panas’. Ini jawapan Nadeera.

“Saya tak salahkan sesiapa, saya juga tak salahkan diri saya juga.

“Apatah lagi peminat saya, saya tak salahkan sesiapa. Saya bergantung pada rezeki.

“Rezeki itu tidak pernah datang lambat atau cepat, dia datang pada waktu yang tepat,” ujarnya ketika ditemu bual bersama program hiburan popular, Melodi.

Kata Nadeera, dia mengakui terbit rasa ingin mengalah selepas melalui fasa jatuh bangun.

Namun, dorongan daripada keluarga dan rakan menjadi salah satu punca perjalanan karier seni Nadeera kini semakin cerah.

“Dahulu ada perasaan mengalah itu tapi disebabkan dorongan keluarga dan kawan-kawan yang memberikan kata-kata semangat pada saya, itulah yang membuatkan saya teruskan semangat untuk terus berada dalam industri.

“Sudah tentu ada impian itu, saya mahu pergi ke pentas berprestij yang lebih besar lagi selepas ini.

“Mana tahu ada rezeki, Insya-Allah, doakan ya,” katanya optimis.

Sehingga kini, single Emas mendapat maklum balas yang positif daripada kalangan penggemar muzik tanah air.

Tidak sekadar itu, ramai turut memuji penjiwaan Nadeera dalam lagu tersebut sehingga ada yang menyifatkan Emas adalah material Anugerah Juara Lagu (AJL).

Dalam perkembangan lain, Nadeera akan beraksi di pentas Konsert Patah Hati 2.0 yang bakal diadakan pada 23 November hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibarat ‘Lahir’ Semula! Tampil Dengan Penjenamaan Baharu, Nadeera Muncul Dengan Single Emas

ARTIKEL BERKAITAN: Nadeera Zaini Bakal Rakam Single Ciptaan Komposer Tersohor Antarabangsa

ARTIEKL BERKAITAN: “Nak Jadi Penyanyi Ke, Nak Jadi Pengemis?” – Terima DM Berbaur Hinaan, Nadeera Sebak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 30 May 2018

Elak Masalah Gangguan Seksual, Arab Saudi Perkenal Undang-Undang Baharu

Antaranya adalah hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda sebanyak 300,000 riyal (RM318,126), kepada pesalah jika sabit kesalahan.

Drama Fri, 28 Mar 2025

Umie Aida Tegas Jaga Batas, Amal Wuduk Sepanjang Penggambaran

Pelakon berbakat besar, Datin Seri Umie Aida, tegas dalam menjaga batas pergaulan di set penggambaran, terutama ketika berlakon dengan pelakon bukan mahram.

Featured Fri, 24 Apr 2020
Automobile Tue, 22 May 2018

Rancang Beli Kereta Raya? Sekarang Mungkin Waktu Terbaik

Semua pelanggan akan ditawarkan pilihan antara rebat tunai segera atau baucar servis yang mempunyai nilai bersamaan kepada perbezaan antara harga kereta semasa dan akan datang, berkuat kuasa Jun.

Hiburan Tue, 12 Dec 2023
error: Content is protected !!