LIFESTYLE By: SGMS Faida June 11, 2018 @ 4:19am

Malaysia Bakal Mula Projek Kereta Nasional Baharu

Satu lagi hadiah buat rakyat Malaysia! Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan negara ini bakal memulakan projek kereta nasional baharu menerusi kerjasama dengan negara serantau lain.

Bercakap pada sesi dialog Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia sempena Persidangan Antarabangsa Nikkei Ke-24 hari ini, Dr Mahathir berkata Proton kini bukan lagi kereta nasional kerana sebahagian besar saham syarikat terbabit kini dimiliki syarikat China, Geely.

“Aspirasi kita sekarang ialah untuk memulakan sebuah lagi projek kereta nasional, mungkin dengan kerjasama negara serantau,” katanya.

Tambah beliau, Thailand dan Jepun adalah antara negara serantau yang memiliki kepakaran dalam pembuatan kenderaan.

Dr Mahathir berkata demikian apabila ditanya mengenai potensi pembangunan industri baharu Malaysia dan bagaimana pelabur asing dapat melengkapkan senario itu.

” Kita mungkin terpaksa mengharapkan rakan asing pada permulaan tetapi lambat laun kita berharap pekerja tempatan sendiri dapat menguasai teknologi yang diguna pakai,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Sep 2021

Kelonggaran Fasa 1 PPN Untuk Industri Kreatif, Hanya Untuk Penerima Dua Dos Lengkap

Kerajaan hari melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi industri kreatif bermula 9 September untuk mengurangkan bebanan lebih sejuta penggiat, artis dan pekerja. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob […]

Hiburan Fri, 19 Apr 2019

Ain Edruce Kini Tunangan Hafiz

Selamat bertunang Ain & Hafiz, comel je tengok gelagat dorang ni tau!

Hiburan Thu, 31 Oct 2019
Hiburan Mon, 23 Sep 2019

Senarai Pemenang ABPBH 32

Acara gilang-gemilang anugerah berprestij, Anugerah Bintang Popular Bintang Harian (ABPBH 32) yang berlangsung malam semalam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menyaksikan pelakon, Mira Filzah dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH 32 dengan jumlah undian sebanyak […]

Hiburan Tue, 6 Sep 2022
Featured Fri, 18 Mar 2022

Rakyat Malaysia Bangga Bahasa Melayu Menjadi Bahasa Kedua Komunikasi di Makkah & Madinah

Ada yang kata peniaga di sana siap kenal selebriti Neelofa, Siti Nurhaliza dan tahu trademark ‘Malu Apa Bossku’ 😂

Hiburan Wed, 28 Feb 2018

Gara-Gara Akaun Instagram, @boss_ned Warning Netizen?

Nedim memaklumkan bahawa, baby Ney Ney tidak akan ada akaun sendiri melainkan bila Ney Ney sudah besar dan boleh memilih sendiri sama ada mahu menjadi public figure ataupun hidup in a private life