Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 29, 2023 @ 1:11pm

Noh Salleh, Ernie Zakri & Atilia Haron Bakal Hangatkan Konsert Senandung Malam – Payung Teduh X Sore

Penampilan tiga artis terkenal tanah air iaitu Noh Salleh, Ernie Zakri dan Atilia Haron bakal menghangatkan Konsert Senandung Malam – Payung Teduh X Sore (Setengah Lima Menuju Senja) yang bakal diadakan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 30 September ini.

Penganjur Neptunes Present yang juga aktres terkenal,Nabila Huda berkata, Noh akan membuat persembahan secara duet sebanyak dua lagu bersama kumpulan Sore.

“Mereka akan berduet lagu Musim Ujan dari album Sorealist dan satu lagi lagu masih dirahsiakan. Ia juga kejutan buat peminat yang akan datang menyaksikan konsert ini.

“Noh dipilih oleh kumpulan Sore kerana mereka ada pertalian dan sering berkongsi mengenai muzik sejak dulu.

“Muzik dimainkan oleh Noh juga seakan-akan sama dengan muzik kumpulan Sore,” kata anak rockers terkenal, Datuk Amy Search itu.

Selain Noh, kata Nabila, Ernie juga menjadi artis jemputan untuk Konsert Senandung Malam – Payung Teduh X Sore itu.

“Hasil perbincangan Neptunes Presents dan pasukan Payung Teduh, kami sepakat memilih Ernie sebagai artis undangan kerana karakter suara yang kena dengan tema dan lagu yang akan didendangkan pada malam konsert.

“Ernie juga akan mendendangkan dua lagu Payung Teduh secara duet yang tidak pernah dibawakan secara ‘live’ di Malaysia.

“Ernie akan berduet dengan Payung Teduh menerusi lagu Mari Bercerita dan Berdua Saja.

“Ia juga persembahan duet kali pertama Payung Teduh dengan artis tempatan,” katanya.

Manakala, pemilihan Atilia sebagai artis jemputan pula, kata Nabila, ia diputuskan oleh kumpulan Sore sendiri.

“Atilia adalah artis tempatan pertama yang dipilih Sore dan dia juga bakal mendendangkan dua lagu pada malam konsert.

“Atilia juga merahsiakan lagu yang akan didendangkan kerana ia juga istimewa buat peminatnya dan Sore,” katanya.

Mengulas penampilan artis tempatan, kata Nabila, pihaknya berharap ia akan berjaya menghangatkan lagi Konsert Senandung Malam – Payung Teduh X Sore.

“Kami berharap dengan penampilan beberapa artis tempatan ini akan menghangatkan suasana konsert di samping mengeratkan lagi ikatan antara pemuzik Indonesia dan Malaysia yang berkolaborasi atas platform muzik,” katanya.

Sementara itu, berkongsi jualan tiket, kata Nabila, ia juga sudah terjual hampir 50 peratus sejak hari pertama dijual pada 25 Ogos lalu.

“Jualan tiket belum mencapai tahap maksimum mungkin kerana lambakan konsert yang agak banyak.

“Justeru, Neptunes Present berharap peminat Payung Teduh dan Sore akan datang menyaksikan persembahan mereka yang mantap.

“Sore dan Payung Teduh juga akan ditemani Agal Muzik Ensemble, pemuzik orkestra tempatan bagi mewarnai persembahan pada 30 September ini,” katanya.

Untuk rekod, Payung Teduh yang pernah menjayakan persembahan di Zepp Kuala Lumpur tahun lalu dianggotai Comi Aziz Kariko selaku pemain bass, Alejandro Saksakame (dram) dan Ivan Penwyn (gitar), manakala Pusakata atau nama sebenarnya, Mohammad Istiqamah Djamad adalah bekas vokalis Payung Teduh.

Payung Teduh dan Pusakata yang kini bergabung sebagai Parade Hujan.

Sore pula dianggotai Ade Firza Paloh selaku vokalis dan gitar, Awan Garnida (bass/vokal) dan Bemby Gusti Pramudya (dram).

Payung Teduh popular dengan lagu seperti Akad dan Menuju Senja, manakala Sore pula terkenal dengan lagu Pergi Tanpa Pesan, Setengah Lima dan Mata Berdebu.

Tiket konsert boleh didapati menerusi laman web myticketempire.com Pembelian tiket secara ansuran juga ditawarkan melalui Atome.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 4 Nov 2018

Karakter Anak Zarina Zainuddin Jadi Sumber Rujukan

Bukan senang nak bawa watak Fatonah, nampaknya usaha berbaloi juga akhirnya. Tahniah Nad Zainal!

Featured Wed, 25 Mar 2026

Rosyam Nor Syahdu Sambut Aidilfitri, Akui Lagu Raya Sekarang ‘Macam Karaoke’

Pelakon versatile yang juga usahawan, Datuk Rosyam Nor berpendapat di usianya kini sambutan Aidilfitri lebih bermakna dengan kehadiran anak-anak dan cucunya.

Hiburan Fri, 23 Aug 2019

Halal Gap? Ernie Perjelas Isu Pegang Tangan Syamel

Biasalah tu, diorang kan rakan duet?

Events Mon, 11 Mar 2019
Featured Tue, 22 Nov 2022

Bergaduh Dengan Adik, Sajat Menangis Ketika Live TikTok – “Abang Mengalah Lah Dengan Adik”

Tular sebuah hantaran di laman TikTok yang memaparkan usahawan kontroversi Nur Sajat menangis kerana mengalami salah faham dengan adik kangdungnya yang dikenali sebagai Mustika. @irahhashim Sajat gaduh dengan adik dia #sajat #mustika ♬ original sound […]

Events Thu, 24 Jan 2019

Kenapa Korang Wajib Datang Konsert Prelude AJL33 Sabtu Ini?

Hangatkan AJL33 dengan konsert Prelude Sabtu ini!

Hiburan Thu, 14 Dec 2023
Hiburan Mon, 8 Jun 2026

Khairul Aming Jelaskan Sebab Restoran Rembayung Tidak Sediakan Sistem ‘Walk In’, Utamakan Keselesaan Pelanggan

Menurutnya, situasi di Rembayung berbeza berbanding restoran yang beroperasi di dalam pusat beli-belah kerana pelanggan perlu beratur di kawasan terbuka

error: Content is protected !!