Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 1, 2023 @ 9:58am

“Apa Yang Berlaku Antara Mereka Saya Tak Nak Masuk Campur” – Pilih Bertenang, Shila Amzah Jawab Status Hubungan Dengan Bapa

Penyanyi Shila Amzah sekali lagi tampil memperjelaskan status hubungannya bersama bapanya, ND Lala selepas ibunya, Fauziah Sarman membuat kenyataan dalam program Melodi baru-baru ini.

Katanya, dia tidak mahu masuk campur urusan yang berlaku antara ibu dan bapanya itu.

Menurutnya, keputusan ibu bapanya untuk bercerai adalah atas pilihan mereka dan sebagai anak-anak yang cukup dewasa dia hanya mampu mendoakan  kesejahteraan dan kebaikan mereka.

“Saya bersikap neutral dan tidak berpihak kepada sesiapa. Apa yang berlaku antara mereka, saya tak nak masuk campur.

“Saya hanya mahu mereka gembira sahaja. Anak-anak pun dah besar. Semua ada kehidupan masing-masing. Tidak timbul isu anak nak ikut siapa selepas ibu bapa bercerai,” katanya.

Shila atau nama penuhnya, Nurshahila Amir Amzah, 33, berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran program Famili Duo yang diadakan di IOI Mall, Putrajaya pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Shila berkongsi, dia mengambil pendekatan untuk mengunci mulut tatkala isu rumah tangga ibu bapanya tular disebabkan tiada keperluan untuk dirinya memberi kenyataan.

“Saya tidak membuat kenyataan kerana perkara ini tidak pernah ganggu saya. Sekarang ini, saya nak hidup tenang sahaja. Sebab itulah saya biarkan sahaja,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Thu, 28 May 2026

Kata Hati Bakal Ubati Kerinduan Peminat Filem Romantik Komedi Tempatan

Kemunculan filem romantik komedi Kata Hati mebgubati kerinduan penonton terhadap naskhah ringan dan menghiburkan.

Contest Fri, 16 Aug 2019

Menang RM2K Hanya Di #ICSYVMY !

Jom berhibur sambil menang wang tunai berjumlah RM2K!

Featured Tue, 14 Jan 2025

Nurul Zahid Dilantik Ahli Lembaga Pengarah UPM

Nurul Hidayah dilantik mewakili komposisi berpengetahuan dan berpengalaman.

Featured Mon, 15 Jun 2026
Events Tue, 21 Aug 2018

Sebaik-Baik Doa Adalah Pada Hari Arafah…Ayuh Berdoa!

Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kita nyatakan dan apa yang kita rahsiakan. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Meneliti segala hajat yang ada di hati kita, maka mohonlah agar disampaikan hajat itu.

error: Content is protected !!