Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain October 2, 2023 @ 4:25pm

Anuar Zain Luah Rasa Bangga Dengan Ernie Zakri & Syamel – “Good Performer, Good Artist!”

Penyanyi Anuar Zain mengakui dirinya sangat bangga dengan kedua-dua anak saudaranya, Ernie Zakri dan Syamel yang sungguh berbakat dalam bidang nyanyian.

Perkara itu telah didedahkan oleh Anuar dalam sebuah sesi podcast bersama Dina dan Faliq di TikTok Sinar.

Menurut Anuar, Ernie dan Syamel merupakan pasangan yang sangat secocok apatah lagi saling menyokong antara satu sama lain dalam kerjaya seni mereka.

“Sudah tentu, anak buah saya kot dua-dua tu. Bila Syamel kahwin dengan Ernie, dia anak buah saya. You know, I just love them.

“Mereka hanya ingin mencari kebahagiaan dalam apa yang mereka buat dalam relationship. Mereka sangat menyokong antara satu sama lain.

“Kalau you tengok, memang betul sangat-sangat supportive. Dua-dua tu manja dengan each other tapi diorang macam take turn. Tu kelakar they are funny people but sangat-sangat deep perasaan dia.

“Mereka jenis orang yang sangat banyak kasih sayang. That’s beautiful you know,” katanya.

Turut memuji bakat mereka sebagai anak seni, pelantun lagu Sedetik Lebih itu menyifatkan Ernie dan Syamel sebagai penghibur yang hebat.

“Bila dia perform, tengoklah dia bagi all out itu yang betul. They are so good people, good performer, good artist. If you ask me those two, anak-anak buah saya dua orang ni memang dia good artis, hebat, sangat-sangat bagus.

“Kalau tengok Syamel di atas pentas, bila saya tengok dia saya sangat terhibur dengan dia punya celoteh. Dah lah nyanyi bagus, kelakar pula tu, dia pandai curi hati orang itu yang penting. Ernie pun begitu, sama,” jelasnya.

@sinar_my Sweetnya Anuar Zain. Macam-macam pujian untuk anak-anak buahnya Ernie & Syamel 😍 Dua-dua manja rupanya! Hehe #SINARKongsi #xyzbca #fypシ #trending #BorakSelebriti #selebritimalaysia ♬ original sound – SINAR

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 29 May 2023

Netizen Luah Rasa Kurang Senang Bila Fasha Sandha Kongsi Foto Bersama Kazar

Alamakkkk! Ramai pula yang suruh Fasha delete gambar dengan Kazar 😅

Hiburan Sat, 31 May 2025
Hiburan Mon, 2 Sep 2019

Dayang dan Hael, Siapa Tumpang Populariti Siapa?

Dua-dua kan memang dah popular. Apa masalahnya?

Events Wed, 26 Jun 2019

黄明志《辣死你妈1.0》玩穿越!希望鼠年贺岁档上映

相隔8年,Namewee黄明志再次操刀拍摄《辣死你妈2.0》续集《辣死你妈1.0》,融合大马多元种族文化的特色,大完穿越回到600年前马六甲王朝。

Hiburan Sat, 27 Dec 2025

Risteena Tepis Dakwaan Rumah Tangga Dengan Isa Khan Bergolak – “Kapsyen Suami Saya Itu Hanya Lirik Lagu & Quotes”

Risteena menjelaskan kapsyen yang dimuat naik suaminya dalam video tular sebelum ini hanyalah petikan lirik lagu

Hiburan Sat, 2 Aug 2025

Dituduh Jadi Penyondol, Bekas ‘Stylist’ Selebriti Tampil Bersuara!

Bekas stylist Fazura tampil bersuara dakwaan jadi penyondol buat kali kedua

error: Content is protected !!