Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain October 2, 2023 @ 12:25pm

‘Abang Proton’ Hanya Kawan & Ejen Insurans Sherry Alhadad

Pelakon dan pengacara Sherry Alhadad, tampil berkongsi status hubungannya bersama lelaki yang dikenali sebagai ‘Abang Proton’.

Kerap kelihatan bersama sejak kebelakangan ini, Sherry bagaimana pun enggan membiarkan segala dakwaan atau spekulasi terus bertebaran dan jadi bualan ramai.

Menurut Sherry, lelaki yang panggil ‘Abang Proton’ atau nama sebenarnya Amir Mokhtar hanyalah kawan dan ejen insuransnya.

“Tiada apapun sebenarnya. Kami hanyalah kawan dan dia juga ejen insurans saya. Biasalah sebagai pelanggan, ‘Abang Proton’ kenalah jaga dan bawa saya keluar makan.

“Video kami keluar makan itu pun, dia yang muat naik. Saya ada juga tulis dalam kapsyen video, tak ada apa-apapun.

“Malah, saya beri keizinan untuk ‘Abang Proton’ muat naik video itu. Cuma, bila tiba-tiba video itu tular dan jadi perhatian, ‘Abang Proton’ agak kelam kabut sedikitlah. Dia yang nak sangatkan, jadi kenalah hadap,” katanya.

Sebelum ini, ‘Abang Proton’ memaklumkan dia berkenalan dengan pengacara itu di sebuah stesen minyak di Kota Damansara empat tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Terserempak Dia Masa Isi Minyak”- Abang Proton Kongsi Detik Perkenalan Dengan Sherry Alhadad

Berkongsi perkara yang sama, Sherry menyatakan detik perkenalan itu jugalah mendorong ‘Abang Proton’ menjadi ejen insuransnya.

“Dia tegur saya dan beritahu minat dengan lakonan saya. Selepas berkenalan, barulah saya tahu dia seorang ejen insurans.

“Secara kebetulan, saya sedang mencari ejen untuk menguruskan insurans saya.

“Disebabkan ‘Abang Proton’ berpengalaman dan menjadi ejen kepada beberapa artis lain, saya setuju menjadi pelanggannya,” katanya.

Memetik laporan Berita Harian, Sherry juga sempat berkongsi tentang gelaran ‘Abang Proton’ yang diberikan kepada lelaki itu.

“Nama dia Amin Mokhtar. Gelaran Abang Proton tercetus selepas saya menulis komen di IG miliknya. Saya cakap mukanya sama macam ‘Abang Tesla’ yang viral sebelum ini.

“Dia balas komen saya dengan mengatakan, dia bukan Abang Tesla, tetapi ‘Abang Proton’. Dari situ, terus melekat panggilan itu.

“Apabila tengok ramai doakan kami dan beri amaran kepadanya supaya tak mainkan perasaan saya, rasa terharu pula.

“Malah, ada rakan industri bertanya mengenai hubungan kami.

“Rasa lucu apabila reaksi seperti ini timbul. Tiada apa-apa hubungan, kami memang berkawan. Tapi, ‘Abang Proton; masih single,” jelasnya.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Mar 2023

“Perempuan Tu Masih Kacau!” – Dedah Telah Fail Cerai, Jalaluddin Perjelas Konflik Rumah Tangga Musa Hassan

Abang saya tak pernah abai nafkah isteri dan anak-anak – Jalaluddin Hassan

Hiburan Mon, 29 Jul 2019
Events Mon, 9 Jul 2018

Alhamdulillah! Siti Sarah Sudah Mula Berhijab

Siti Sarah nampaknya tampak selesa dan kelihatan cantik dengan imej terbaharu beliau kan? Siapa setuju, angkat tangan!

Hiburan Sat, 11 Aug 2018

“Tiada Hubungan Istimewa Bersama Puteri” – Faisal

Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin menafikan hubungan istimewa bersama Puteri Aisyah. Hanya sekadar teman biasa sahaja.

Hiburan Wed, 8 Jun 2022

“Watak Cacat Pun Nak Pelakon Yang Elok” – Michael Ang Terpaksa Akur Dengan Selera Penonton

Pengarah popular, Michael Ang terpaksa ikut selera peminat dalam pemilihan pelakon.

Featured Wed, 25 Sep 2024
Hiburan Mon, 21 Oct 2019

沸腾了!全场歌迷与Sean Kingston高唱《Beautiful Girls》

「流行小天王」Sean Kingston 现身大马舞台!纵使11点20分才出场,可是现场歌迷却是越夜越high,跟著Sean Kingston高声大唱大跳,现场气氛嗨翻天!

Featured Mon, 1 Dec 2025

Anzalna Nasir Syukur Suami Izin Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa – “Dia Mampu Sediakan Semuanya”

Anzalna syukur suami mampu sediakan keperluan dan memberi keizinan untuknay menjadi suri rumah sepenuh masa.

error: Content is protected !!