Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 2, 2023 @ 5:37pm

[VIDEO] Main Filter Ramalan 2024, Reaksi Puteri Sarah Bila Dapat Result Bakal Bertunang Curi Perhatian! – “This Is Unexpected”

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana meraih perhatian setelah berkongsi video bermain filter ‘Your 2024 Prediction is…’ di Instagram.

Menerusi video tersebut, Puteri Sarah yang berada di dalam kapal terbang itu terkejut apabila mendapat ramalan bahawa dia akan bertunang.

“Your 20024 prediction is… you will get engaged,” tulis filter menunjukkan hasil yang diraih aktres drama rantaian Suri Hati itu.

Apa yang menarik perhatian adalah reaksi Puteri Sarah yang seakan terkejut dan tersipu malu atas ramalan filter tersebut.

“This is unexpected,” tulisnya berserta emoji ketawa.

Terdahulu, nama Puteri Sarah hangat menjadi perbualan hangat di media sosial lebih-lebih lagi apabila kerap muncul di Instagram Live bersama aktor terkenal Indonesia, Andi Asryil.

Malah, ramai pihak juga menyatakan mereka kelihatan sangat serasi bersama kerana seakan memiliki wajah yang seiras.

Bukan itu sahaja, sebelum ini tular sebuah video memaparkan Puteri Sarah sedang bercakap di telefon bersama seseorang, rata-rata netizen teruja apabila bekas isteri pengarah sensasi Syamsul Yusof itu menyebut perkataan ‘sayang’.

Malah, netizen menjadi lebih teruja apabila Puteri Sarah seakan bercakap dalam bahasa Indonesia kepada individu tersebut.

“Ikut kamu ajalah sayang,” katanya.

@norainibasre

Membalas kepada @nangfatimah32#binafshasweet #norainibasreshop #norainibasre #puterisarahliyana #artismalaysia #tiktokindonesia #andiarsyil #perfectmatch

♬ Merayu Tuhan – Tri Suaka

Puteri Sarah yang kelihatan mesra bersama Andi bagaimanapun menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa, malah hanya berteman sebagai rakan kongsi perniagaan.

Sekadar info, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 mac 2014 namun bercerai dengan talak satu pada 14 Jun lalu.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Puteri Sarah, Kapsyen ‘Makan Dalam’ Ibu Syamsul Curi Perhatian Netizen! – “Biar Dia Meroyan, Jealous Tu”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Ira Kazar Dah Terima Kifarah, Dia Terima & Ikhlas…” – Pendedahan Isteri Azlan Komeng Cetus Tanda Tanya

Artikel Berkaitan: Bekas Menantu Kazar Masih ‘Berbunyi’ Selepas Disaman, Siap Pertikai Idah… Ini Respons Puteri Sarah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 16 Sep 2018

Rosyam Nor Terkejut Pasaraya Terima Sambutan Luar Biasa

Jangan risau, Hero Malaya ni takkan bersara dari dunia lakonan pun!

Hiburan Fri, 27 Aug 2021

Penyanyi Filipina Clara Benin Tampil Dengan Single Suara Hati

Penyanyi Filipina, Clara Benin telah melancarkan lagu terbaru berjudul Suara Hati. Lagu ini adalah terjemahan daripada single asal nyanyiannya sendiri, Tila dalam Bahasa Filipina yang dilancarkan pada tahun 2015. Sebagai inisiatif OFFMUTE dalam mengukuhkan nama […]

Hiburan Sat, 17 May 2025
Hiburan Tue, 17 Mar 2026

“Harap Tiada Persoalan Selepas Ini, Saya Doakan Kebahagiaan Dia” – DJ Kidd, Emma Maembong Sudah Tidak Lagi Rapat?

DJ Kidd memaklumkan dia tidak lagi bersama Emma Maembong sekali gus menjawab persoalan yang sering diajukan oleh orang ramai mengenai hubungan mereka.

Hiburan Mon, 29 Jun 2026

“Ya, Saya Berlemak… Jangan Kutuk” – Liyana Jasmay Akui Perut Berlapis, Nekad Kembali Diet

Liyana Jasmay, tampil bersikap terbuka apabila mengakui sedang berusaha menurunkan berat badan selepas menerima komen mengenai bentuk fizikalnya.

Hiburan Wed, 18 Dec 2019
error: Content is protected !!