Hiburan By: Maya Basir October 3, 2023 @ 1:41pm

Terpisah Selama 5 Bulan Tinggal Bersama Bapa, Bekas Madu Miera Leyana Luah Rasa Gembira Anak Minta Balik Rumah – “Dia Tidur Di Rumah Tiga Malam”

Bekas madu pelakon Miera Leyana, Adibah Abdul Mutalib memaklumkan anak keempatnya iaitu Nur Anisa meminta untuk pulang ke rumah selepas beberapa hari perbicaraan penuh hadanah yang berlangsung pada 4 September lalu.

Memetik laporan mStar, Adibah pada awalnya terkejut dengan permintaan tersebut memandangkan kali terakhir anaknya bermalam di kediamannya di Putrajaya pada April lalu.

Namun, dia sebagai ibu sangat gembira dengan keputusan Anisa untuk pulang bermalam dengannya selepas sekian lama tinggal bersama bapanya, Rosland Othman.

“Selang beberapa hari selepas perbicaraan hadanah, Anisa ada hubungi saya untuk balik ke rumah saya di Putrajaya dan minta saya ambilnya di sekolah pada keesokan harinya.

“Saya ambil seperti diminta dan Anisa balik dan tidur di rumah selama tiga malam.

“Dia tak balik rumah sejak April lepas, saya tengok Anisa gembira dapat jumpa adik-beradik yang lain,” ujarnya.

Sementara itu, berhubung isu hak penjagaan penuh dua anak perempuan mereka, Rosland, 50, selaku plaintif dalam kes itu mengusulkan penyelesaian secara baik bagi kedua-dua belah pihak.

Hakim Syarie Shamsuddin Hussain yang mendengar kes itu kemudiannya memerintahkan kes tersebut disambung semula pada 19 Oktober ini.

Pada 4 September lalu, Shamsuddin memanggil Anisa dan adiknya Nurin Tasnim, 11, bagi memberi keterangan mengenai pilihan sama ada mahu tinggal bersama bapa atau ibu mereka.

Prosiding pada Isnin sepatutnya memperlihatkan mahkamah membaca keputusan hadanah penuh terhadap dua kanak-kanak berkenaan.

Pada 3 Ogos lalu, pasangan ini sah bercerai talak satu selepas mendirikan rumah tangga selama 28 tahun.

Selain Anisa dan Nurin, pasangan ini mempunyai tiga lagi anak perempuan iaitu Nur Izzah, 26, Nur Iffah, 24 dan Nur Liyana, 18 tahun.

Untuk rekod, Rosland mendirikan rumah tangga dengan Miera pada 25 Julai 2020 dan dikurniakan seorang anak perempuan pada Mei 2021.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Mon, 27 Nov 2023
Featured Wed, 16 Nov 2022

Ramai Cemburu Lihat Daiyan Trisha Bergambar Bersama Pelakon Thailand – “Tutorial How To Be Daiyan…”

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha mengundang rasa cemburu dalam kalangan peminat apabila berkongsi gambar bersama pelakon popular Thailand, Gulf Kanawut. Terbaharu, sebuah perkongsian yang dimuat naik di laman TikTok Daiyan telah berjaya meraih perhatian ramai […]

Featured Mon, 19 Jul 2021

“Umrah Masa Tu Rasa Luar Biasa, Penuh Ketenangan..” – Fazura Luah Perasaan Rindu

Pelakon jelita, Nur Fazura menzahirkan kesayuan dan kerinduannya saat  mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah dan Madinah. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Fazura sempat memuat naik beberapa keping gambar lama saat dia […]

Events Mon, 15 Jan 2018

BINTANG BERSAMA BINTANG GEGAR PENTAS LAWAK 2018

Kepada yang belum menonton program realiti terbaru terbitan TV3, Bintang Bersama Bintang 2018 ini, pastikan anda meluangkan hari Ahad anda dengan lawak-lawak yang semestinya tidak kering gusi pada setiap Ahad, jam 10 malam atau boleh tonton secara langsung dengan tayangan HD menerusi tonton.com.my.

Dan, jangan lupa untuk mengundi peserta lawak kegemaran anda di portal kami xtra.com.my/bbb2018!