Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 3, 2023 @ 1:32pm

[VIDEO] Pak Nil Buka Tabung Dana Untuk Bantu Kos Rawatan Kanser Limfoma Ibnor Riza

Pengacara dan selebriti popular, Datuk Aznil Hj Nawawi membuka tabung dana untuk membantu penyanyi, Ibnor Riza yang menghidap kanser limfoma.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil menerusi hantaran di Instagram miliknya, semalam.

Menurut Pak Nil, beliau terdetik untuk membantu pelantun lagu popular Mimpi Yang Tak Sudah itu selepas melihat video temubual Ibnor menceritakan kesusahannya untuk membiayai kehidupan dan kos rawatan kanser dihadapinya.

“Dia cakap dia masih lagi nak menyanyi untuk tampung hidup, kos kesihatan dan juga kos sara hidup. Pak Nil tak tahulah dalam keadaan kesihatannya sebegitu, berapa banyaklah ‘show’ dia mampu buat.

“Dan berapa banyak duit yang boleh dia kumpul untuk kelangsungan hidup dan kos perubatan beliau kena buat kemoterapi dan pada waktu yang sama kos perubatannya sangatlah mahal.

“Pak Nil terpanggil sekali lagi untuk membantu penyanyi Ibnor Riza yang kita membesar dengan lagu-lagunya,” katanya.

Meskipun Ibnor tidak pernah meminta agar tabung dana ini diwujudkan, namun sebagai penggiat seni Pak Nil mengambil tanggungjawab itu untuk menolongnya.

“Kali ini Pak Nil buka akaun Pak Nil untuk anda sampaikan derma infak anda kepada abang Ibnor Riza. Beliau sendiri tak minta untuk derma ini dilakukan.

“Pak Nil tahu sebagai seorang anak seni, beliau rasa beliau masih lagi boleh cari duit dalam keadaan beliau sekarang.

“Pak Nil terfikir ini mungkin melambatkan proses untuk mendapatkan duit atau ia akan menganggu lebih teruk lagi kesihatan beliau,” katanya lagi.

Sebelum ini Pak Nil pernah membantu mengumpul dana untuk membantu membiayai kos pembedahan tulang belakang penyanyi Zamani Slam yang menderita penyakit tulang belakang atau skoliosis tahun lalu.

Usaha tersebut berjaya mengumpul wang berjumlah lebih RM100,000 dan Zamani telah selamat menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 7 November tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Terpaksa Jual 3 Buah Kereta Demi Rawatan Kanser Limfoma, Ibnor Riza Gagahkan Diri Bekerja

Artikel Berkaitan: “Tak Apa, Biar Saya Rayu Bantuan…” – Aznil Nawawi Bantu Zamani Kumpul Dana Pembedahan, Sudah Cecah RM32,000

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 4 Feb 2021

Tokoh Terkemuka Dalam Bidang Perniagaan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani Kongsi Pandangan Mengenai E-Dagang & IR 4.0

Nama Datuk Seri Johari Abdul Ghani tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri kewangan Malaysia. Dikenali dan disegani ramai kerana kredibilitinya, Johari merupakan salah seorang ahli politik terkemuka di Malaysia dan pernah menggalas portfolio sebagai Menteri […]

Featured Tue, 31 Oct 2023

Rumah Tangga Syamsul Yusof Didakwa Musnah, Yusof Haslam ‘Kunci Mulut’ – “Lebih Baik Diam Takut Dia Terasa Hati”

Alahai, begitu besarnya kasih sayang seorang ayah dan ibu. Sanggup tak komen apa-apa sebab taknak anak terasa. =(

Hiburan Tue, 25 Nov 2025

Siti Nurhaliza Usik Hael Husaini – “Tak Sabar Nak Nyanyi Masa Awak Bersanding”

Siti Nurhaliza usik Hael Husaini, seloroh nak nyanyi masa majlis kahwin

Hiburan Tue, 8 May 2018

Takziah buat Aunty Lai Meng’

Pelakon wanita veteran negara, Datuk Lai Meng Yi yang lebih dikenali sebagai Lai Meng Yi atau ‘Aunty Lai Meng’, meninggal dunia pada usia 90 tahun, Ahad malam.

Events Wed, 9 Oct 2019

Kenapa Akim Ahmad Sakit Hati Ni?

Wow! Netizen pun, nak tuduh tu biar lah berlapik okay

Hiburan Wed, 12 Jun 2024
error: Content is protected !!