Euforia Bola 2026
Trending By: Atiqah Johari October 5, 2023 @ 2:24pm

Beri Manfaat Kepada Pembaca & Penerbit, Google News Kini Terdapat Dalam Bahasa Melayu

Google News kini terdapat dalam bahasa Melayu sekaligus akan membawa dan menyediakan lebih banyak berita tempatan kepada pembaca natif.

Memetik laporan Harian Metro, Pengarah, Perkongsian Berita, Google Asia Pasifik, Kate Beddoe mengesahkan bahawa Google menjadikan maklumat mudah untuk diakses oleh Masyarakat di seluruh dunia dalam bahasa pilihan mereka.

“Melalui laman web khusus dan aplikasi yang tersedia di Android dan iOS, Google News terus membantu pembaca mencari berita dari sumber yang berwibawa, dari laman web berita terbesar dunia sehingga ke penerbitan kecil, tempatan dan khusus.

“Dengan mengenal pasti dan menyusun cerita daripada pelbagai sumber berita – suatu langkah utama dalam memerangi berita palsu – kami membantu pembaca mendapatkan gambaran yang lebih besar mengenai perkara yang berlaku di sekeliling mereka dengan lebih mudah.

“Ini termasuk mencari lebih banyak cerita tempatan dari komuniti mereka, memahami topik berita yang melanda negara dan global,” katanya.

Kata Kate, Google News memudahkan pembaca untuk mencari berita yang mereka inginkan selain memberi manfaat kepada pembaca dan turut membantu pihak penerbitan.

“Google News membawa pembaca ke laman web penerbit apabila mereka klik pada pautan – membantu mendorong trafik ke kandungan mereka, yang mana mereka boleh memaparkan iklan dan menggalakkan pembaca untuk melanggan.

“Pada 2022, Google menghantar lebih daripada 66 juta lawatan ke laman web penerbit Malaysia setiap bulan – tanpa sebarang caj,” ujarnya lagi.

Bukan itu sahaja, Kate menjelaskan bahawa pihaknya juga akan terus melabur dalam produk, program dan pembiayaan menerusi Google News Initiative (GNI) bagi menyokong kewartawanan berkualiti serta membantu pihak penerbit dan wartawan Malaysia berkembang dalam talian.

“Kami berbangga kerana GNI akan terus menyokong kerja penting seperti kisah mengenai wartawan daripada Bernama yang menyoroti salah satu masalah terbesar kanak-kanak di Malaysia selepas menghadiri latihan kewartawanan data oleh Google News Initiative.

“Kami berharap ketersediaan Google News dalam bahasa Melayu membantu lebih ramai orang mencari berita yang mereka inginkan, daripada penerbit berwibawa yang pelbagai dan dari semua saiz, di Malaysia dan di luar negara, dan memberikan lebih banyak sokongan kepada wartawan dan penerbit yang bekerja keras untuk menyampaikan berita,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Mar 2023

Didakwa Abai Anak, Ini Kenyataan Rasmi Fatin Afeefa

Hmm macam macam laa. Apapun min doakan semoga segala urusan dipermudahkan ya ❤️

Luar Negara Fri, 20 Oct 2023
Hiburan Tue, 11 Oct 2022
Trending Mon, 17 May 2021

Jangan Panik! Pertahanan Siber Negara Masih Selamat – ATM

Semoga negara kita sentiasa dilindungi

Featured Wed, 16 Jul 2025
Trending Wed, 14 Jul 2021

Media Prima Omnia Perkenal Pakej #KitaMalaysia, Tawar Nilai Media Sehingga RM1 Juta Untuk Usahawan SME

Pandemik Covid-19 yang melanda hampir dua tahun bukan sahaja membahayakan kesihatan, malah ia memberikan impak terhadap pelbagai industri di serata dunia. Industri perniagaan turut terjejas, malah ia memberikan kesan buruk terhadap perusahaan kecil dan sederhana […]

Trending Mon, 28 May 2018

Florida ‘Diserang’ Alberto, Ribuan Siapsiaga Pindah

Pihak berkuasa daerah Franklin di Florida Panhandle sudah mengeluarkan arahan berpindah mandatori kepada semua penduduk di 4,200 unit kediaman, manakala daerah Taylor di timur, menawarkan arahan berpindah sukarela kepada penduduk di kawasan pantai.

error: Content is protected !!