Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 6, 2023 @ 7:22pm

Imej Botak & Berat Badan Susut Bukan Disebabkan Rawatan Kemoterapi – Zizan Nin

Pelakon Zizan Nin tampil menjelaskan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa dia sakit dek kerana penampilannya yang dikatakan susut dan berkepala botak, baru-baru ini.

Menurut laporan Harian Metro, Zizan atau nama sebenarnya Azizan Nin, 50, menafikan dakwaan netizen yang mendakwa dia menjalani rawatan kemoterapi sehingga penampilannya berubah.

Malah, Zizan mengakui dia berasa selesa dengan imej botak tersebut.

“Alhamdulillah, saya sihat dan tiada sebarang penyakit kronik.

“Selepas drama Roxy selesai, saya botakkan kepala dan pergi menunaikan ibadah umrah.

“Saya juga mula selesa dengan imej botak kerana senang untuk berjoging,” katanya.

Biarpun usianya kini mencecah 50-an, Zizan yang kini mula melibatkan diri dalam bidang pengarahan itu sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.

Malah berkongsi perubahan berat badan yang dialaminya.

“Pada usia sekarang, saya perlu menjaga kesihatan kerana doktor beritahu paras kolesterol saya dalam tahap berjaga-jaga.

“Maklumlah, saya juga pernah dimasukkan ke hospital kerana masalah gastrik dan tekanan darah rendah sebelum ini.

“Justeru, saya berusaha menurunkan berat badan dan berjaya dapat berat badan 64 kilogram (kg) dari berat badan asal 72 kg.

“Peminat yang mengikuti akaun media sosial saya juga akan nampak saya selalu membuat perkongsian aktiviti sukan seperti jogging dan hiking,” jelasnya.

Terdahulu, tular sebuah rakaman video milik pelakon Anne Abdullah yang memuat naik momen sambutan hari lahir Zizan, Ogos lalu sehingga menimbulkan persoalan ramai mengenai kondisi kesihatan Zizan.

Malah, ramai yang mendakwa pelakon drama Roxy ini seolah-olah menjalani rawatan kemoterapi dek kerana imejnya yang botak dan kurus.

Sumber: Harian Metro 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 Oct 2019

“Takkan Simpan Bubuh Jadi Keychain!” – Elfira Loy

Netizen pun kadang-kadang suka serkap jarang..

Featured Mon, 17 Oct 2022
Hiburan Thu, 13 Nov 2025

El Putra Sarira ‘Ditemui’ Selepas Tular Nyanyi Bersama Lyodra, Nicholas Saputra Restu Pewaris Rangga

El Putra Sarira nyanyi bersama Lyodra terus diangkat jadi bintang filem Rangga Cinta

Hiburan Fri, 24 Nov 2017

PESONA 4 GAUN PERKAHWINAN SELEBRITI YANG MENJADI BUALAN

Antara wedding dress yang menjadi perhatian para wartawan dan tetamu yang hadir. Nak tahu wedding dress tersebut milik siapa?

Trending Tue, 16 Apr 2019

Guru berpakaian pengantin sempena sambutan Hari Guru di sekolah. Sakan sungguh!

Sekali-sekala bergaya seperti pengantin, apa salahnya?

Hiburan Wed, 19 Nov 2025
Featured Fri, 9 Dec 2022

[VIDEO] “Suddenly My Handphone ‘Hang'” – Siti Nurhaliza ‘Speechless’ Jumpa Gordon Ramsay

Comel je gelagat Siti Nurhaliza ni ekk 🥰🥰 Macam tu jugak la reaksi kita bila jumpa TokTi 🤪🤩🤣

error: Content is protected !!