Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 7, 2023 @ 11:52am

[VIDEO] Idam Jadi Jurulatih, Sharul Aimy Tak Tolak Peluang Jadi Pelakon – “Proses Penggambaran Bukan Mudah, Babak Sikit Tapi Shooting 2 Hari”

Atlet kacak, Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam, 22, menamatkan kemarau 17 tahun negara tanpa sebarang pingat dalam gimnastik artistik apabila meraih gangsa di Sukan Asia Hangzhou, baru-baru ini.

Mahu berusaha lebih keras untuk membuatkan Malaysia bangga, anak jati Terengganu ini sedang bergiat aktif untuk mencari dana bagi meneruskan usahanya membawa nama negara ke sukan Olimpik.

“Saya perlu dana sebanyak RM300,000 untuk melayakan diri ke acara yang saya impikan selama ini. Saya sanggup pakai duit sendiri untuk pergi ke sana.

“Biarpun saya tak berjaya, apa yang paling penting, saya dah cuba dan berusaha sehabis baik. Buat masa sekarang, saya masih mencari dana dan saya berharap orang ramai sudi bekerjasama dengan saya,” katanya kepada XTRA.

Sharul ditemui pada majlis makan malam bersama media yang diadakan di sebuah hotel di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, malam tadi.

Ketika ditanya mengenai perancangan masa hadapan, pemenang pingat acara melombol ini menyimpan impian untuk menjadi jurulatih.

“Setakat ini, fokus saya adalah mahu berusaha sehabis baik bagi mengharumkan nama negara ke peringkat paling tinggi dalam sukan gimnastik artistik.

“Mungkin apabila saya bersara satu hari nanti, saya memasang angan-angan untuk menjadi jurulatih. Saya mahu membantu atlet muda serta pelapis dalam sukan ini dan misi saya adalah untuk membanggakan negara,” katanya lagi.

Disoal mengenai penglibatan dalam dunia seni, Sharul tidak menolak peluang untuk menceburi dunia hiburan sebagai pelakon.

Pernah muncul sebagai cameo dalam drama Journal Sara-Haeyo yang bersiaran di Viu, Sharul mengaku proses penggambaran dan lakonan adalah satu hal yang sukar.

“Saya tak tolak peluang. Mungkin boleh difikirkan. Sebelum ini saya pernah berlakon drama sebagai cameo, prosesnya bukan mudah.

“Biarpun babaknya sedikit, tapi proses penggambaran mengambil masa dua hari. Namun, penglibatan saya dalam bidang seni tak mengganggu tumpuan saya dalam bidang sukan.

“Saya sudah beberapa kali ikuti proses penggambaran drama dan iklan. Ia akan dilakukan selepas tamat latihan, sama ada pada waktu malam atau hujung minggu,” ujarnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 15 Jul 2024
Featured Sun, 15 Aug 2021

11 Sektor Ekonomi Dibenar Beroperasi Esok

Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kebenaran operasi untuk 11 aktiviti ekonomi bagi negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), dalam sektor perdagangan dan pengedaran, berkuat kuasa esok. 11 kegiatan ekonomi sektor perdagangan […]

Featured Fri, 17 Apr 2020
Trending Fri, 3 Jul 2020
Featured Tue, 11 Jun 2024
Trending Mon, 26 Nov 2018

让用餐变成玩游戏「工程车餐具」让小朋友乖乖吃饭

许多父母或是很多陪孩子玩的人都知道,让小孩可以乖乖开口吃饭,绝对不是件容易的事;美国有个公司推出一款「工程车餐具」……

Trending Mon, 12 Mar 2018
error: Content is protected !!