#LaguXTRA By: Syamir Shafie October 9, 2023 @ 8:55pm

Paduan Suara Wanna Ali & Aiman Ismail Dalam ‘Bukan Sekadar Lafaz’ Penuh Emosi

Buat pertama kalinya Wanna Ali yang merupakan pelakon tanah air bergandingan dengan penyanyi Aiman Ismail dalam menghasilkan lagu Bukan Sekadar Lafaz. Gandingan kedua-dua selebriti ini dalam membawakan lagu bergenre pop Balada boleh didengar di semua platform digital bermula 3 Oktober 2023.

‘Bukan Sekadar Lafaz’ ini merupakan lagu istimewa hasil nukilan Dato’ Normashayu Puteh yang juga merupakan pemilik Pencil Pictures and Records. Beliau yang pernah meraih Anugerah Extraordinary Achievement of The Year pada Malaysia Prestigious Industry Awards 2021 ini, teruja dengan hasil single ini.

Menurut beliau, “Sekian lama tidak menghasilkan lagu, jadi saya amat teruja apabila dipanggil untuk menghasilkan runut bunyi (OST) lagu rasmi bagi drama bagi Bukan Sekadar Lafaz yang bakal disiarkan di TV3. Lagu ini cukup bermakna kepada saya kerana ia mencerminkan diri saya sendiri dan situasi yang saya sendiri pernah alami. Pemilihan Aiman selaku rakan duet turut menyuntik keunikan tersendiri sementelah melihat hubungan mereka sebenarnya adalah sebagai anak dan bapa tiri. Liriknya juga memberi makna yang sangat mendalam dan berpuas hati dengan hasilnya. Terima kasih kepada Wanna dan Aiman kerana membawakan lagu ini dengan penuh emosi. Penggubahan lagu ini sudah tentunya menjadi pengalaman istimewa buat saya, jadi saya harap pendengar dapat menerimanya dengan baik kerana saya sudah mencurahkan hati saya ke dalam lirik dan irama.”

Sementara itu, Wanna turut berkongsikan pengalamannya. “Wanna mengambil masa lebih 2 minggu untuk menjiwai lagu ini. Memang menarik hasil nukilan Dato’ Normashayu Puteh ni. Bila baca liriknya bersama melodi, saya rasa saya adalah Ashikin, watak yang saya pegang dalam drama tersebut. Rakaman single ini di dalam studio bersama Aiman Ismail, Alhamdulillah mengambil masa hanya 5 jam sahaja, kerana Aiman juga memberi kerjasama yang sangat baik” jelas Wanna yang turut membintangi judul terbaharu TV3 itu.

Lirik lagu ini mempunyai jalan cerita yang tersendiri iaitu mengenai pasangan kekasih yang saling mencintai antara satu sama lain namun berasa sangsi dengan hubungan mereka kerana kehidupan mereka yang tidak sama taraf! Gabungan suara Wanna Ali dan Aiman Ismail berjaya membawakan lagu ‘Bukan Sekadar Lafaz’ ini sebagai runut bunyi bagi drama bersiri Akasia yang bakal ditayangkan di TV3 tidak lama lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wanna Ali (@wannaali_)

Untuk mendengar lagu istimewa nyanyi Wanna Ali dan Aiman Ismail , jangan lupa untuk muat turun lagu ‘BUKAN SEKADAR LAFAZ” di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, KKBox, Tidal dan Deezer.

Untuk maklumat terkini berkaitan lagu-lagu daripada Alternate Records, layari media sosial rasmi di YouTube Alternate Records & Talent dan semua platform digital. Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang ARSB, lawati YouTube rasmi di Alternate Records & Talents dan Instagram @alternate.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 9 Sep 2018

Ummi Nazeera Kongsi Detik Cemas

Ummi Nazeera Kongsi Detik Cemas Lahirkan Ayra Aneesah

Contest Thu, 12 Jul 2018

#xtra好康头 | 精彩剧集享不停 好礼拿到你手软

xtra好康头!让你边看好剧边赢奖,这简直太完美了吧~

Hiburan Thu, 14 Sep 2023
Hiburan Fri, 1 Nov 2019
Featured Tue, 26 Jul 2022

Tular Foto Anak Pakai Baju Seakan Berkemban: “Zaman Saya Muda Lebih Teruk” – Azhar Sulaiman

Azhar menganggap perkara yang berlaku sebagai ‘balasan’. Apapun semoga suatu hari nanti hati Leona akan terbuka

Hiburan Wed, 22 May 2019

Artis Senior Lancar Tabung Kilat Buat Keluarga Shah Slam

Lebih RM 600 berjaya dikutip untuk diserahkan kepada keluarga Shah Slam pada Isnin lalu. Alhamdulillah…

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

‘ Macam Tercekik Sudu, Menyanyi Ke Bercakap Tu?”- Rozita Che Wan Sindir Pereka Fesyen Di IG?

Chuppp no heart feelings. Kami takde isu dengan sapa-sapa pun…tapi daripada satu Malaya carut, baik kami carut dulu kot…

Featured Sat, 28 Jan 2023
Hiburan Wed, 3 Apr 2019

‘Syok Baring Kat Lantai, Sedar-Sedar Dah Dalam Ambulans’- Azhan Rani Kongsi Pengalaman Cemas Di Set Nur 2

Terima kasih doktor-doktor kat unit kecemasan sana. Walaupun dia kata dia benci Syed Hamadi tapi tetap cucuk jarum dengan penuh hemah kat aku.