Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 2, 2026 @ 2:02pm

“Terlihat Susah, Tapi Bismillah” – Dr. Fie Pilih Berdamai Dengan Masa Lalu, Langkah Ke 2026 Dengan Hati Lebih Tenang

Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr. Fie, tekad untuk membuka lembaran baharu apabila melangkah ke tahun 2026, selepas melalui fasa kehidupan yang penuh ujian.

Menerusi hantaran di platform Threads, Dr. Fie meluahkan berazam untuk lebih menghargai nilai diri, selain memilih ketenangan sebagai keutamaan dalam setiap langkah yang diambil.

“Melangkah ke 2026 dengan menghormati nilai diri. Tiada lagi tergesa-gesa, tiada lagi keperluan untuk memberi penjelasan. Hanya langkah bijak dan niat yang jelas. Saya mahu berdamai dengan masa lalu dan meneruskan kehidupan,” katanya.

Menurut Dr. Fie, ketabahan yang dimiliki hari ini bukan hadir dengan mudah, sebaliknya lahir daripada kebergantungan sepenuhnya kepada Allah ketika melalui saat paling sukar dalam hidupnya.

“Bukan kerana ia mudah, tetapi kerana Allah sentiasa memegang tangan saya sepanjang perjalanan ini,” luahnya.

Dalam perkongsian sama, Dr. Fie turut menitipkan doa penuh makna buat tiga cahaya matanya agar dikurniakan masa depan yang lebih baik dan dilindungi daripada sebarang ketentuan yang tidak baik.

“Saya tidak akan pernah melupakan doa untuk anak-anak, ‘Jadikan anak-anakku lebih beruntung daripadaku dalam segala hal. Kurniakanlah takdir terbaik buat mereka dan lindungi mereka daripada takdir yang buruk’,” katanya lagi.

Mengakhiri luahan tersebut, Dr. Fie menggambarkan dirinya kini melangkah ke hadapan dengan iman dan ketenangan jiwa, meskipun sedar perjalanan yang ditempuh bukan sesuatu yang mudah.

“Dengan iman di hati dan ketenangan dalam jiwa, saya melangkah ke 2026 dengan lebih kuat. Terlihat susah, tetapi bismillah,” ujarnya.

Sebelum ini, Dr. Fie mencuri perhatian ramai apabila mendakwa barangan peribadi miliknya bersama anak-anak telah dikeluarkan dan dicampakkan keluar dari kediaman yang didiami tanpa pengetahuannya, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Untuk rekod, Nubhan, 39, dan Dr. Afifah sah bercerai pada 2 Disember lalu selepas hampir sedekad mendirikan rumah tangga sejak 29 Ogos 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3.

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Nasihat Dr. Fie Kawal Emosi, Rancang Tindakan Dengan Bijak – “Keadaan Ini Ibarat Main Catur”

Artikel Berkaitan: Isu Buang Barang Peribadi Tanpa Izin, Peguam Sahkan Dr. Fie Bakal Lapor Polis & Ambil Tindakan Sivil Terhadap Nubhan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 29 Apr 2025

“Benda Baik Kita Kena Cepatlah ” – Mr. E Impi ‘Pengakhiran Istimewa’ Dengan Erra Fazira

Kata Ezwan, dia dan Erra kini menjalani hubungan dengan matang dan terbuka.

Hiburan Thu, 8 Feb 2018

SAYANGNYA KAMI BUKAN KEKASIH – SYAMEL

Menurut Syamel, panggilan sayang itu hanya sekadar gurauan dan tidak membawa sebarang maksud. Malah, bagi Syamel dia dan Erni hanyalah kawan baik sahaja

Trending Mon, 21 Jan 2019

Pemandu Toyota Vios Disah Positif Ganja

Memang sah positif ganja pemandu Vios yang terbabit dalam kemalangan mengakibatkan SUV terjunam

Hiburan Mon, 2 Jul 2018

Menangis Bukan Kerana Cengeng, Lara Alana Mudah Tersentuh

Walaupun baru berusia 4 tahun, Lara Alana sudah mampu menghayati sesebuah lagu. Wow!

Trending Tue, 11 Sep 2018

Rugi RM317,500 Ditipu Sindiket ‘Macau Scam’

Pesara guru kerugian RM317,500 apabila menjadi mangsa kepada sindiket Macau Scam selepas mengeluarkan wang simpanannya

Trending Tue, 2 Aug 2022

Che Puan Nur Diana Petra Abdullah Diisytihar Sebagai Sultanah Kelantan

Semua kurniaan pangkat itu berkuat kuasa hari ini.

Hiburan Thu, 7 May 2026

“Kadang-Kadang Orang Terlalu Sibuk Jaga Imej” – Affendy Jailani Dedah Cerita Sebenar Dunia Hiburan Dalam Podcast ‘Bukak Mulut’

Podcast Bukak Mulut kendalian Affendy Jailani tampil dengan pendekatan lebih berani apabila mengangkat topik yang sering menjadi buah mulut netizen.

error: Content is protected !!