Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 19, 2023 @ 8:18pm

Tampilkan MK K-Clique, Ezzanie Jasny & Haidar Hasanudin, Rangkaian Televisyen Media Prima & Viu Umum Tontonan Awal Drama Bersiri Eksklusif ‘I Love You, Stupid’

Kolaborasi antara Rangkaian Televisyen Media Prima dengan Viu membawa berita baik kepada peminat drama Melayu! Saksikan drama bersiri baharu “I Love You, Stupid” lakonan MK K-Clique dan Ezzanie Jasny secara eksklusif di platform penstriman video Viu pada setiap hari Rabu hingga Sabtu bermula 12 Julai lalu! Drama ini juga akan disiarkan di TV3 pada masa akan datang.

Rangkaian Televisyen Media Prima dan Viu meneruskan kolaborasi untuk menyajikan drama – drama popular selepas kejayaan Kampung Kolestrol, Perisik Cinta Tak Diundang, Budak Intern dan banyak lagi. Selaras dengan misi Viu yang sentiasa menawarkan kandungan baharu dan membuka langkah kepada drama-drama tempatan untuk ditayangkan di serata dunia, kolaborasi ini juga memberi peluang kepada peminat drama Melayu untuk menonton kesemua episod “I Love You, Stupid” secara eksklusif sebelum siaran di TV!

“I Love You, Stupid”, drama bersiri yang diadaptasi daripada novel karya Melur Jelita menampilkan gandingan serasi barisan pelakon baharu yang sedang meningkat naik seperti MK K-Clique, Ezzanie Jasny, Haidar Hasanudin, Fauzi Nawawi, Marisa Yasmin, Lisdawati, dan ramai lagi.

Drama bersiri 40 episod terbitan oleh Global Station Sdn.Bhd ini mengisahkan tentang Iris Nur (Ezzanie Jasny), seorang wanita muda yang mula bersengketa dengan Inspektor Ebrahim (MK K-Clique) apabila cubaan dia untuk melepaskan diri daripada saman memandu secara berbahaya telah gagal. Iris tidak menyangka bahawa dia akan bertemu kembali dengan Inspektor Ebrahim yang dilantik sebagai Pegawai Penyelarasan Kor Suksis di universitinya.

Inspektor Ebrahim merupakan seorang yang tegas dan berdisiplin. Walaupun tugasan yang diberikan oleh Inspektor Ebrahim sangat mencabar, Iris cuba sedaya upaya untuk membuktikan kemampuannya. Inspektor Ebrahim kagum dengan semangat Iris di sebalik perwatakannya yang ‘diva’. Pelbagai insiden telah berlaku antara Iris dan Inspektor Ebrahim sehinggalah terjadinya kejadian Iris memfitnah Inspektor Ebrahim atas tuduhan mencabul.

Kemudian, Iris terputus hubungan dengan Inspektor Ebrahim selepas tamatnya majlis penyampaian sijil Kor Suksis. Iris mahu membuka lembaran baharu dengan menyertai misi kemanusiaan di Ijora. Tanpa disedari oleh orang lain, Iris sebenarnya mempunyai misi lain. Iris juga tidak menyangka hidupnya bakal bertukar selepas bertemu dengan Firman di situ. Firman diupah oleh ayah Iris sebagai pengawal peribadi Iris. Siapakah sebenarnya Firman dan apakah yang bakal berlaku antara mereka berdua?

Teruskan menonton “I Love You, Stupid’ di Viu dan nantikan episod baharu pada setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 12.00 tengah hari menerusi web viu.com atau dengan memuat turun aplikasi Viu secara percuma di App Store,Google Play dan Huawei App Gallery. Langgan Viu Premium dengan diskaun 40 peratus pada bulan pertama untuk menonton drama dan rancangan hiburan premium terbaik dari Korea, Indonesia, Malaysia, Thailand dan negara- negara Asia yang lain.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 29 Nov 2017

约定你12月10日《原制原创大满秀》槟城站!

由ntv7、八度空间以及网络电视tonton主办的2017年《原制原创大满秀》第二站,将于12月10日,早上7时至中午12时在槟城占领土库街盛大举行!

Hiburan Tue, 21 Jan 2025

Shahrol Shiro Buat Laporan Polis Ke Atas Harith Iskander, Didakwa Persendakan Agama – “Sangat Biadap!”

Shahrol Shiro berang, dakwa Harith Iskander buat lawak persenda agama

Featured Sun, 16 Oct 2022
Hiburan Wed, 30 Jul 2025

Pernah Rasa Tak Layak Jadi Artis, Agy Sedia Berdamai Dengan Luka Lama.. Buka Kisah Peribadi & Trauma Sejak Kecil

Kenapa ada orang tak suka saya, walaupun saya tak kacau sesiapa? – Agy

Featured Thu, 25 Apr 2024

Sarah Yasmine Dedah Caprice ‘Dalang’, Siap Susun ‘Plan’ Untuk Aliff Aziz & Ruhainies – “Semua Benda Datang Dari Dia”

Pergh! Better jaga tepi kain sendiri je lah Cap. Tak pasal-pasal family awak terpalit kecaman😪

Hiburan Tue, 21 Jan 2020
Hiburan Fri, 16 May 2025

Hafiz Suip Diuji Batu Karang, Peminat Titip Doa Segera Sembuh

Hafiz Suip alami batu karang dalam buah pinggang

error: Content is protected !!