Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 11, 2023 @ 2:27pm

Dah Guna Kuasa Veto, Shila Amzah Nafi Halau Keluarga… Dedah Tujuan Sebenar Mahu Jual Rumah – “Bila Ibu Bapa Cerai, Rumah Tu Banyak Kisah Silam Yang Kita Tak Nak Ingat”

Penyanyi, Shila Amzah tampil menjawab dakwaan berhubung isu mahu menjual rumah serta menghalau ahli keluarga yang menetap di kediaman tersebut.

Isu ini mula tercetus apabila adiknya, Syada Amzah memuat naik satu hantaran di Instagram Story (IGs) memaklumkan rumah yang didudukinya bersama ibu dan adik-beradik yang lain bakal dijual.

Pelantun lagu Jauh Hati ini nafi mempunyai niat untuk menghalau keluarga, sebaliknya tujuan Shila mahu menjual rumah bungalow tersebut adalah untuk mencari kediaman yang lebih senang dijaga dan selesa untuk diduduki oleh ahli keluarga seramai 5 orang termasuk ibu, Fauziah Sarman, dan empat adik beradik lain.

Selain itu, Shila yang kini memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga mengakui kediaman tersebut dipenuhi dengan kenangan toksik dan pahit serta kelihatan suram.

“Rumah yang keluarga saya duduk itu nama saya.. Jangan risau, tak ada siapa-siapa halau keluarga. Saya pikul tanggungjawab menjadi ketua keluarga, saya nak jual rumah itu supaya saya boleh beli rumah yang lebih baik untuk mereka.

“Rumah itu penuh dengan elemen-elemen kehidupan lalu yang tak elok, dengan kisah silam mungkin kita tak nak ingat. Bila ibu bapa bercerai, rumah itu ada kenangan yang tak best.

“Rumah tu sangat besar, 9,000 square feet, ada 7 bilik… kereta boleh masuk 10 biji, ada tiga rumah kucing. Yang duduk di rumah bungalow itu hanya 5 orang, Mak, Syada, Syahir, Amir and Icha. Tak ada orang gaji yang boleh menguruskan rumah tu.

“Jadi takkanlah saya nak biarkan, tengok rumah tu kusam je. Faham tak bila masuk rumah, tengok rumah tu sedih,” tuturnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Pada masa yang sama Shila juga menjelaskan dia akan mencari rumah sewa untuk keluarganya.

“Jangan risau, saya akan cari rumah sewa untuk keluarga saya. Saya sedang mencari kondominium untuk ibu dan adik-adik duduk sebab boleh ada lifestyle, environment yang lain. Saya nak cari yang lagi selesa, senang nak kemas,” ujarnya dalam siaran langsung pada malam, Selasa.

Jelas Shila lagi, perkara ini tidak dapat dibincangkan lagi apabila dia sudah menggunakan kuasa veto dimana segala keputusan telahpun terletak di tangannya untuk meneruskan penjualan rumah tersebut.

“Benda ni very straightforward, tak ada salah faham. Tak ada peringkat nak berbincang antara kami sebab saya dah buat kuasa veto. Saya cakap nak jual sebab nak kena maintain rumah tu muka ni.

“Kenapa saya yang bersalah sedangkan saya nak bagi yang terbaik untuk keluarga saya. Orang kat luar sana mungkin ingat saya ni anak tak bertanggungjawab, tapi bila kat dalam rumah ni tak ada yang boleh buat keputusan secara dewasa..

“Kita lah terpaksa buat keputusan. Saya dah jadi ketua keluarga sebab tak ada orang nak pikul tanggungjawab ini. Pada saya daripada biarkan rumah tu teruk tak dijaga, lebih baik jual. Tapi masing-masing paint me as someone yang jahat,” tambahnya lagi.

@xtra_my

Bagus Shila ni pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga tapi ramai pula salah sangka 😌 #fyp #xtramy #shilaamzah #jualrumah #syadaamzah #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Sebelum ini, heboh di media sosial apabila adiknya, Syada memuat naik status mempersoalkan mengapa rumah yang didudukinya bersama ibu mahu dijual.

Shila bagaimanapun memberi teguran berdasarkan hantaran di IGs untuk tidak menceritakan hal keluarga di media sosial.

Artikel Berkaitan: “Rasa Macam Kita Ni Haiwan Strays… Dah Kena Buang, Kena Halau Lagi” – Syada Amzah Bagi Hint Rumah Nak Kena Jual?

Artikel Berkaitan: Dedah Dihalau & Rumah Akan Dijual, Shila Amzah ‘Tegur’ Perkongsian Syada Amzah? – “Keep Things In The Fam, Not For Fame”

Artikel Berkaitan: Didakwa Berbalah Dengan Shila Amzah, Syada Amzah Tampil ‘Buka Mulut’ – “Saya Sentiasa Perang Dingin Dengan Mereka”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 19 Apr 2019

Setahun Tak Ke Gym, Afieq Shazwan Rindu Badan ‘Sado’

Penyanyi Afieq Shazwan mengaku sudah setahun tidak ke gimnasium selepas disahkan mengalami masalah tekanan darah rendah. Penyanyi berusia 21 tahun ketika ditemui XTRA memaklumkan dia juga mengalami penurunan berat badan selepas dinasihatkan oleh doktor agar […]

Hiburan Thu, 8 Mar 2018

Instagram Ziana ‘Dihujani’ Ribuan Komen Positif

Petikan kata-kata itu mendapat lebih 8,000 ‘like’ selain menerima kira-kira 400 komen yang rata ratanya mahu Ziana terus bersabar dan tabah menghadapi dugaan tersebut.

Featured Thu, 20 Oct 2022
Trending Tue, 17 Jul 2018

PTPTN Borrowers, Please Update Your Info Within 9 Days

If you don’t you might just regret it.

Trending Thu, 28 Dec 2023

Misteri Ibu Tunggal Hilang, Kakak Mangsa Syak Teman Lelaki Bersubahat

Semoga Bella ditemui dalam keadaan selamat🤲🏻

Featured Tue, 21 Jun 2022
Hiburan Thu, 2 Nov 2023

Prihatin Isu Palestin, Awie Wings Anjur Acara Solidariti Bulan ini!

Respect betul dengan Awie! Sambil konvoi kita tunjuk solidariti 🔥🔥🔥

Trending Tue, 19 Mar 2019

Amaran Cuaca di Kawasan Rompin, Banting Meningkat Ke Paras Tidak Sihat

Buat korang di luar sana! Jangan lupa banyakkan minum air dan kurangkan aktiviti luar.