Hiburan By: Khairil Khusyairi October 12, 2023 @ 7:00pm

[VIDEO] Babak Drama Lakonan Pertama Hael Husaini Dikritik – “Minah Tu Dah Lencun Nak Payung Apa Lagi?”

Penyanyi Hael Husaini menjadi perhatian selepas kini menceburkan diri dalam bidang lakonan pula.

Selepas empat belas tahun mengabdikan diri sebagai penyanyi dan komposer, Hael mula melebarkan sayap seninya dengan membintangi sebuah drama.

Lebih bermakna, karya tersebut turut menemukan Hael dengan pelakon-pelakon tanah air seperti Nadhir Nassar dan Qasrina Karim.

Namun, di media sosial ramai juga yang bercakap-cakap mengenai penampilan sulung pelantun lagu Jampi itu di kaca televisyen.

Apa yang menarik perhatian warganet adalah tular satu video yang memaparkan sebuah babak yang dilakonkan Hael dengan Qasrina Karim.

Babak tersebut menunjukkan Qasrina lencun dibasahi hujan lalu Hael muncul dan meneduhi Qasrina dengan jaket yang dipakai Hael.

“Fuhhh oppa! Dah macam cerita Kdrama dah ni.

“Scene berdiri tanpa sebab, tenung each other lama lama dalam hujan lebat. Tak risau kena panah petir ke?

“Aku dok tunggu juga end credits dan logo logo sponsors keluar,” tulis seorang pengguna. 

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut dengan mengatakan babak tersebut tidak realistik dan ‘jijik’.

Malah ramai yang turut terhibur dengan babak yang dilakonkan di tengah hujan tersebut.

“Inilah masalahnya apabila industri hiburan malaysia berkiblatkan Korea. Terlalu cringe, try hard dan tak relate bagi audience yang tak layan Kdrama.

“Sebab mana ada orang terpacak berdiri kat tengah-tengah hujan ni. Bruhh lagi satu mana datangnya cermin mata tu tiba-tiba je?,” kritik seseorang.

“Minah tu dah lencun, nak payung apa lagi,” komen seorang warganet.

“Power lah pakai spek kat tengah hujan. Mesti tak nampak apa,” tulis seorang warganet.

“Orang hujan lari, bukan tenung langit. Very unrealistic,” kritik seseorang.

Difahamkan, Hael turut sanggup menjalani kelas lakonan hanya untuk menjayakan drama pertama lakonannya itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Apr 2023

Rohana Jalil Semakin Kritikal Dalam ICU -“Dia Bernafas Menggunakan Bantuan Oksigen”

Allahu! Moga diberikan keafiyatan di bulan ramadan ini💖

Events Fri, 8 Feb 2019

Ola Bola the Musical is BACK and You Can Win Tickets to the Pre-Screening!

You can be the very first people to catch the musical before the shows are open to public!

Hiburan Tue, 3 Jul 2018

Komen ‘Makcik Bawang’ Buat Abby Abadi Tertekan?

Menurutnya, gambar Daiyan di tepi pantai diambil berhadapan dengan tempat penginapannya untuk beberapa minit sahaja.

Featured Sun, 30 Jan 2022
Hiburan Wed, 8 Jan 2020
familuv Thu, 19 Jan 2023

Anak Arwah Siti Sarah Manja Tidur Bersama Raissuddin Hamzah, Netizen Kata Uwais Dah Faham Erti Kehilangan Gara-Gara…

Anak kepada penyanyi terkenal, Allahyarhamah Siti Sarah iaitu Uwais Al-Qarni meraih perhatian ramai kerana gelagat manja bersama datuknya, Raissuddin Hamzah. @suciuwais Uwais buat atok tak tido malam macam ni. Anxiety terus atoknya ☺️ #uwaisalqarni #atok […]

Events Tue, 3 Sep 2019

“Just Four Drops! It is Truly a Life Saver”, Siti Saleha Unveiled Her Secret in Keeping Radiant and Confident

Guested on the launch of L’Oréal Paris All-New Rivitalift Crystal Mirco-Essence, Siti Saleha tipped off the audience with sneak peaks of her beauty regimen on busy days.

Featured Tue, 7 Nov 2023
Hiburan Sun, 31 Dec 2017

Nora Danish Berkerusi Roda Ketika Hamil

Ada sahaja artis lain yang berkerusi roda sewaktu hamil tidak dikecam tetapi Nora Danish di kecam