Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie October 16, 2023 @ 6:21pm

Family Duo: Sharif & Syaiful Ungguli Minggu Pertama Dengan 55.4%, Ini Kedudukan & Markah Penuh Peserta!

Minggu pertama Famili Duo menyaksikan pasangan adik beradik, Sharif dan Syaiful yang membawa tiga buah lagu iaitu Kopi Dangdut, Ikan Di Dalam Kolam dan Ser Ser Ser mendahului pertandingan dengan meraih 55.4 peratus markah.


Dinilai sebanyak 70 peratus oleh juri tetap, Ajai dan Mas Idayu serta 30 peratus undian atas talian oleh penonton, Sharif dan Syaiful berjaya membawa pulang hadiah mingguan berjumlah RM10,000.

Di tempat kedua, Shila & Syahir Amzah yang menyampaikan lagu Menggegar Dunia meraih markah sebanyak 49.1 peratus.

Membawakan lagu Santai, Adam Bakery dan Ryan Bakery pula berada di tangga ketiga dengan markah sebanyak 42.2 peratus.

Berikut merupakan markah penuh enam peserta Famili Duo di minggu pertama :

1. Kopi Dangdut, Ikan Di Dalam Kolam & Ser Ser Ser – Sharif & Syaiful (55.4%)
2. Menggegar Dunia – Shila & Syahir Amzah (49.1%)
3. Santai – Ryan & Adam Bakery (42.2%)
4. Tiada Lagi – Tom & Fuad Rahman (41.3%)
5. Terhangat Di Pasaran & Berdua Bersatu – Haqiem Rusly & Ariff Bahran (37.8%)
6. Dikir Puteri – Adira & Emma Suhaimi (36.2%)

Dihoskan oleh Janna Nick dan Izzue Islam, enam pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan untuk merebut hadiah bernilai RM10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Glenmarie, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo musim ketiga setiap Ahad, pukul 9 malam hingga 11 malam di TV3.

Gunakan tanda pagar #familiduotv3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 16 Jan 2023
Featured Fri, 27 Sep 2024

Tak Berniat Masuk Campur Urusan Rumah Tangga Fattah Amin & Fazura, Abby Abadi Cuma Mendoakan Yang Terbaik

Doakan yang baik-baik. Manatau ada doa yang diterima dalam kalangan korang🤍🤍🤍

Featured Mon, 27 Oct 2025

Hubungan Tak Sama Macam Baru Kahwin, Atikah Suhaime Mengaku Kerap Marah Suami

Datin Atikah Suhaime mengakui hubungan rumah tangganya bersama suami, Datuk Lokman Teh, tidak lagi sama seperti waktu awal perkahwinan.

error: Content is protected !!