Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi January 16, 2023 @ 8:07pm

Bekerja Sambil Belajar, Bunga Terbeban Dengan Komitmen – “Selalu Saya Rasa Nak Berhenti, Tapi…”

Penyanyi hip hop, Bunga Isme mengaku terbeban dengan komitmen yang ditanggung sehingga terfikir untuk tidak meneruskan pengajian.

Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini berkata, rugi baginya untuk berhenti kerana tahun pengajian hanya berbaki setahun sahaja lagi.

“Memang rasa terbeban, selalu rasa tak boleh sebab ada komitmen, ada karier yang kena kejar sebab kalau tak kejar, macam mana nak tanggung komitmen.

“Selalu saya rasa nak berhenti tapi saya tak mahu berhenti sewenang-wenangnya, saya akan tanya keluarga, kawan-kawan dan orang yang bekerja sambil belajar dan mereka cakap rugi kalau saya berhenti kerana hanya tinggal satu tahun sahaja lagi. Jadi saya tak jadi berhenti,” kongsinya kepada XTRA.

Dalam pada itu, Bunga meluahkan rasa syukur apabila impian 2023 bakal tercapai kerana akan berpindah ke rumah baharu yang dibelinya tahun lalu.

Malah, penyanyi lagu Intan Payung ini turut menyarankan rakan seni yang ingin membeli rumah agar mempunyai simpanan secukupnya.

“Impian saya untuk 2023 ini adalah untuk habiskan pengajian ijazah dan juga pindah ke rumah baru. Tahun ini saya nak pindah bersama ibu saya dengan rumah yang saya beli.

“Ibu saya seorang ibu tunggal, saya pula anak bongsu jadi saya tinggal dengan ibu sahaja. Kakak dan abang semuanya telah bekerja. Yang paling bujang dan ada masa adalah saya.

“Alhamdulillah, kakak saya sarankan untuk beli rumah dulu supaya selepas tamat belajar, saya dah ada rumah. Jadi saya buat keputusan untuk beli rumah.

“Susah sikit sebab tiada slip gaji dan saya wajarkan anak-anak seni di luar sana yang nak beli rumah siap-siapkan ada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebab kalau tiada pun, kita kena ada simpanan yang boleh dipercayai oleh pihak bank,” jelas Bunga.

Pelantun lagu Buai ini juga turut berpesan agar sentiasa meluangkan masa bersama keluarga.

“Sebenarnya saya rasa sangat bersyukur, beza umur saya dan kakak adalah tujuh tahun, jadi hubungan agak renggang.

“Di usia saya sekarang ini saya harap adik-adik di luar sana rapatlah dengan keluarga. Apa pun yang terjadi, keluarga adalah menjadi keutamaan. Baik buruk adik beradik, merekalah darah daging.

“Inilah masanya sebab saya agak nakal dahulu, ini masanya untuk saya membalas jasa ibu bapa dan adik beradik menjaga saya yang nakal ini,” katanya.

Untuk info, Bunga menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban 3 dalam jurusan Pentadbiran Awam secara sepenuh masa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 27 Apr 2021

Adik Dijangkiti Covid-19, Nadia Annuar Dedah Bagaimana Dia Menghadapi Stigma Masyarakat Dalam Bersoal Dengan Lipton

Pengacara Nadia Annuar berkongsi bagaimana cara dia menghadapi stigma masyarakat ketika adiknya, Harris Annuar disahkan positif Covid-19. Menceritakan perkara terbabit kepada hos Fiza Frizzy, Nadia meluahkan isi hatinya dalam program Bersoal Dengan Lipton. Kekal positif, […]

Featured Wed, 21 Sep 2022

Ditanya Siapa Buat? Pakar Psikiatri Dedah Bella Sebut Nama ‘Benon’ & Buat Pergerakan Isyarat

Semoga adik Bella terus kuat dan mendapat keadilan yang sewajarnya.

Hiburan Wed, 22 Jan 2025

Sedar Diri Gagal Jadi Suami, Nazim Othman Enggan Kahwin Lagi.. Syukur Bekas Isteri Temui Kebahagiaan

Syukur Bella Dally jumpa lelaki tepat, Nazim Othman akui gagal jadi suami

Featured Fri, 4 Nov 2022

[VIDEO] “Kalau Tau Suruh Dia Buat Silat Masa Kahwin” – Neelofa Terhibur PU Riz Terkejut Siap Buka Langkah Kuda!

Min saja ulang banyak kali video PU Riz bersilat 🤣🤣 Terkejut sangat ni hahaa

Featured Tue, 28 Jan 2020
Featured Fri, 3 Apr 2020
error: Content is protected !!