Euforia Bola 2026
Filem By: Fatin Nurain October 18, 2023 @ 1:10pm

Afdlin Shauki Rungkai Kisah Tersembunyi Pasukan Bola Sepak Tanah Air Dalam Harimau Malaya: The Untold Journey

Pengarah Datuk Afdlin Shauki bakal merungkai kisah tersembunyi pasukan bola sepak tanah air menerusi filem Harimau Malaya: The Untold Journey terbitan $wars Pictures Sdn. Bhd.

Menyebut bola sepak dan nama pasukan Harimau Malaya adalah perkara yang sinonim bagi penggemar sukan bola sepak negara.

Pasukan Harimau Malaya sentiasa menjadi kebanggaan rakyat Malaysia kerana perjuangan mereka yang ditonjolkan oleh setiap individu sama ada di belakang tabir sehingga ke barisan pemain yang silih berganti sejak berpuluh tahun lalu.

Namun, ada kisah tersembunyi di sebalik apa yang ditonton umum di padang lewat kelincahan para pemain sepanjang ‘perjalanan’ orang di sekeliling Harimau Malaya.

Mengangkat perspektif yang belum pernah dikupas dalam mana-mana penghasilan karya membabitkan Harimau Malaya, 4ward Pictures Sdn. Bhd dengan bangga mempersembahkan filem terbitan mereka, Harimau Malaya : The Untold Journey.

Menurut Penerbit Eksekutif Nashrul Nasir,  Harimau Malaya : The Untold Journey diinspirasikan daripada kisah di sebalik tabir Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas Tan Cheng Hoe meletakkan jawatan sebagai jurulatih skuad kebangsaan pada Januari 2022.

“Dari inspirasi ini, Harimau Malaya : The Untold Journey berkembang bukan sekadar tentang pemain bola sepak tetapi kami mengambil naratif berbeza terutama mengangkat kisah tiga orang peminat tegar yang digelar Ultras yang disenaraihitam menghadiri perlawanan bola sepak selama setahun.

“Harimau Malaya : The Untold Journey juga menampilkan ‘sepak terajang atau ‘perjalanan panjang’ tentang individu-individu di belakang tabir, di sekeliling yang banyak membantu skuad kebangsaan tetapi tidak pernah ‘didendangkan’,” katanya.

Tambah Nashrul, filem ini juga dihasilkan sebagai apresiasi terhadap perjuangan skuad kebangsaan terutama selepas berjaya menewaskan Bangladesh sekaligus layak ke Piala Asia selepas 42 tahun.

“Kami percaya ada banyak kisah bersifat inspirasi yang boleh dikutip dan diambil daripada Harimau Malaya : The Untold Journey. Terutamanya kisah-kisah selepas Tang Cheng Hoe meletakkan jawatan sebagai jurulatih skuad kebangsaan pada 2022.

“Dengan kepakaran Dato’ Afdlin Shauki menulis skrip dan mengarahkan filem ini dalam atmosfera drama, kesukanan dan sejarah yang dibalut nilai komersial, Harimau Malaya : The Untold Journey adalah sebuah karya wajib tonton.

“Anda bukan hanya akan terinspirasi tetapi kami mahu menumbuhkan lebih segar patriotisme terhadap skuad kebangsaan dan Malaysia tercinta,” jelasnya.

Sementara itu, Afdlin berharap agar filem ini menjadi platform untuk mewujudkan kecintaan yang lebih besar bukan hanya terhadap sukan tetapi semangat setiakawan, pengorbanan dan patriotisme yang sepatutnya ada dalam diri setiap rakyat Malaysia.

“Selaku rakyat Malaysia saya tidak seharusnya menolak peluang menggarap dan mengarah Harimau Malaya : The Untold Journey.

“Ini bukan sahaja kerana mahu ada satu masterpiece dalam karier pengarahan saya tetapi ia menjadi penghormatan saya kepada negara tercinta.

“Menerusi Harimau Malaya : The Untold Journey, anda akan mengerti definisi ‘Kejayaan Memerlukan Keberanian Dan Pengorbanan,” katanya.

Harimau Malaya: The Untold Journey ini juga akan dibarisi pelakon hebat seperti Sophia Albarakbah, Zahirah Macwilson, Aiman Hakim Redza, Tony Eusoff, Vanidah Imran, Khir Rahman, Douglas Lim, Fattah Amin, Meerqeen, Fazura, Bell Ngasri, Azhar Sulaiman dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 15 Mar 2022

Setahun Berlalu, MADAM Muncul Rancak Dengan Nona

Kumpulan muzik MADAM yang dianggotai empat pemuzik muda penuh bakat kembali merancakkan persada industri muzik tempatan dengan kelahiran single terbaharu mereka berjudul Nona. Istimewanya pada kali ini, lagu tersebut dihasilkan sepenuhnya oleh mereka sendiri, Putera […]

Hiburan Thu, 27 Jul 2023
Hiburan Wed, 27 Nov 2024
Hiburan Fri, 31 Jan 2025

Individu Ugut Bunuh Harith Iskander Dihukum Lima Bulan & Denda RM2,000 – “Saya Berniat Mainkan Perasaan Saja…”

Tertuduh hanya berniat nak permainkan Harith Iskander, beri ugutan bunuh dan rogol

Hiburan Fri, 18 Jul 2025
Featured Sat, 27 Sep 2025

“Masa Dia Buat Rawatan Lutut Tu, Serangan Jantung Datang” – Ameng Perjelas Situasi A Aida

Mengulas lanjut, Ameng juga berkongsi terdapat darah beku di jantung dan paru-paru Aida.

Featured Fri, 29 Sep 2023
error: Content is protected !!