Hiburan By: Fatin Nurain October 24, 2023 @ 9:59am

Kurang Senang Mulut Anak Ditekup ‘Kakak’ Dalam Foto, Shakilla Khoriri Dakwa Fizi Ali Tak Terus Terang – “Jangan Sakiti Anak Saya!”

Pelakon Shakillah Khoriri tampil meluahkan rasa kurang senangnya selepas melihat tindakan anak perempuan kepada isteri baharu bekas suaminya, Fizi Ali menekup mulut anaknya, Ameena Sofia ketika sesi bergambar.

Memetik laporan mStar, Shakilla telah bertanyakan tentang perkara itu kepada Fizi namun masih belum mempunyai sebarang jawapan.

“Ini adalah benda-benda yang saya tak suka tengok. Sekeping foto yang dimuat naik memperlihatkan anak perempuan isteri Fizi menekup mulut anak saya,

“Sebagai seorang ibu, saya tak senang tengok perkara itu malah ada bertanya kepada Fizi tapi dia masih belum balas,” katanya.

Terdahulu, Fizi telah memaklumkan dirinya telah menamatkan zaman dudanya dengan wanita pilihan hatinya, Siti Zulaiikha, di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: “#OffDuda” – Dengan Sekali Lafaz, Fizi Ali Sah Bergelar Suami Siti Zulaiikha 

Susulan perkara itu, Shakilla turut menyatakan dirinya juga terkejut dengan berita tersebut kerana baru sahaja bertemu dengan penyampai radio itu untuk mengambil anak mereka.

Menurut Shakilla, Fizi tidak berterus-terang dengannya tujuan asal dia mengambil Ameena untuk majlis pernikahannya sebaliknya menyatakan ingin membawa anak mereka itu ke taman tema air.

“Saya pun terkejut tiba-tiba dia berkahwin. Semalam Fizi ada datang ke rumah dan kami sempat berbual panjang mengenai anak.

“Tapi tidak pula di bagi tahu nak nikah pad Isnin. Cuma memaklumkan mahu ambil anak sebab nak pergi taman tema air.

“Sebagai bapa kepada anak yang saya kandungkan dia sepatutnya berterus-terang pada saya. Saya tiada isu dia berkahwin cuma saya tidak tahu mahu cakap apa apabila orang bertanya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Shakilla berharap keluarga baru bekas suaminya itu tidak menyakiti anak perempuannya dan mendoakan kebahagiaan mereka.

“Saya harap sepanjang Ameen bersama Fizi dan keluarga baru, jangan sakiti anak saya! Jangan buat dia terasing sebab Ameena bila balik akan bercerita.

“Kalau dia gembirakan anak, saya okay tapi kalau dia sakiti, dia perlu berdepan dengan saya,” katanya.

Untuk info, Fizi dan Shakilla pernah berkahwin pada 18 Februari 2018 namun bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 11 Mar 2020
Trending Fri, 5 Jul 2019

罕见「长四只耳朵」的猫咪

就算你不是嗜猫如命的猫奴族,在现在各大社群平台上充斥的各种可爱猫咪的照片、影片的情况下,你很难避免被这些猫咪给萌的不要不要的。

Hiburan Tue, 10 Jul 2018

Prank Buah Hati, Patung Maskot Itu Hanya Sewa Bukan Beli

Baru-baru ini, Zara Zya telah membuat kejutan terhadap kekasihnya itu dengan menyarungkan mascot beruang. Video kejutan itu tular dan sejak daripada itu, ramai yang bertanyakan di mana agaknya Zara mendapatkan patung maskot itu ya?

Hiburan Thu, 2 Aug 2018

Vivy Yusof Kecewa Ramai Sarung Tudung Jenama Tiruan?

Nampaknya isu penggunaan barang tiruan terus hangat diperkatakan di laman sosial. Persoalannya, adakah anda bersetuju dengan kenyataan di atas, tepuk dada tanya selera okay?

Featured Mon, 8 May 2023
Featured Wed, 7 Feb 2024