Hiburan By: Fatin Nurain October 26, 2023 @ 4:56pm

Pernah Leka Kejar Populariti, Faizal Tahir Dedah Isu Di Palestin Jadi ‘Turning Point’ Untuk Berubah

Penyanyi Faizal Tahir mengakui dirinya pernah ligat dan leka mengejar populariti demi mendapat nama dalam industri muzik tanah air suatu ketika dahulu.

Sebelum ini, Faizal merupakan antara penyanyi yang kerap menjadi sebutan dan kegilaan ramai biarpun sering mencetuskan pelbagai kontroversi.

ARTIKEL BERKAITAN: Utamakan Keluarga Berbanding Kerjaya, Kehadiran Maryam Tahirah Ubah Cara Hidup Faizal Tahir

Menurut Faizal, dia pernah disekat oleh syarikat televisyen dan membuat kerja-kerja amal sebagai hukuman mencetuskan kontroversi.

“Mungkin ramai yang tak tahu atau tak ingat tapi saya ingatkan kembali dulu Faizal Tahir pernah buat perangai sekali.

“Dia kena banned daripada TV dan dia diberi orang kata hukuman buat kerja-kerja amal. So, itulah turning point saya, tu dari segi local,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Faizal ketika menjadi artis jemputan Kool 101, baru-baru ini.

Tambah Faizal, ada satu insiden yang berlaku berkaitan dengan isu Palestin satu ketika dulu membuatkan dirinya nekad untuk berubah.

“Dari segi international pula, satu insiden saya ingat masa tu tahun 2010 rasanya saya sedang buat road tour untuk album kedua saya, Adrenaline.

“So, saya habis showcase saya masa tu di Hard Rock KL masa tu, sebelum tidur saya buka Twitter sekarang orang panggil X. Saya suka baca berita sebelum tidur. Saya nak tahu apa dah berlaku hari tu apa semua.

“Dan masa hari tu lah keluar berita ada satu bot, Flotila Mavi Marmara tak silap saya dia membawa bantuan ke Gaza. So, ada rakyat Malaysia dalam tu yang ditahan oleh rejim Zionis ni.

“Waktu itulah saya macam, Astaghfirullahalazim, apa aku buat ni? Aku dekat sini duk sibuk melayan syoknya melayan nikmat boleh buat show bajet macam rockstar, hidup dengan senang tiba-tiba dekat tempat lain ada macam ni.

“Sedangkan aku dalam keadaan yang sangat leka dengan dunia mencari nama, mencari populariti, mencari duit sedangkan ada masalah sebegini yang sedang berlaku. So, itu turning point saya,” jelasnya.

@kool101my Mesti ramai yang tertanya-tanya apa ‘turning point’ Faizal Tahir? Yang menyebabkan Faizal Tahir banyak menyertai aktiviti-aktiviti kemanusiaan. Catch Up Pagi On Point berbual dengan Faizal Tahir @Faizal Tahir di aplikasi Audio+! #Kool101 #PagiOnPoint #closeup #FaizalTahir #turningpoint ♬ original sound – Kool 101

ARTIKEL BERKAITAN: Faizal Tahir Kongsi Reaksi Anak Bongsu Gomol Guru Terapi Selepas Sebulan Tak Berjumpa

ARTIKEL BERKAITAN: Impi Tunai Umrah Bersama, Alif Satar Syukur Dapat Jalani Ibadah Haji Dengan Faizal Tahir

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 9 Dec 2022

Lucu! Sebelum Ni Rebut Nak Cium, Kini Aiman Hakim & Anak Rebut Nak Pegang Tangan Zahirah Macwilson

Sebelum ini, aktres Zahirah Macwilson pernah memuat naik perkongsian di laman TikTok yang memaparkan suaminya, pelakon Aiman Hakim Ridza dan anak mereka, Isaac Raees berebut untuk mengucup pipinya. Artikel Berkaitan: Comelnya Gelagat Aiman Hakim & Anak […]

Events Tue, 14 Aug 2018

Dikritik Netizen, Nabila Huda Balas Balik!

Tidak berdiam diri, Abil lantang bersuara membidas komen-komen netizen

Featured Tue, 21 Mar 2023
Hiburan Thu, 6 Jun 2019

Azira Shafinaz Menemui Jodoh Tetapi….

Azira Shafinaz akui sering ditanya soal kahwin.

Featured Thu, 11 Mar 2021
Hiburan Thu, 12 May 2022

Iedil Dzuhrie Alaudin Seronok Boleh Tukar Angin, Tidak Rasa Terbeban Ulang Alik Jakarta – Kuala Lumpur

Iedil tidak rasa terbeban ulang alik Jakarta – Kuala Lumpur, malah rasa lebih seronok boleh tukar angin.