Acara By: Padin October 25, 2023 @ 10:32am

Legacy Rider 2.0 Sasar Kehadiran 60,000 Pengunjung… Achey, Black & Ajak Bakal Gamatkan Suasana!

Selebriti popular seperti Achey, Black Hanifah, Ajak, Uchop Ahmad, Tajul dan ramai lagi bakal memeriahkan program Legacy Rider 2.0 yang berlangsung pada 28 Oktober 2023 (Sabtu) di KL Base (Bekas Lapangan Terbang Sungai Besi).

Susulan kejayaan program Legacy Rider 1.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang pada 29 Oktober tahun lalu yang berjaya menghimpunkan lebih 50,000 peminat sukan permotoran, Legacy Rider 2.0 meletakkan sasaran 50,000 hingga 60,00 pengunjung peminat sukan permotoran.

Wakil penganjur Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi, Pengarah Urusan GGR Machine (M) Malaysia & Legacy Rider berkata, program ini mendapat kerjasama pelbagai pihak antaranya Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Majlis Amanah Rakyat (MARA),PUNB Malaysia, PERNAS dan GISB Holding.

“Program akan bermula dari jam 8 pagi sehingga 6 petang. Perasmian Legacy Rider 2.0 yang dicadangkan adalah Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Aziz (Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia) ataupun Hannah Yeoh (Menteri Belia dan Sukan).

“Jika diberi peluang, pihak Legacy Rider inginkan Perdana Menteri Malaysia yang merasmikan Legacy Rider 2.0 kerana ini akan memberikan satu penghargaan yang sangat bermakna bagi pihak Legacy Rider dan peminat sukan pemotoran di negara kita,” katanya.

Menurutnya, pengunjung yang hadir nanti akan dapat menyaksikan pelbagai pameran menarik antaranya himpunan 300 motor jenama Ducati.

“Pogram ini dijalankan untuk menyemarakkan industri pelancongan di negeri Selangor dengan memperkenalkan kepada kumpulan bermotosikal di seluruh negeri serta golongan belia yang menceburi sukan permotoran bagi tujuan mengeratkan silaturrahim dan berekreasi.

“Event Legacy Rider 2.0 merupakan sebuah program yang menghimpunkan para belia yang terlibat dengan sukan permotoran dalam sebuah program yang santai & Pelbagai aktiviti dan hiburan dari rakan selebriti popular tanahair yang akan dijalankan.

“Dalam usaha menjayakan Event Legacy Rider 2.0 juga, kami telah menjalankan hubungan baik dengan rakan selebriti popular tanahair dan ikon-ikon media sosial (influencer) yang akan turut serta membantu dan mempromosikan event ini,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 20 Jan 2020
Acara Sat, 17 Nov 2018

HABIB Raikan Ulangtahun Ke-60 Dengan Melancarkan Pameran Barang Kemas Berinspirasikan Warisan Malaysia

Setiap satu daripada barang kemas ini mempunyai kisah emosi tersendiri.

Acara Thu, 7 Mar 2019

V Sensual Premium Intimate Wash, bangkitkan positiviti dan keyakinan wanita

Kesegaran dan kebersihan bahagian intim wanita lebih terjamin!

Acara Tue, 10 Sep 2019

ES Closet International Berhad Bakal Memasuki Bursa Saham Dunia. Wow, hebatnya!

Sejarah bakal tercipta dalam industri fesyen tempatan

Acara Fri, 14 Sep 2018
#tilljannah Sun, 14 Aug 2022

Dengan Sekali Lafaz, Aizat Amdan Selamat Bergelar Suami!

Alhamdulillah, tahniah Aizat & Elyssa!

Acara Sun, 12 Feb 2023

AJL 37: Meriah! Band Legenda Blues Gang, Exist Antara Penyeri Segmen Interlude Malam Kemuncak AJL

Wowww!!! Blues Gang & Exist lah gaiss 😱 Confirm ramai akan imbau kenangan lalu nanti 🤪

Acara Fri, 19 Jan 2018

AJL 32 Angkat Tema Fesyen dan Muzik

Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL 32) yang bakal berlangsung pada 11 Februari depan menyaksikan Fesyen dan Muzik diangkat sebagai tema utama.