Acara By: Padin October 30, 2023 @ 10:40am

Sambut Ulang Tahun ke-10 Dalam Bidang Fesyen, Shanell Harun Jalin Kolaborasi Mewah Reka Barang Kemas

Menyambut ulang tahun ke-10 dalam industri fesyen tempatan, pereka fesyen terkenal Shanell Harun meneruskan ilham rekaan kreatifnya menerusi pertunjukan fesyen ‘A Decade of Wows & Veils Shanell Harun yang mengetengahkan 32 persalinan tradisional dan moden khusus buat wanita di luar sana.

Secara eksklusif, helaian tersebut diperagakan di Diamond Ballroom EQ Hotel, Kuala Lumpur, baru-baru ini bersama-sama dengan pengenalan logo baharu Shanell Harun.

“Perjalanan saya selama 10 tahun di dalam dunia fesyen kembali dikenang. Acara ini mengimbau segala jatuh bangun selain menghargai pelanggan yang setia bersama sejak hari pertama jenama ini muncul sampailah sekarang.

“Tanpa mereka, label Shanell Harun itu sendiri tidak akan sukses sehingga ke hari ini. Saya percaya, kerjasama yang baik akan membawa kepada kepercayaan berterusan. Terima kasih juga kepada rakan media yang turut sama membantu.

“Besar harapan saya agar sokongan ini berterusan sampai bila-bila. Masing-masing saling memerlukan, jadi inilah dedikasi yang saya cuba terjemahkan setelah sedekad berada di dalam industri,” katanya.
Lebih istimewa, ‘showcase’ kali ini turut membawakan kolaborasi bersama barangan kemas XFox Jewels.

“16 persalinan bertemakan tradisional ini adalah 100% couture dan fabrik yang digunakan kebanyakannya French Lace, chiffon, georgette, sutera dan songket serta dihiasi dengan aksesori barangan kemas daripada jenama berkenaan.

“Saya kira ini rezeki apabila pengasasnya iaitu Datuk Suhaila Semaru dan Datuk Suraya Semaru optimis untuk melakukan projek istimewa ini lalu tercetuslah idea dalam penghasilan koleksi ‘Puteri Tujuh XFox Jewels by Shanell Harun’.

“Saya ambil cabaran mereka barangan kemas untuk koleksi ini yang mana ia hadir dengan lapan rekaan edisi terhad yang berharga di antara RM35,000 hingga RM55,000 satu set. Untuk malam ini, apa yang dipamerkan berharga lebih RM1 juta keseluruhan.

“Ia merangkumi subang, kalung, gelang dan cincin. Pelanggan yang berminat juga boleh membeli item yang diminati secara berasingan dan diharap boleh memberikan idea kepada pelanggan di luar sana dalam berfesyen.

“Rasa senang untuk melihat padanan busana tradisional kita yang dilengkapi dengan perhiasan barangan kemas sentuhan baru yang tampak ‘classy’ dan mewah berbanding yang terlihat ‘sarat’, seolah-olah semua benda nak dipakai. Kalau boleh saya mahu ubah pandangan skeptikal yang sebegitu.

“XFox Jewels juga baru sahaja membuka cawangannya di Subang Bestari, Shah Alam dan pastinya ini masa terbaik untuk memperkenalkan jenama ini ke depan. Sebab kita sedia maklum bahawa fesyen dan aksesori itu tidak dapat dipisahkan,” katanya lagi.

Mengambil inspirasi kembali ke akar umbi, pemilihan nama ‘Puteri Tujuh XFox Jewels by Shanell Harun’ dilihat tepat memandangkan pengasasnya berasal dari Terengganu.

Sementara itu, 16 helaian moden pula seperti biasa membawa ‘DNA’ Shanell Harun yang ‘timeless’ dan ‘evergreen’ khusus buat wanita bercita rasa tinggi.

“Tempoh masa 10 tahun membuatkan saya lebih matang dalam berkarya dah sudah tahu apa ‘signature’ kita dalam penghasilan. Tiada istilah untuk bereksperimental namun masih cuba untuk penuhi permintaan pelanggan tanpa meminggirkan ‘trademark’ Shanell Harun itu sendiri.

“Banyak ‘lace’ yang digunakan kerana ramai yang maklum kalau rekaan moden Shanell Harun, tidak lari daripada stail tersebut selain ‘signature’ menerusi perincian yang digunakan dalam setiap rekaan baju itu sendiri.

“Jadi pastinya koleksi moden kali ini banyak kita bermain dengan renda yang terdiri daripada French Lace, sutera yang dilapisi pada bahagian dalam untuk keselesaan si pemakai dan twill duchess.

“Lebih dua bulan masa yang diambil untuk menyiapkan 32 koleksi baharu pada malam ini dan lebih bermakna apabila para jemputan di barisan hadapan turut sama mengenakan persalinan Shanell Harun.

“Terharu dan saya berbesar hati apabila rakan selebriti yang memang setia dengan jenama ini turut hadir memberikan sokongan misalnya Ziana Zain, Kilafairy, Nadia Brian, Ernie Zakri bersama Syamel dan Zizi Kirana,” katanya.

Shanell Harun juga sebelum ini sinonim menghasilkan persalinan indah buat Allahyarhamah penyanyi Rohana Jalil, Maya Matahari dan Siti Sarah.

“Terima kasih sekali lagi atas segala penghargaan dan sokongan semua pihak yang membantu melakar sukses bersama Shanell Harun. Besar harapan saya untuk melihat kerjasama kalian bersama ‘team’ kami ini berterusan sampai bila-bila, insya-Allah,” akhirinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 3 Mar 2023

Yonnyboii, Alyph Cerita Kisah ‘Sengkek’

Dulu masa aku sengkek, kunyah roti dan kerepek…

Acara Mon, 31 Jul 2023
Acara Sun, 20 May 2018

Bufet Ramadan INTEKMA Gamit Memori Dengan Variasi Selera Kampung Yang Menyelerakan

Sesi “Iftar@INTEKMA” menyajikan pelbagai selera masakan kampung yang lazat dengan kadar harga berpatutan kepada pelanggan.

Acara Mon, 13 Feb 2023
Acara Mon, 15 Jul 2019

Majlis anugerah berprestij, ABPBH 32 buka tirai

Kategori baharu, kaedah undian dan persembahan lebih menarik

Acara Mon, 9 Jul 2018

Di Sebalik Kemeriahan Majlis Rumah Terbuka Raya Anjuran Media Prima Berhad

Memang meriah majlis rumah terbuka Media Prima Berhad pada Jumaat lalu.

Acara Mon, 5 Feb 2018

BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert

Tiga nama yang belum pernah disatukan dalam satu pentas, akhirnya dipertemukan di atas nama ‘BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert’ yang bakal berlangsung pada 28 April 2018 ini.