Euforia Bola 2026
Trending By: Syamir Shafie October 29, 2023 @ 1:37pm

Kreatif! Nak Elak Hijab Berkedut Selepas Selesai Gosok? Wanita Ini Kongsi Tips Buat Tempat Sangkut Tudung DIY

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang wanita berkongsi tips mudah bagi mengatasi ketiadaan tempat untuk menyangkut tudung yang telah siap digosok.

Bahkan, ia dapat menyangkut tudung dalam kuantiti yang banyak serta mengelak ia kembali berkedut.

Video berkenaan telah meraih 2.4 juta tontonan, 147,700 tanda suka dan 2,616 komen di TikTok.

@norpadilahdiycrafter Ramai dm bertanya bila nak up vid baru🤭 sedang lagi sibukkkkk…insyaAllah bahan2 dah ready tggal nak shoot je🙏🏻 once free kita up ye🥰 tutotial yg lama korang save2 tu dah buat ke belum🤭 Jom Kita DIY!! #fyp #fypシ #seo #kampunghouse #kampunghousesignaturedecor #kualapilah #diy ♬ original sound – NorpadilahDiyCrafter

Menerusi video yang dimuat naik oleh @NorpadilahDiyCrafter di laman TikTok miliknya, penyangkut tudung ini mampu membantu wanita yang gemar menggosok banyak tudung untuk kegunaan setiap hari.

‘’Jom kita cari solusi macam mana nak selesaikan isu utama perempuan, tudung dah siap gosok banyak-banyak tapi tak tahu nak sangkut kat mana.

“Ngam tujuh hari untuk anda yang memang suka gosok tudung sekali harung. Yang penting awning tu, jangan sampai kedut. Itulah paling payah nak jaga,” jelasnya.

Menerusi video berdurasi satu minit 58 saat itu, penyangkut tudung tersebut dibuat hanya menggunakan batang mop, engsel dan papan sahaja.

Selain idea yang kreatif dan unik, video tersebut mencuri tumpuan netizen kerana kegigihan serta kerja keras wanita berkenaan untuk menyiapkan tempat penyangkut netizen dan sanggup menggosok tujuh helai tudung terlebih dahulu sebelum video itu dirakam.

“Satu benda aku terfikir untuk content ini ialah idea dan usaha dia untuk gosok tudung tu satu-satu sebelum post. Terbaik!” komen netizen.

Malah, ruangan komen turut dihujani pujian netizen kerana solusi untuk menyelesaikan masalah para wanita akhirnya terjawab.

“Kreatif gila otak u, please la jual malas nak buat.”

“Tolong la jualkan, sangat memerlukan.”

“Kak dulu cikgu Kemahiran Hidup ke?”

“Wow, idea terpaling bagus! Nak buat juga la!”

“Wow kak… lama dah cari tempat nak sangkut tudung macam ni,” komen warganet.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 14 Jun 2018
Trending Wed, 20 Dec 2023
Trending Wed, 24 Jul 2019

VMA 2019 is Under Fire when #VMAsRacist Trends on Twitter

They literally thought they did something, when in fact they did not! And fans weren’t having it.

Hiburan Wed, 22 Sep 2021

“Akhirnya Saya Mengalah” – Tahan Sakit Sampai Tak Tidur, Elyana Dimasukkan Ke Hospital

Penyanyi Elyana dimasukkan ke hospital selepas lebih sebulan menahan sakit. Menghidap kanser limfoma semenjak 10 tahun lalu, Elyana menyampaikan khabar terbabit menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram semalam. “Lebih sebulan menahan sakit […]

Trending Mon, 12 Aug 2019
Hiburan Fri, 28 Feb 2025
Trending Fri, 23 Mar 2018

Gajet ‘Jemput’ Masalah Mental Pada Anak Kecil, Hati-Hati!

Konflik lain yang boleh berlaku ialah kegagalan kanak-kanak berfikir dengan waras, tiada daya pemikiran kreatif, tidak mampu berinteraksi dan bertutur dengan baik selain  perkembangan emosi serta intelek terbantut.

error: Content is protected !!