Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie October 29, 2023 @ 3:16pm

Sebak! Anak Sulung Tak Percaya Badrul Muhayat Pergi Selamanya – “Arwah Cakap Mahu Masukkan ‘Top Up’, Tapi…”

Anak sulung Allahyarham Badrul Muhayat, Nur Delisha, 16, seakan tidak percaya bapanya kini sudah tiada.

Memetik laporan BH, Nur Delisha memaklumkan meskipun kedua-dua ibu dan bapa sudah berpisah dan tinggal berjauhan, Badrul sering berhubung dan bertanya khabar.

Menurut Nur Delisha, bapanya seorang yang sangat mengambil berat mengenainya dan adiknya.

”Macam tak percaya. Papa selalu bertanya khabar, pagi, petang dan malam.

“Papa ucap ‘good morning’ dan ‘good night’, kemudiannya tanya kami sudah makan dan solat.

“Arwah memang selalu telefon dan seorang papa yang sangat ambil berat.

“Saya sedih dan terkejut sebab malam sebelum, arwah cakap mahu masukkan ‘top up’, tapi tahu-tahu esoknya papa sudah tiada,” jelasnya.

Nur Delisha yang sebak dan sedih atas pemergian bapa tercinta turut berkongsi dia sempat meluangkan masa bersama arwah sehari sebelum bapanya dijemput Illahi.

“Adik duduk dalam bilik menangis seorang diri.

“Kami ada berjumpa papa kelmarin sebelum ke Pulau Pinang. Arwah singgah di Slim River dan ajak kami makan,” katanya yang tinggal bersama ibu.

Allahyarham Badrul meninggalkan dua cahaya mata, hasil perkahwinannya yang terdahulu masing-masing berusia 14 dan 16 tahun.

Beliau juga meninggalkan seorang balu, Norhayati Zulkapli yang baru dinikahi pada 18 April lalu.

Terdahulu, Allahyarham Badrul, 55, dilaporkan meninggal dunia dalam tidur di sebuah homestay di Pulau Pinang, pagi semalam.

Pemergian Allahyarham Badrul disedari Norhayati kira-kira jam 9 pagi selepas cuba mengejutkan arwah untuk berniaga di Karnival Uda, Jalan Baru Perai.

Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Nov 2019
Hiburan Wed, 3 Apr 2019

Shah Radhi Bakal Buka Pub?

Kalau tiada aral, bisnes itu akan bermula dalam tempoh terdekat.

Hiburan Thu, 27 Mar 2025
Featured Tue, 28 Oct 2025

“Saya Ada Di Sini Sebab Cinta, Bukan Benci” – Kamal Adli Rayu Uqasha Senrose Selesai Cara Baik

Kamal Adli merayu agar isterinya, Uqasha Senrose, tampil menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka dengan cara baik

Hiburan Mon, 26 Mar 2018

Ramai Yang Nak Jadi Menantu Jasmin Hamid, Dah Kenapa??

Kacaknya anak bujang pelakon ini dimana tular sudah gambarnya dan ada yang pasang angan-angan untuk menjadi bakal menantu !!

Hiburan Tue, 17 Sep 2019
Featured Tue, 9 Sep 2025

DJ Sonic Sifatkan Fazura Wanita Hebat – “Kita Tak Kan Jadi Sekuat Dia”

Sebagai ibu tunggal, Faz seorang yang hebat dan kuat.

Hiburan Wed, 24 Jul 2019

Cipta Sejarah…Exists Gegar Stadium Malawati 28 September Depan!

Nantikan kemunculan Exists Disember ini di Stadium Melawati

error: Content is protected !!