Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain October 30, 2023 @ 10:07pm

Mega! Buat Persembahan ABU TV Song Festival 2023, Aina Abdul Julang Nama Malaysia Di Korea Selatan

Penyanyi Aina Abdul tampil menjulang nama Malaysia di Korea Selatan selepas membuat persembahan di ABU TV Song Festival 2023, malam tadi.

Aina yang sudah menceburi industri muzik dalam tempoh hampir sedakad itu sekaligus berjaya mengharumkan nama negara di festival anjuran Asia-Pacific Broadcasting Union (ABU).

Penganjuran festival nyanyian berprestij edisi ke-12 pada kali ini dihoskan oleh stesen televisyen nasional Korean Broadcasting System (KBS) yang telah berlangsung di KBS Hall, Seoul, Korea Selatan.

Festival itu turut menyaksikan pembabitan seramai 11 penyanyi tersohor dari 11 negara telah terpilih untuk menjayakan acara penuh gemilang tersebut termasuk Malaysia yang diwakili oleh Aina Abdul. Manakala 10 penyanyi lain yang turut terlibat terdiri daripada Tia Ray (China), Chau Kat Pui (Hong Kong), Malini Awasthi (India), Ayaka Hirahara (Jepun), Mamamoo+ (Korea Selatan), Winifai (Macau), Sheron Silva (Sri Lanka), Annamyradow Begmyrat (Turkmenistan), Umut Sülünoğlu & Uğur Önür (Türkiye) dan Erik Lê Trung Thành (Vietnam).

Dalam pada itu, Aina turut menyampaikan lagu hit ciptaannya ‘Terus Hidup’ yang berjaya memukau hampir 2,000 penonton di dalam dewan.

Umum tahu, lagu ikonik tersebut juga pernah membawa tuah dalam karier seni Aina pada awal tahun ini apabila dijulang sebagai Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu Ke-37, selain berjaya mempertahankan trofi Vokal Terbaik buat kali kedua berturut-turut untuk persembahan lagu yang sama.

Bukan itu sahaja, penyanyi itu turut mengekalkan momentum kecemerlangannya pada tahun 2023 apabila berjaya merangkul trofi Penyanyi Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 sekitar Julai tahun ini.

Menurut Aina, dia sangat berbesar hati apabila diberi peluang keemasan untuk beraksi di pentas antarabangsa.

“Diberi peluang keemasan mewakili Malaysia untuk beraksi di pentas antarabangsa merupakan satu penghormatan yang cukup istimewa buat Aina.

“Ia bukan sahaja memberi dimensi positif kepada kerjaya seni saya, bahkan boleh disifatkan antara salah satu pengalaman terbaik yang pernah Aina kecapi sebagai penyanyi.

“Seperti yang kita tahu, industri K-Pop mempunyai reputasi global dan digilai oleh peminat seluruh dunia. Manakala KBS pula merupakan antara platform utama yang menjadi lubuk kelahiran artis-artis ternama K-Pop.

“Mengetahui bahawa program ini turut disiarkan di saluran KBS dan persembahan Aina akan ditonton oleh jutaan rakyat Korea Selatan khususnya, saya tidak dapat menggambarkan betapa bermaknanya peluang yang diberikan tersebut.

“Walaupun hanya menyanyikan sebuah lagu sahaja, Aina bangga dapat membawa nama dan budaya Malaysia tercinta di pesada dunia,” katanya.

Dalam masa yang sama, Aina turut meluahkan rasa teruka kerana dapat menghiburkan peminat di luar negara.

”Aina cukup terharu apabila mengetahui ada di antara mereka yang tinggal di luar daerah Seoul
sanggup ‘travel’ jauh semata-mata ingin menonton persembahan Aina secara ‘live’.

Aina juga rasa cukup bertuah kerana bukan sahaja dapat berkongsi pentas dengan penyanyi- penyanyi handalan dari rantau Asia-Pasifik, malah dapat mengutip pengalaman bekerja dengan krew produksi televisyen antarabangsa yang cukup berdedikasi dan profesional. Segala urusan berkaitan program juga berjalan dengan lancar dan menyeronokkan,” jelasnya.

Sementara itu, penyanyi yang baru sahaja menghasilkan album terbaharunya yang berjudul Imaji itu turut berharap agar dapat menghiburkan peminat di Korea Selatan.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Oct 2023

Watak Dibawa Tak Selari Imej Islamik, Taiyuddin Bakar Tak Melenting

Abaikan saja mulut orang, tuhan lebih tahu. Asalkan tak terpesong akidah sudah.

Hiburan Tue, 12 Mar 2019

Pesanan Ringkas Dari Shahrnaaz Sempena Hari Wanita Sedunia

Sharnaaz memuji kaum wanita sememangnya insan yang sangat hebat tetapi diselitkan nota ringkas

Hiburan Mon, 2 Dec 2019
Hiburan Thu, 12 Jun 2025

2 Lagu ‘Tersembunyi’ Ejen Ali The Movie 2 Raih Perhatian, Nostalgia & Chill Vibes Menawan Pendengar!

Dua OST tersembunyi EATM2, ‘Some Other Day’ & ‘Hanya Kamu – Omar K & Raja Recode’ kini curi perhatian!

Featured Mon, 13 Mar 2023

“Hadiah Paling Manis Sepanjang 16 Tahun” – Ummi Nazeera Teruja Rangkul Trofi Pelakon Wanita Terbaik!

Well deserved! Penantian selama 16 tahun yang amat berbaloiii. Congrats Ummi ❤️❤️❤️❤️

Hiburan Fri, 15 Dec 2017

CL ADMITS THAT IT HAS BEEN EXTREMELY DIFFICULT WORKING IN AMERICA

Even celebrities face a lot of struggles too 🙁

Hiburan Fri, 8 Mar 2019

Taylor Swift Mula Terima Hakikat…

Semoga Taylor Swift terus kuat dan sabar!

error: Content is protected !!