Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 31, 2023 @ 6:54pm

Peminat Aina Abdul Rebut Takhta Penyanyi Nombor Satu? Ini Nasihat Misha Omar – “Puja Jangan Sampai Berbalah”

“Kita memerlukan peminat yang matang dan bijak”.

Demikian respons penyanyi Misha Omar apabila ditanya mengenai sikap segelintir peminat yang terlalu obses dengan penyanyi pujaan.

Ia susulan timbulnya perbalahan mengenai siapakah yang layak diberi gelaran penyanyi nombor satu negara membabitkan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Aina Abdul.

Menurut Misha atau nama penuhnya, Samiha @ Aishah Omar, 41, perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana bimbang ia akan menimbulkan rasa kurang selesa terhadap penyanyi itu sendiri.

Memetik laporan mStar, Misha meminta agar peminat menjadi lebih matang kerana setiap penyanyi itu mempunyai kelebihan masing-masing.

“Kita bebas untuk melontarkan apa sahaja pandangan masing-masing.

“Tapi kadang-kadang chaos yang ditimbulkan oleh peminat ini akan membuatkan artis kurang selesa.

“Seluruh penduduk Malaysia, akan bersetuju penyanyi nombor satu negara adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza. Sememangnya itu ternyata. Saya sendiri nombor lima belum tentu dalam cerita ni.

“Kita ni dalam bercakap kena melihat kepada sejarah, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu sangat magikal. Yang dia lalui sepanjang penglibatannya dalam industri. Pada saya unbeatable,” katanya ketika ditemubual mStar.

Dalam pada itu, Misha menjelaskan bahawa isu berbalah yang ditimbulkan peminat sedikit sebanyak akan mengganggu dan membuatkan artis kesayangan mereka berasa ‘trigger’ walaupun mereka secara realitinya baik-baik sahaja.

“Saya tidak menidakkan kalau peminat Aina merasakan Aina Abdul is a queen sebab dalam perjalanan dia pun dia adalah ratu. Kita semua memiliki kisah kehidupan yang tersendiri tapi saya tak nak hiruk pikuk dari peminat ini nanti Aina bila jumpa Datuk Siti, Aina tak apa-apa cuma sometimes benda ni akan trigger.

“Peminat-peminat kalau memuja artis kegemaran mereka tidak perlulah sampai berbalah sebab tak kemana pun. Industri kita memerlukan kesatuan, nombor tidak penting sebenarnya.yang baru atau yang lama kalau boleh kita bergabung, kalau boleh kita nak bawa kualiti industri muzik kita ni ke satu tempat yang lebih baik.

“Kadang benda kecil ni beri impak dalam industri juga. Kita memerlukan peminat yang matang dan bijak.

“Obsesi setiap orang berbeza-beza tetapi biarlah lebih realistik,” jelasnya.

Mengulas lanjut, pelantun lagu Bunga-Bunga Cinta ini menyeru agar peminat tidak bergaduh tentang siapa yang lebih layak, sebaliknya percaya bahawa artis kesayangan mereka sudah melakukan yang terbaik untuk berada pada tahap ini.

“Saya rasa usah berbalah kalau orang lain tengok macam tak best lah… Even Datuk Siti sendiri tidak pernah meminta untuk diberikan gelaran itu.

“Kalau kita kerja bagus dia nak letak nombor berapa pun kita tak peduli paling penting sekali karya kita tu sampai ke hati.

“Tapi kalau macam Datuk Siti, Indonesia mengakuinya, Singapura mengakuinya sebab dia memang bagus dan saya rasa dia tidak pernah menagih pun benda tu. Lagipun orangnya very humble. Orang yang sedar motif bila dia memberi dia nak orang merasa, menghargainya dan meletakkan dia nombor satu saya rasa dia happy,” ujarnya.

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

Bukan Saja-Saja…Tajul Sorok Status Ada Sebab

Tajul berkahwin dengan Shamieza pada 10 Disember 2017.

Trending Tue, 14 May 2019

Aliff Aziz Kantoi Lagi, Check In Hotel Bulan Puasa?

Betul ke Aliff Aziz ni? Haih, bulan ramadan pun nak check in hotel ke bang?

Trending Sat, 23 Nov 2019

Iman, Badak Sumbu Sumatera Mati Hari Ini

Terpaksa dimatikan selepas menghidap kanser yang membuatkannya menanggung kesakitan berpanjangan

Featured Fri, 17 Mar 2023
Featured Tue, 4 Jul 2023
Trending Sat, 24 Aug 2019

Tak Sampai 5 Minit Berkahwin, Pengantin Terlibat Dalam Kemalangan Ngeri

Baru 5 minit terlibat dengan tragedi yang menyedihkan

Hiburan Sun, 11 Feb 2018

Umie Aida Suruh Pembantu Rumah ‘Berambus’!

Pembantu rumah bertindak biadab dengan meninggikan suara terhadap ibunya dengan serta merta dihalau keluar

Hiburan Wed, 3 Oct 2018
Hiburan Sun, 29 Apr 2018

Tahniah! Elvira Juara Mentor Otai

“ Saya langsung tidak jangka saya bergelar juara. Saya jangkakan Kak Azee,” katanya ketika ditemui di sesi Sidang Media Mentor Otai, sebentar tadi.

error: Content is protected !!