Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain January 2, 2024 @ 3:11pm

Lenyap Dari Industri Seni Tanpa Jejak, Di Mana Azar Azmi?

Nama pelakon Azar Azmi sekali lagi menjadi sebutan ramai selepas dirinya lenyap dari industri seni lakonan tanah air tanpa jejak, sejak tahun lalu.

Kehilangan susuk tubuh pelakon yang pernah membintangi drama Maaf Tak Indah itu turut membangkitkan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat industri tempatan.

Berdasarkan tinjauan XTRA, kali terakhir Azar memuat naik perkongsian di Instagram miliknya, pada 6 May 2022.

Bahkan, kali terakhir aktres itu menghiasi kaca televisyen menerusi drama-drama tempatan pada tahun 2021.

Sementara itu, tular sebuah perkongsian di TikTok yang dipercayai dimuat naik oleh peminatnya yang mendoakan kesejahteraan pelakon tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya turut meluahkan rasa rindu untuk melihat hasil karya lakonan Azar.

Lebih mencuri perhatian, terdapat seorang individu yang mendakwa dirinya adalah jiran kepada Azar menyatakan pelakon itu kini sedang sibuk uruskan perniagaannya dan sudah bersara dari dunia lakonan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 5 Mar 2021
Featured Tue, 28 Feb 2023

[VIDEO] Puteri Sarah Tak Pandang Gelaran Datin – “Saya Bekerja Dapat Hasil Sendiri…”

She tak perlu gelaran Datin 🤪 She sendiri dah mega ❤️ Vass gituh Puteri Sarah 😌🥰

Hiburan Sun, 10 Jun 2018

Saya Betul-Betul Minta Maaf…

Episod berkenaan, yang ditayangkan pada 1 Jun lalu, mencetuskan kemarahan di India dengan ramai peminat menggunakan media sosial untuk memalukan pelakon berkenaan dan menggelar beliau ‘pengkhianat’.

Hiburan Wed, 9 Oct 2019

“Terima Kasih Tuhan” Shakilla Khoriri Luah Rasa Syukur Saat Imbau Zaman Susah

Semoga Kisah Shakilla ini jadi inspirasi buat semua

Hiburan Tue, 28 Jan 2025
Featured Wed, 3 Sep 2025
Featured Thu, 27 Jun 2024

Isu Mesej Lucah Selesai, Hafidz Roshdi & Nurul Shuhada Sepakat Berhenti Sebar Aib Di Media Sosial

Konflik rumah tangga antara pelakon Hafidz Roshdi dan bekas isterinya, Nurul Shuhada semakin rumit apabila kedua-duanya dilihat saling berbalas hantaran menerusi media sosial termasuklah pendedahan beberapa bukti ‘panas’ melibatkan aktor itu. Bagaimanapun, selepas tular pesanan […]

error: Content is protected !!