Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 31, 2023 @ 12:56pm

Jelaskan Isu Video Tular Didakwa Babak S*ks, Kael Harap Peminat Tak Buat Penilaian Sebelum Tonton Filem Mar Rak

“Pada awalnya, saya tak tahu mengenai video tular yang dikatakan babak seks itu.”

Itu penjelasan penyanyi dan pelakon Kael, 34, mengenai penularan adegan filem Mar Rak yang didakwa mengandungi babak seks.

Sebagai hero filem itu, pemilik nama Micheal Lean Chien Er ini mengakui timbul salah faham.

“Ada orang dan pihak media menghubungi saya bertanyakan mengenai adegan yang didakwa babak seks. Pada masa itu, saya tak beri komen lanjut kerana saya sendiri tak tahu mengenai video tersebut.

“Sebenarnya tak ada pun babak sebegitu. Itu cuma salah faham yang ditularkan. Saya tak tahu kalau wujud unsur sabotaj, tapi saya sendiri selaku pelakon dan mewakili tenaga produksi, kami mahu pertaruhkan karya seni dan dikenali dengan produk yang baik,” katanya.

Kael ditemui usai sesi tayangan filem Mar Rak di Dadi Cinema Pavilion, Kuala Lumpur pada Isnin.

Menafikan wujudnya babak panas, peserta program Lagu Cinta Kita TV3 ini menyarankan agar netizen menonton terlebih dahulu sebelum membuat penilaian.

“Tak ada babak seks, tak ada adegan ranjang. Kami paparkan sedikit babak yang heroin, Shatirah Amanda yang membawa watak Rashida berjaya menggoda saya yang memegang watak Krasem. Sebenarnya, itu babak sihir pengasih.

“Saya sarankan netizen tonton dahulu sebelum melakukan sebarang penilaian. Jangan hanya melihat melalui sudut video viral sahaja kerana jalan cerita yang kami mahu sampaikan mempunyai maksud yang lebih mendalam,” katanya.

Filem Mar Rak terbitan Pentas Wayang Production mengisahkan percintaan Krasem dan Rashida yang terjalin secara rahsia kerana perbezaan agama dan bangsa.

Dicemburui oleh Ai Ling kerana cintanya tidak dibalas, Krasem terpaksa menolak cinta Ai Ling kerana hatinya telah dimiliki oleh Rashidah.

Ai Ling yang sangat sayang kepada Krasem berasa amat kecewa kerana cintanya ditolak mulai marah dan dendam sehingga sanggup menggunakan jampi mentera hikmat dari Mophi iaitu bomoh hantu bagi menjayakan hasratnya memiliki cinta Krasem.

Selain Kael, filem terbitan Datuk TS Jeffry ini bakal menemui penonton pada 2 November turut dibintangi oleh Shatirah Amanda, Nina KSC, Dyvianna James dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Nov 2023

Alami Sesak Nafas, Nora Ariffin Dimasukkan Ke ICU

Moga cepat sembuh XTRA doakan!🤲

Hiburan Mon, 18 Mar 2024
Hiburan Sat, 17 May 2025
Featured Fri, 15 Nov 2024

Mengaku Diri Tak Sempurna, Redza Rosli Enggan Komen Isu Cerai Rakan Artis

“Apa yang berlaku dalam rumah tangga pasangan itu adalah sebahagian daripada takdir yang telah ditentukan Allah”.

Hiburan Wed, 2 Jan 2019

’Saya Nak Tanya Tapi Segan’- Zaaim Teringin Duet Dengan Mentor

Ala Zaaim… apa nak segannya. Rugi tau segan-segan ni!

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

周秀娜来马大方分享瘦身秘籍!

本地极具影响力微商企业日前推介高质量新品,邀来了香港性感女神Chrissie周秀娜作为特别嘉宾,为新产品美丽加持!

Hiburan Sat, 28 Mar 2026

“Ini Kakak Kami!” – Siti Nordiana Pertahankan Nubhan Didakwa Bercinta Dengan ‘Makcik’

Terdahulu, perkongsian foto percutian oleh Nubhan bersama wanita berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Hiburan Wed, 29 Nov 2023

Tampil Pertahankan Isteri Kedua, Alif Teega Perjelas Fatin Umaidah Tak Ada Akaun Media Sosial

Tak pasal pasal ramai betul yang ambil kesempatan buat fake akaun Fatin Umaidah ek

Hiburan Tue, 9 May 2023

Perdana Menteri Puji Lakonan Farid Kamil Hidupkan Watak ‘Anwar’

Lakonan Farid dalam filem ni memang menjadi

error: Content is protected !!