Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 15, 2024 @ 4:34pm

Mengaku Diri Tak Sempurna, Redza Rosli Enggan Komen Isu Cerai Rakan Artis

“Apa yang terjadi dalam rumah tangga pasangan itu adalah takdir Allah”.

Demikian respons yang diberikan oleh pelakon, Redza Rosli ketika ditanya mengenai kontroversi membabitkan perceraian rakan artis yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Kata Redza, ujian berbentuk perceraian yang berlaku dalam kalangan rakan artis itu adalah ketentuan dari Allah dan pasti ada hikmah yang berlaku disebalik ujian tersebut.

“Apa yang berlaku dalam rumah tangga pasangan itu adalah sebahagian daripada takdir yang telah ditentukan Allah buat mereka dan mesti akan ada yang terbaik yang akan datang pada masa hadapan.

“Saya tak boleh nak komen banyak mengenai soal ini,” katanya.

Redza mengulas mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis Day Out Bersama Pelakon Luruhnya Bunga Cinta 2 yang diadakan di Alice Saves Wonderland, The Exchange, Kuala Lumpur pada Khamis.

Mengaku dirinya dan isteri yang juga pelakon, Bella Hanna masih tidak sempurna, teraju utama drama Luruhnya Bungan Cinta 2 ini mengaku, setiap pasangan mempunyai khilaf masing-masing dan apa yang penting adalah, menghargai antara satu sama lain.

“Macam saya sendiri saya lebih kepada jangan cakap pasal orang. Sebab, diri saya sendiri pun tak sempurna. Isteri saya juga tidak sempurna dan kita ini semua sebagai manusia tidak sempurna.

“Ada baik buruk kita, ada hari baik kita, ada hari buruk kita dan apa yang penting, kita hidup di masa sekarang ini, waktu ini, kita menghargai satu sama lain dan buat yang terbaik,” ulasnya.

Sementara itu, Redza mengaku berasa cuak apabila memikirkan penerimaan peminat terhadap drama Luruhnya Bunga Cinta musim kedua ini  susulan kejayaan yang diraih pada musim pertama tayangan drama tersebut.

“Memang saya rasa berdebar sebab musim pertama mencatat ‘rating’ yang sangat baik.

“Tapi, kalini rasanya lebih hebat dan penonton kena tengok memandangkan kami semua sudah memberikan yang terbaik untuk drama muzim kedua.

“Apapun, kami serahkan kepada penonton untuk menilai,” ujarnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 Apr 2018

Alicia Amin Tunjuk F**k Tak Dapat Arak Di KLIA?

Ini bukanlah kali pertama Alicia Amin mempersoalkan perkara sebegini. Alicia memutuskan untuk bersikap lebih terbuka dan tidak mahu menjadi gadis kolot.

Featured Tue, 6 Nov 2018

Menurut Kajian, Makan Buah Pir Berkulit Merah Boleh Cantikkan Kulit

Lagi banyak makan, lagi cantik kulit anda!

Hiburan Fri, 20 Jun 2025

Betty Rahmad Kesal Wajah Didakwa ‘Berubah’ Selepas Ambil Foto Bersama Ruhainies 

Betty Rahmad tak ada masa sibuk urusan tepi kain orang lain

Hiburan Thu, 10 Jan 2019

Anzalna Nasir Bakal Jadi Ibu, Tahniah!

Alhamdulillah…penantian Anzalna dan Hanif akhirnya terjawab. Syukur!

Hiburan Thu, 14 May 2026

Scha Alyahya Tak Mahu Dijadikan Inspirasi, Akui Rumah Tangga Turut Diuji

Kata Scha, jika dahulu dia percaya komunikasi adalah jalan terbaik menyelesaikan konflik, namun kini pandangannya berubah selepas memahami karakter suaminya.

Featured Thu, 4 Aug 2022

Selepas Tayang Beli Kereta ‘H’, Afieq Shazwan Sering Terima DM Ajak Kahwin – “Aku Nak Masuk Minang Kau Ni”

Aduhai, ada ‘H’ je terus nak ajak kahwin eh? 😂 Kalau panggil materialistik kang marah pulak 🫣

Hiburan Fri, 3 Jul 2026

“Rasa Macam Dah Ada Semua, Tapi Kosong Sangat..” – Kamal Adli Akui Diserang Rasa Sunyi

Kamal Adli mengakui sedang berdepan fasa emosi yang sukar apabila tiba-tiba diselubungi perasaan sunyi dan kosongI

error: Content is protected !!