Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi November 1, 2023 @ 11:41am

Amir Pearl & Anak Cabut Lari, Aishah Tetap Cari Sehingga Tuntutan Selesai – “Saya Takkan Lepaskan Mereka”

Penyanyi legenda Datuk Aishah tetap akan mencari individu yang juga pihak penaja sehingga isu tuntutan hadiah dimenanginya dalam sebuah program pertandingan pada 2017 lalu selesai.

Terbaharu, menerusi perkongsian di Instagram (IG), Aishah atau nama lengkapnya Wan Aishah Wan Ariffin telah pergi ke kediaman penaja, Datuk Seri Mohd Amir yang juga vokalis kumpulan Pearl dan rumah anaknya, Putera Hashiff semalam.

Namun kedua-kedua rumah yag dikunjungi Aishah bersama pihak peguam dan polis itu sudah kosong sepenuhnya dan mereka sudah meghilangkan diri.

“Kita telah dapat perintah mahkamah untuk menyita lagi. Semua hilang.. nak lari kemana? Kita akan cari juga.

“Dah hilang dan membawa barang-barang yang termasuk dalam senari sita.. next step.. contempt of court.

“Kenapa lari? Berapa lama diberi peluang untuk settle kes ni tapi asyik mengelak,” ujar Aishah.

Menurut laporan mStar, pelantun lagu Janji Manis Mu itu akui kecewa dengan tindakan Amir itu.

Malah, Aishah menegaskan dia tidak akan menyerah kalah sebaliknya akan terus menjejak dua beranak itu sehingga tuntutan selesai.

“Saya terpaksa ke mahkamah semula dan saman dia kerana melanggar perintah mahkamah.

“Mereka nak lari ke mana sangat, ia hanya memburukkan namanya sendiri. Amir memang dah muflis… isteri dan anak dia pula nama mereka akan disenarai hitam, tak boleh keluar daripada negara.

“Jangan ingat dia orang lari kami tak ada cara nak cari. Saya takkan lepas mereka macam itu sahaja,” katanya.

Terdahulu, kemenangan Aishah dalam program pertandingan popular tersebut melayakkan dia membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucar beli-belah bernilai RM6,000 beserta piala.

Bagaimanapun timbul isu apabila penaja tidak memenuhi apa yang dijanjikan sebaliknya mahu memberi sebidang tanah yang saiznya lebih kecil berbanding lot banglo itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dilabel Sombong & Suka Meroyan? Aishah Tak Berdiam Diri… Ini Jawapan Tuan Badan!

ARTIKEL BERKAITAN: “Doa Orang Nak Tengok Saya Keluar Dah Makbul” – Netizen Dakwa Aishah Selepas Tersingkir Tak Profesional

Sumber: mstar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 31 Mar 2019
Featured Tue, 10 Feb 2026

Dua Sisi, Satu Pentas! Ambivert Tour Raisa Janji Malam Penuh Emosi Di Zepp KL

Bintang pop tersohor Indonesia, Raisa, bakal kembali mengubati kerinduan peminat di Malaysia menerusi konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour.

Hiburan Tue, 5 Feb 2019

‘Hidup Kami Tak Lengkap Kalau…’ -One Avenue Band

Tak sabar nak dengar single terbaru OAB, mesti lagi syahdu!

Fab Foodies! Sat, 9 Jun 2018

Penangan Drama Nur, Sup Bunjut Mula Popular

Lepasni jangan pula korang keliru pula bila nampak sup bunjut dalam masakan, jangan ingat ‘barang’ untuk menyihir pula ya…

Featured Wed, 3 Aug 2022
Featured Thu, 9 May 2024
Hiburan Fri, 24 May 2019

‘Tiada Persiapan Raya Tahun Ini’- Anzalna Nasir

Semoga urusan Anzalna melahirkan anak dipermudahkan oleh Allah SWT… Insha Allah!

Featured Tue, 7 May 2024
Hiburan Sat, 21 Feb 2026
error: Content is protected !!