Euforia Bola 2026
Trending By: Syamir Shafie November 1, 2023 @ 4:40pm

Kenyataan Mengenai Isu Pempengaruh Cuba Nasib Jadi Penyanyi Disalah Erti, Ini Penjelasan Usop – “Saya Pun Ada Akal!”

Penyanyi Usop terkilan apabila ada pihak yang sengaja memutar belit dan menokok tambah kenyataannya berhubung isu pempengaruh yang mencuba nasib menjadi penyanyi dalam industri hiburan tanah air.

Sebelum ini, timbul spekulasi yang mendakwa Usop menempelak kehadiran golongan pempengaruh yang masih baru dalam bidang seni suara.

Membidas kenyataan netizen, naib juara Mentor Milenia 2017 itu menjelaskan dia tidak mengecam semua pempengaruh tetapi kenyataannya sebelum ini ditujukan buat mereka yang tidak berbakat dalam nyanyian tetapi bertindak mengeluarkan lagu.

Meurut Usop, mereka mengabaikan bakat dan kualiti dan hanya bermodalkan rupa dan populariti semata-mata.

Tegasnya, dia masih waras dan berfikiran rasional untuk memberi teguran.

“Wahai netizen di luar sana, apa yang saya maksudkan sebelum ini adalah golongan yang tidak boleh menyanyi. Saya pun ada akal. Bukannya cakap sesuka hati tanpa berfikir dulu.

“Mereka yang tak boleh menyanyi itulah yang menjahanamkan industri seni. Saya ini rupa tak ada, tetapi bakat itu ada. Allah pinjamkan.

“Jika anda diberi ruang dan peluang, gunakan sebaiknya. Ramai yang mengimpikan kedudukan anda sekarang,” jelasnya kepada XTRA.

Usop berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui XTRA pada minggu ketiga Famili Duo di Glenmarie, Shah Alam.

Pelantun lagu Aku Yang Bersalah itu kecewa dengan sikap segelintir pempengaruh yang gagal memanfaatkan peluang yang ada.

Dedah Usop, terdapat ramai juga individu yang bersusah payah untuk menjadi penyanyi.

Menyedari diri tidak dikenali ramai, mereka perlu menghadiri satu demi satu ujibakat untuk membuktikan kemampuan diri.

Bahkan, mereka turut meyertai pelbagai pertandingan dan program realiti demi mencapai cita-cita sebagai seorang penyanyi.

Namun, mereka akhirnya tewas dengan kehadiran pempengaruh yang diangkat atas dasar rupa dan populariti bukannya bakat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 18 Apr 2023
Trending Wed, 21 Oct 2020
Selebriti Wed, 6 Dec 2023

Masih Impi Watak ‘Hero’ Namun Azri Iskandar Tak Lagi Selektif

Kalau Bollywood umur macam sayalah bawa hero seperti Amir Khan, Shahrukh Khan dan Salman Khan, manakala di Hollywood pun Brad Pitt semua sebaya saya – Azri Iskandar

Hiburan Thu, 12 Mar 2026

A Aida Kongsi Detik Tiada Harapan Di ICU, Soalan Anak Buat Hati ‘Tersentap’ Hingga Nekad Bertudung

A Aida menyifatkan peluang kedua yang diberikan Allah SWT sebagai satu keajaiban

Featured Mon, 13 Feb 2023
Trending Tue, 27 Oct 2020

Akad Nikah Di KL, Putrajaya Dibenarkan Mulai Hari Ini

Buat mereka yang di zon hijau dan kuning je tau!

Hiburan Mon, 9 Jan 2023

Fabulous Friday Tulus Ubat Rindu Peminat Malaysia

Penyanyi versatil, Tulus kembali ke Malaysia untuk menghiburkan peminat di Fabulous Friday Tulus yang berlangsung pada 5 dan 6 Januari lalu. Persembahan yang diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula jam 8.30 […]

Kes Mahkamah Tue, 18 Jul 2023
error: Content is protected !!