Featured By: Salma Syahbuddin November 3, 2023 @ 4:42pm

Bengang Isu Buli Muncul Balik, Uqasha Senrose Label Rakan Arwah ‘Palatao’ – ” Kau Siapa? Memandai Kata Aku Lapar Duit RM200,000!”

“Kau boleh minta maaf dekat Allah, tapi aku tak akan maaf kau!”.

Demikian respons pelakon jelita, Uqasha Senrose berhubung fitnah melampau yang mengatakan dirinya ‘kaki buli’ sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia.

Kesal dan marah dengan tuduhan yang menghambat dirinya, aktres itu sekali lagi tampil mendedahkan hal tersebut sejak bermulanya kontroversi itu sehingga ia kembali tular di platform X sejak Khamis.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok miliknya, sebentar tadi, Uqasha menjelaskan dia mengupah peguam untuk menyelesaikan kontroversi yang timbul apatah lagi ia menjejaskan reputasi dan nama baiknya.

“Live ini dibuat supaya tidak ada salah faham dan sakit menyakiti hati sesiapa.

“First of all pasal kaki buli tu siapa start dulu? Kita start daripada awal… kalau satu je mungkin saya boleh lupakan tapi ini dia tulis details dan panjang. Sahih tak sahih saya sendiri tak tahu sebab bila minta bukti tiada dan itu menjejaskan nama baik saya tapi orang beranggapan bila benci makin bertambah benci.

“Jadi, saya hire peguam untuk selesaikan hal ini supaya tak adalah nak sebar aib saya after 15 years… Tapi pelik kenapa selepas tempoh itu? Dan pihak itu siap mention lagi dia nak reveal revenge… itu berdasarkan apa yang dia tulis.

“Ni saya cerita dari awal supaya semua faham dan tak jump into conclusion dan anggap benda ni sebagai satu tuduhan kepada saya,” katanya.

Malah, aktres ini memberitahu, dia tidak mempunyai musuh ketika berada di sekolah memandangkan dia bukanlah pelajar yang diminati ramai.

“Saya sendiri bertanya kepada pihak sekolah namun tak ada bukti sahih yang mengatakan arwah berpindah sekolah seperti yang didakwa sebelum ini. Dan sejujurnya saya tidak ingat langsung individu itu.Ā 

“Saya juga minta peguam saya untuk berjumpa dengannya dan tanya mana silap saya dan mahu meminta maaf. Setahu saya masa sekolah saya tidak ada musuh bahkan muka saya masa sekolah pun macam cekodok.Ā 

“Siapa sekolah dengan saya memang tahu saya bukannya macam ‘mean girls’ banyak orang back up. Tapi tohmahan yang dibuat itu buatkan saya sakit hati termasuklah tuduhan meraba buah dada nya di dalam tandas sekolah. Jadi tuduhan itu menyebabkan saya tidak patut diam,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Uqasha yang terkejut dengan berita kematian individu itu bagaimanapun memaafkan kesalahan yang dilakukan arwah memandangkan pihak keluarga juga memintanya untuk berbuat demikian.

Namun, tindakan melampau rakan baik arwah yang dikenali sebagai @BUGATTI memuat naik perkataan sarkastik terhadapnya membuatkan aktres ini ‘naik hantu’.

“Sampailah malam tadi saya dapat tahu dia meninggal. Dalam hati saya, tak sempat nak jumpa tanya apa sebenarnya masalah dia dengan saya. Sebab saya jujur wallahi…saya tidak ingat siapa dia.Ā 

“Bila saya dapat tahu dia meninggal saya terkilan dan keluarga juga minta saya maafkan dia, saya pun cuba untuk memaafkan, nak jumpa ahli keluarga apa semua. Tapi tiba-tiba malam tadi, keluar pula ciapan kawan baik dia cakap ‘bahagialah Uqasha buat kawan aku macam ni’ dan ‘Padang Masyar is real’.Ā 

“You siapa? Awak tahu ke cerita A sampai Z yang memandai-mandai sangat nak cakap macam-macam? And awak cakap kononnya kes sudah closed. No! saya sendiri tidak tahu yang kes sudah closed until saya tahu dia meninggal. Dan saya tidak sekejam itu untuk meneruskan kes.

“Awak tak tahu pun siapa yang buat siapa sakit hati sampai kau cakap aku menyakitkan hati arwah sedangkan arwah baru meninggal kenapa kau perlu untuk panaskan keadaan? Sedangkan aku cuba untuk memaafkan dan menerima dan menghubungi ahli keluarga arwah untuk selesaikan benda ni.

“Tapi kawan dia yang palatao terlebih sangat tu kononnya cakap saya lapar duit RM200,000 semua tu.. Allah! Saya ni bukanlah manusia yang tak ada hati perut. Orang tu baru je meninggal. Kesian arwah tu.

“Kau dah cakap macam-macam lepastu kau mention pula nama aku. Dia meninggal sebab aku ke? Dan kau konon bijak sangat and because i am public figure bu I cannot say anything. I can’t stand for my rights!

“Pada mana-mana followers dia yang cakap saya ni pembuli sampai arwah meninggal ? It’s not small words tau.

“Saya tak pernah kacau orang tau! Saya tak pernah nak mulakan pergaduhan tapi apa yang saya perasan orang tak tahu hujung pangkal tiba-tiba nak acah terpaling tahu,” ujarnya.

@xtra_my Kalau tak ada maklumat yang sahih, better jangan timbulkan kontroversišŸ¤¦šŸ»ā€ā™€ļøšŸ”„ #fyp #xtramy #uqashasenrose #buli #kawan #sekolah #meninggaldunia #beritaditiktok #sembangentertainment ā™¬ original sound – XTRA

 

Tidak habis di situ, individu yang didakwa merupakan kawan arwah turut menonton sesi live tersebut, namun Uqasha menolak individu itu untuk ‘join’ sesi live bersamanya.

“Cukup semua threads awak saya dah ambil, tak payah nak masuk live ni tak perlu..Ā 

“Awak palatao sangat kan? AwakĀ  bukan kesian dekat kawan awak yang baru meninggal kan? Sebab you palatao, awak nak join live saya tak perlu.

“Kalau saya kena jumpa pun saya takkan jumpa sorang-sorang takut nanti ‘terlepas’ benda-benda kat muka awak pula. Setiap manusia ni dia ada tahap kesabaran dia,” tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Rakan Dakwa Wanita Jadi Mangsa Buli Uqasha Senrose Meninggal Dunia? Ini Respons Tuan Badan

ARTIKEL BERKAITAN:Nelydia Senrose Terkesan Uqasha Senrose Dilabel Pembuli – ā€œNama Jadi Sebutan Tapi Dia Tak Suka Pergi Sekolah Sebabā€¦ā€

ARTIKEL BERKAITAN:Individu Sebar Aib Gelar Uqasha Senrose Gangster & Pembuli Tampil Buat Permohonan Maaf – ā€œSaya Pernah Gaduh Dengan Adik Diaā€¦”

ARTIKEL BERKAITAN:ā€œBuktikan Awak Bukan Lagiā€¦ā€ – Individu Dakwa Uqasha Senrose Pembuli Mahu Selesai Cara Baik?

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Pembuli? Bekas Guru & Rakan Sekolah Tampil ‘Back Up’ Uqasha Senrose

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] ā€Kenyataan Itu Sebagai Satu Fitnah Melampau!” – Uqasha Senrose Gesa Individu Mengaku Jadi Mangsa Buli Segera Tunjuk Bukti

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Jul 2019

Syazwan Zulkifly Dah Berubah…

Alhamdulillah, untuk masa depan Syaz

Hiburan Mon, 27 Nov 2023
Featured Mon, 30 Jul 2018
Trending Sat, 1 Jun 2019

Suri Rumah Disambar Petir Sewaktu Masak Sahur

Dalam rumah sendiri pun boleh terpanah petir dimana lagi tempat yang selamat

#tilljannah Wed, 11 Jan 2023

Kongsi Video Sempena Ulang Tahun Kelahiran Suami, Mawar Rashid Sebak – “Banyak Ups & Down Kita Lalui Sama-Sama…”

Baru-baru ini, pelakon Mawar Rashid berkongsi video sempena ulang tahun kelahiran suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih mesra dipanggil Raf di laman Instagram. Menerusi hantaran tersebut, Mawar sebak apabila menyunting video tersebut memandangkan terlalu […]