Hiburan By: Syamir Shafie November 6, 2023 @ 12:51pm

Famili Duo: Haqiem Rusli & Ariff Bahran Sekali Lagi Ungguli Minggu Keempat Dengan 62.5%, Ini Kedudukan & Markah Penuh Peserta!

Minggu keempat Famili Duo menyaksikan pasangan sepupu, Haqiem Rusli & Ariff Bahran yang membawa dua buah lagu iaitu Janam Janam dan Goyang Inul mendahului pertandingan dengan meraih 62.5 peratus markah.

Dinilai sebanyak 70 peratus oleh juri tetap, Ajai dan Mas Idayu serta 30 peratus undian atas talian oleh penonton, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran berjaya membawa pulang hadiah mingguan berjumlah RM10,000.

Di tempat kedua, Sharif & Syaiful yang menyampaikan lagu Tujhe Dekha, Aakhein Kuli & Aaj Kal Tere Mere Pyar Ke Charce meraih markah sebanyak 56.7 peratus.

Membawakan lagu Aati Kya Kandala, Yang Penting Hepi & Cinta Berkarat, Ryan dan Adam Bakery pula berada di tangga ketiga dengan markah sebanyak 52.8 peratus.

Berikut merupakan markah penuh enam peserta Famili Duo di minggu keempat:

1. Janam Janam & Goyang Inul – Haqiem Rusli & Ariff Bahran (62.5%)

2. Tujhe Dekha, Aakhein Kuli & Aaj Kal Tere Mere Pyar Ke Charce – Sharif & Syaiful (56.7%)

3. Aati Kya Kandala, Yang Penting Hepi & Cinta Berkarat- Ryan & Adam Bakery (52.8%)

4. Humko Humisa Chura Lo, Khusiyan Aur Gam Saheti Hai & Angkat Kaki – Tom & Fuad Rahman (47.2%)

5. Penasaran & Hampa Hatiku- Syahir & Shila Amzah (45.1%)

6. Pantun Janda, Kocok-Kocok, Bole Chudiyan, Hareudang & Diam Diam Jatuh Cinta – Adira & Emma Suhaimi (41.7%)

Dihoskan oleh Janna Nick dan Izzue Islam, enam pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan untuk merebut hadiah bernilai RM10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Glenmarie, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo musim ketiga setiap Ahad, pukul 9 malam hingga 11 malam di TV3.

Gunakan tanda pagar #familiduotv3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 27 Jul 2022

Nora Danish Tak Senang Duduk Tonton Filem Mat Kilau – “Cuma Tak Puas Hati…”

Uishhh, sampai tak senang duduk Nora tonton Mat Kilau ya? Aik tapi apa pula yang tak puas hati tu?

Hiburan Wed, 22 Jan 2020

Bersedia Untuk Timang Bayi, Siti Nurhaliza Ingin Anak Lelaki

Semoga doa Siti dimakbulkan yang Maha Esa…

Hiburan Mon, 23 Apr 2018

Kenapa Neelofa Dilabel Artis Kampung?

Nama yang semakin gah di persada antarabangsa ini kelihatan tak ubah seperti gadis kampung yang lembut dan manis.

Hiburan Mon, 29 Jan 2024
Hiburan Fri, 28 Jun 2019

‘Syukur…Isteri Mula Bertudung’- Nabil Ahmad

Nabil Ahmad meminta orang ramai untuk tidak menghakimi niat baik wanita yang berusaha untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.