Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 6, 2023 @ 7:30pm

‘Koyak’ Ketika Sesi Live Di TikTok, Uqasha Senrose Anggap Rakan Arwah Sengaja Cetus Provokasi -“Dia Boleh Pula Play Victim Minta Kita Chill”

Susulan kontroversi melibatkan tuduhan yang mengatakan dirinya punca kematian individu yang didakwa pernah menjadi mangsa bulinya, pelakon jelita Uqasha Senrose sekali lagi tampil mempertahankan dirinya.

Menerusi temu bual di sebuah portal hiburan, Uqasha menjelaskan situasi yang berlaku ketika sesi live di TikTok miliknya pada Jumaat lalu.

Menurutnya, dia bukanlah wanita yang kuat ‘melantun’ seperti yang didakwa oleh segelintir pihak, melainkan dia terpaksa menahan rasa marahnya terhadap individu terbabit yang dilihat sengaja mencetuskan provokasi.

“Bila saya nak explain nicely dekat TikTok, bila orang kata saya pembunuh, at least saya kata siapa yang tak tahu cerita hujung pangkal janganlah terus judge and everything.

“Then, dia (rakan arwah) masuk live saya. Sudah tentu masa tu kita tengah geram sebab tiba-tiba nak salahkan saya jadi penyebab kematian kawan dia dengan pelbagai lagi ayat sarkastik dia.

“Kalau tengok first tweet dia pun, dia ada kata saya menjadi penyebab kemataian dan ‘padang mahsyar is real’. Then bila dia masuk live tu dia boleh pula ‘play victim’ minta kita chill je, tak payah melantun sedangkan kita at first place pun memang dah cukup menahan sabar dan marah yang membuak-buak ni,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Rakan Dakwa Wanita Jadi Mangsa Buli Uqasha Senrose Meninggal Dunia? Ini Respons Tuan Badan

ARTIKEL BERKAITAN:Bengang Isu Buli Muncul Balik, Uqasha Senrose Label Rakan Arwah ‘Palatao’ – ” Kau Siapa? Memandai Kata Aku Lapar Duit RM200,000!”

Dalam pada itu, Uqasha juga menyifatkan individu yang dikenali sebagai @BUGATTI itu berjaya membuatkan dirinya kelihatan ‘koyak’ ketika live tersebut berlangsung.

“Kita ni dah lah nak bagitahu apa sebenranya jadi tapi dia boleh macam ‘kau baling batu lepastu twist. Staright forward lah kau tak payah nak cakap chill lah tak payah melantun apa semuanya. Dia macam nak membakar. So, dia berjayalah buat benda tu. Then semua orang kata saya koyak sebab melantun masa tu.

“Padahal kita ni dah lama diam. Ni bukan pertama kali tau saya kena kutuk atau orang tak suka saya. Dari saya kembali free hair lagi saya tak pernah bagi apa-apa statement sebab kita memang tak boleh puaskan hati semua orang.

“Jadi bila saya ambil keputusan untuk explain semuanya bukannya saya nak bagitahu saya dipihak yang benar tapi saya memang tak buli seperti tuduhan itu,” jelasnya.

Mengulas lanjut, isteri kepada pelakon Kamal Adli ini juga berpendapat, adalah wajar sekiranya individu terbabit membuat permohonan maaf bagi pihak arwah.

“Kalau dia tu sebagai seorang kawan yang baik, bila orang dah tak ada mintalah ampun walaupun kita salah ke siapa salah kan? Dia yang pergi dahulu minta maaf kalau ada hutang tu bagitahu. Kalau kawan yang menyejukkan hati ni lain…dengan kawan yang macam nak menyalahkan, nak naikkan balik isu tu walhal kita dah diam lama dah.

“Even my lawyer pun bagitahu indivitu itu dah meninggal dunia dan keluarga saya juga minta untuk saya maafkan. Tapi bila saya nak maafkan, tiba-tiba kawan dia pula muncul,” ujarnya.

Namun, ketika ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil selepas kejadian tersebut, Uqasha bagaimanapun kelihatan enggan memberikan apa-apa komen lanjut mengenai perkara itu.

“Wait and see,” katanya.

@mediahiburanofficial #MHNews “Kau baling batu lepastu ‘twist’…straighforward sahaja lah,” – Uqasha isu rakan arwah yang di dakwa di buli olehnya tampil memberikan kenyataan yang kurang jelas di Live baru-baru ini. #MediaHiburan ♬ original sound – Media Hiburan

 

ARTIKEL BERKAITAN:Rakan Arwah ‘Mangsa Buli’ Uqasha Senrose Tak Gentar Berdepan Tindakan Mahkamah! – “Memang Saya ‘Palatao’, Awak Chill Je”

ARTIKEL BERKAITAN:Tular ‘Live’ Uqasha Senrose Berbalah, Fathia Latiff ‘Warning’ Rakan Baik ‘Mangsa Buli’ – “Jangan Rasa U Boleh Attack Orang, Nak Try Gaslighting Ke?”

Sumber: Tiktok Media hiburan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 Aug 2022

Tauke Cili Berjaya, Ella Bersyukur Dilantik Sebagai Figura Peladang

Alhamdulillah tahniah! Ella rasa Ella sukaaa..

Hiburan Mon, 21 Oct 2019
Hiburan Mon, 20 Jan 2025
Trending Mon, 15 Jan 2018

5 Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Ada Shawl Berbulu!

Dunia fesyen dikejutkan dengan kehadiran gaya tudung perincian bulu menggantikan sekuin atau ruffle seperti sebelum ini. Namun, sebelum mendapatkan sehelai shawl dengan perincian sebegini, berbaloikah shawl itu dengan wang yang dibelanjakan? 1. Bermusim, one day […]

Hiburan Tue, 25 Sep 2018

Rindu Zaman Kanak-Kanak, Khadijah Ibrahim Mula Bisnes Sarapan Ala Singapura

Saya seorang yang sangat mementingkan sarapan. Pengambilan makanan berat pada waktu pagi adalah rutin wajib yang saya amalkan sejak dulu lagi.

Events Mon, 15 Jul 2019

SNSD Member Hyoyeon will be Coming to Zouk Genting as DJ Hyo

Hyoyeon proves fans (and anti-fans) that SNSD isn’t all about look, in fact they are bomb with talents!

Trending Sat, 17 Mar 2018

Stor HKL Terbakar, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan

Alhamdulillah…Perkhidmatan di HKL tidak terganggu dan berjalan seperti biasa. Punca kebakaran serta kerosakan masih dalam siasatan pihak berwajib.

Featured Wed, 4 Aug 2021

“Peletakan Jawatan Saya Tidak Berbangkit”- Muhyiddin Yassin

Berikutan pergolakan politik yang melanda negara ketika ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan Perutusan khas hari ini. Menerusi Perutusan Khas Perdana Menteri yang berlangsung sebentar tadi, beliau bersama barisan kabinet Perikatan Nasional (PN) […]

error: Content is protected !!