Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 17, 2018 @ 12:23am

Shukri Yahaya Mahu Berhenti Jadi Romantik?

Pemenang trofi Aktor Antagonis Pilihan, anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018 Shukri Yahaya memberitahu dia tidak mahu lagi terlalu terikat dengan watak romantik.

Mahukan perubahan dalam watak pada masa akan datang, Shukri meletakkan sasaran menerima sekurang-kurangnya satu drama berat yang menampakkan sisi berbeza.

” Kalau boleh, saya nak elak bawa watak jejaka budiman.

“Saya tidak mahu terlalu dilihat sebagai pelakon yang hanya tertumpu kepada satu watak, sebab itulah perlu ada satu drama berat,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Shukri memberitahu ada satu drama di mana lakonannya bersama Nora Danish bakal disiarkan selepas Aidilfitri.

Berkongsi kisah lebaran, bapa kepada seorang cahaya mata ini bakal meraikannya di rumah mentua di Keramat.

Shukri menghabiskan cuti Aidilfitri selama dua minggu bersama keluarga dan sanak-saudara.

Dia juga merancang menganjurkan rumah terbuka buat peminat.

“Persiapan hari raya banyak diserahkan kepada isteri. Semestinya Lontong masakan emak menjadi juadah utama yang perlu ada di pagi Syawal,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 Feb 2023
Hiburan Fri, 21 Jun 2024
Featured Fri, 12 May 2023
Hiburan Tue, 8 Mar 2022
Hiburan Thu, 29 Nov 2018

Kecewa Tak Bergelar Finalis, Wany Hasrita Pasang Niat Masuk AJL 34

Kalau nak ikutkan, saya memang fobia nak sertai pertandingan sebegini tetapi saya perlu positif.

LIFESTYLE Sat, 8 Sep 2018

Jangan ‘Cuwak’ Bila Passport Hilang, Si Kaki Travel Sila Ikut Langkah Di Bawah!

Menerusi perkongsian dari Yusoff Ahmad, lelaki ini pernah kehilangan passport ketika bercuti ke Frankfurt. Lebih mendebarkan, dia ke sana berseorangan. Jadi, ini sedikit perkongsian ilmu untuk korang yang bakal bercuti tak lama lagi!

error: Content is protected !!