Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir November 7, 2023 @ 12:49pm

Nafi Teman Wanita Kepada Amir Syafiq, Eiza Tampil Perjelas Punca Tinggal Di Rumah Shila Amzah – “Saya Beli Barang Dapur, Makanan Kucing…”

Wanita yang didakwa teman wanita kepada adik penyanyi Shila Amzah iaitu Eiza Idanie Che Saleh tampil menafikan dirinya tidak mempunyai hubungan istimewa dengan Amir Syafiq.

Memetik laporan Harian Metro, Eiza dipelawa untuk tinggal di kediaman di Hulu Langat, Selangor oleh penyanyi, Datuk ND Lala selepas mengalami kerugian besar dalam perniagaan.

Menurutnya, Syafiq hanya merupakan bekas pekerja dan ada berhutang duit dengannya.

“Pada hujung Disember 2021, rumah sewa saya di Hulu Langat ditengelami air akibat banjir hingga mengalami kerosakan yang teruk termasuk barang niaga saya rosak.

“Dalam masa sama, ketika itu, Syafiq bekerja dengan saya dan ada isu dalam perniagaan  menyebabkan saya terpaksa tutup perniagaan dan dia ada berhutang duit dengan saya.

“Disebabkan mengalami kerugian besar saya minta Syafiq temukan saya dengan bapanya, Datuk ND Lala untuk mencari jalan keluar dan peluang untuk saya bangkit dalam perniagaan.

“Kemudian bapanya menawarkan saya peluang perniagaan berkonsepkan multi level marketing (MLM) dan mempelawa saya untuk tinggal di rumahnya untuk sementara waktu  hingga saya ditawarkan bekerja sebagai pembantu peribadinya, malah dia juga pernah menggunakan duit saya sebanyak RM8,000 untuk daftar keahlian baru untuk perniagaan MLM itu,” katanya.

Sementara itu, Eiza menyatakan rasa kecewa dengan kenyataan Shila yang meminta dirinya keluar dari rumah tersebut sedangkan dia mengambil tanggungjawab menjaga ibu dan adik-beradiknya.

Malah, dia turut mengeluarkan wang untuk menampung perbelanjaan keluarga Shila dan makanan kucing-kucing di rumah itu.

“Pada pertengahan tahun 2022, saya pernah keluar daripada rumah itu selama beberapa bulan. Sepanjang tiada di rumah ibunya sering menghubungi dan memujuk saya untuk tinggal bersamanya disebabkan kemelut rumah tangga yang berlaku.

“Ibu Shila selalu minta saya mendengar masalah berkaitan rumah tangganya. Jadi atas rasa simpati saya kembali ke rumah itu. Di rumah itu pun saya duduk sebilik dengan ibu, Syada dan anak angkat Shila.

“Malah sepanjang pergaduhan ibu bapanya, saya terpaksa mengambil tanggungjawab untuk membantu dan menjaga ibu dan adiknya, Syada Amzah memandangkan kami faham Shila terlalu sibuk dengan kerja.

“Pada awal tahun ini pun, saya sekali lagi berpindah keluar tapi dipujuk oleh ibunya. Saya faham emosi ibu Shila waktu itu yang memerlukan seseorang untuk tempat luahan di saat anaknya memberi alasan sibuk bekerja.

“Sepanjang tinggal di rumah itu, saya sedar diri dan membantu menjaga rumah serta menyumbang perbelanjaan keluarga Shila seperti membeli barangan dapur, makanan kucing dan lain-lain.

“Saya juga nak jelaskan di sini, saya tidak sentiasa berada di rumah terbabit kerana kebanyakan urusan saya di luar kawasan seperti ke China dan luar daerah,” jelasnya.

Dalam pada itu, Eiza berharap penjelasan yang dibuat dapat membersihkan namanya selepas didakwa difitnah oleh Shila sebelum ini.

“Saya dikecam teruk oleh netizen gara-gara fitnah yang dibuat Shila seperti tidak membayar utiliti rumah, menjadi batu api dan mendakwa saya teman wanita kepada adiknya sedangkan Shafiq adalah bekas pekerja dan rakan saya saja,” ujarnya.

Terdahulu, Shila meminta seorang wanita yang juga didakwa kekasih adiknya dikenali sebagai Eiza untuk segera keluar dari kediaman keluarganya di Hulu Langat, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Halau’ Kekasih Syafiq Dari Rumah, Shila Amzah Tak Teragak Hantar Notis LOD Pada Eiza Idanie! – “Duduk Rumah Saya Tanpa Izin, Berhenti Jadi Batu Api!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Sep 2022

[VIDEO] Lengkap Berbaju Melayu, Nur Sajat Pernah Membintangi Klip Video Karaoke?

Tak sangka rupanya tu Sajat.. Memang manis dari dulu lagi kan? 😍🤩

Featured Sat, 2 May 2026

Dua Kali Gagal Dalam Perkahwinan, Sharifah Aleya Tak Tolak Jodoh – “Siapalah Kita Nak Lawan Takdir”

Sharifah Aleya mengaku tidak menolak sebarang kemungkinan jika dia ditakdirkan bertemu dengan lelaki idaman sekali gus mendirikan rumah tangga pada masa akan datang.

Hiburan Fri, 7 Feb 2020

Betul Ke Kamal Adli Dan Hannah Delisha Kena Kahwin ‘Paksa’ ?

Tengok gambar pun dah sweet, inikan pulak cerita dia!

Trending Thu, 25 Feb 2021
Hiburan Mon, 16 Mar 2026

“Wanita Murah, Lelaki Tiada Pegangan” – Reen Rahim Luah Rasa ‘Meluat’ Banyak Cerita Kisah Penyondol, Rindu Drama Ada Nilai

Reen juga berpandangan naratif sedemikian tidak lagi relevan dengan realiti masyarakat masa kini

Hiburan Mon, 26 Jan 2026

Harris Annuar Didakwa Sokong Da’i Syed, Netizen Komen: “Rap*st Enabler Shame On You”

elakon Harris Annuar tampil mempertahankan dirinya selepas tular dakwaan menyokong pendakwah bebas, Da’i Syed.

Featured Wed, 18 Sep 2024

Fattah Amin Curang? Wawa Zainal & Aeril Zafrel Mohon Netizen Hentikan Fitnah – “Fazura Sendiri Tak Cakap Suami Dia Curang”

Betul, tak ada sebab kita nak judge rumah tangga orang lain. Doakan yang baik-baik sahaja okay🫶

Hiburan Tue, 28 Nov 2023
Hiburan Sat, 5 Apr 2025

“Dia Peluk Saya Kuat Sangat…” – Kakak Kongsi Momen Terakhir Bersama, Allahyarham Nico Banyak Berdiam Diri

Kakak Allahyarham Nico kongsi perubahan adiknya yang menjadi seorang pendiam

error: Content is protected !!